Busana Muslimah

Assalamualaikum. Harap2 admin approve lah submission saya ni. Nama saya Dahlia. Umur 27 tahun. Saya sebenarnya hairan dengan dunia sekarang ni… bila benda yang terang2 salah, bila ditegur, mula lah melenting. Yang tak tahan tu siap ada penyokong2 yang bash balik si penegur. Memang lah menegur itu perlu secara private tapi masalah nya, kadang2 bila di tegur melalui private message, boleh pulak yang di tegur tu screenshot and upload bagi public tengok. Salah siapa sebenarnya ni.

Situation nya macamni lah ye, kebanyakan MUA sekarang ni dari kalangan yang berhijab. Manis je bertudung tapi bila makeup tu MashaAllah macam dapat subsidy makeup. Memang kerja nya mencantik kan tapi kalau dah macam colour-block muka customers tu, dengan bulu mata (belum kira yang offer service buat extension)… confused saya dengan hashtag #MuslimahMUA tu.

Sama juga situation nya bila meniaga busana muslimah… baju panjang memang panjang tapi berlekuk sana sini. Material pula macam kain lining. Ada yang buat lengan 3/4 pula… apa yang busana muslimah nya.

Bila ditegur tentang perkara2 macamtu, di tuduh pula dengki dan nak sabotage periuk nasi orang. Haih… entah lah. Bila benda2 yang baik pulak, di kutuk di keji. Di tuduh riak dan macam2 lagi. Hmm pelik kan. Kalau bukan kita sesama manusia ni menegur, nak siapa lagi? Menangis kau dik kalau tuhan bagi teguran cash terus… saya ni bukan lah bagus sangat tapi anggap lah saya ni sebagai saudara sesama islam anda semua. Saya pun pernah ada moment2 tersasar waktu muda dulu tapi lumrah manusia, dah buat salah tu, bila tahu apa yang betul, belajar2 lah untuk berubah… jangan bila dah tahu beza benda yang betul dan salah tapi masih pilih untuk buat benda salah.

Buat yang tidak suka akan teguran, syukur lah bila ada yang sudi menegur kamu kerana itu juga satu tanda hidayah. Anggap lah teguran2 yang baik untuk sebagai peringatanNya… apabila di tegur dalam rahsia, jangan lah di buka terang terangan sampai satu dunia tahu kerana in the end of the day, yang terbuka aib nya ialah kamu.

Moga setiap yang kita laku kan di dunia ini di iringi keberkatanNya.

Your sister,
Dahlia

– Dahlia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit