Business Survival

Assalamualaikum & Hi. Nama saya Didi. Saya pembaca & pengomen tegar page ni. So harap admin luluskan post saya kalau post ni bermanfaat untuk semua ya.

Saya nak kongsikan kisah turun naik perniagaan saya sepanjang PKP lepas hingga sekarang. Saya buat bisnes design & build atau secara ringkas buat rumah orang (bukan kontraktor).

Saya segan nak share di FB sendiri takut orang salah anggap jadi mohon sesiapa yang kenal jangan tag ya. Huhu.

Hujung tahun 2019 saya baru buka showroom dengan ex-boss saya. Dia invest duit bayar down payment, buatkan kabinet, pasang aircond, etc. Saya pula buat design, bayar duit pasang lantai & lampu. Sewa bayar half-half.

Saya happy sangat masa tu ada investor nak bukakan saya showroom. Sebab saya dah buat bisnes sejak 2014 & buat kerja dari rumah. Bila ada showroom bolehlah kembangkan lagi bisnes & ambil pekerja.

Tiba-tiba Covid muncul & PKP mula bulan Mac 2020. Semua tak boleh bekerja & kena duduk rumah. Kami pun tak sempat simpan duit banyak.

Projek ongoing pun takde. Jadi harapkan buat design saja untuk ada duit belanja. Memang sedih masa tu sebab baru angkut PC ke showroom, tiba-tiba kena WFH semula.

Dipendekkan cerita bila habis PKP kami pulun buat beberapa projek rumah. Tahun 2020 alhamdulillah walaupun hanya buat lebih kurang 4 projek, bisnes kami masih mendapat ‘untung’ & kami kena bayar tax.

Sewa showroom kami masih kena bayar. Tapi kami bayar secara ‘pukal’ dengan ex-boss. Nasib dia sabar & tak berkira sangat. Huhu.

Kami mula buat simpanan sikit-sikit. Dapat duit projek, kami asingkan siap-siap sebagai simpanan kecemasan. Takut kejadian PKP pertama berulang lagi.

Alhamdulillah PKP yang seterusnya kami berjaya harungi walaupun terpaksa survived dengan duit savings & duit KWSP.

Kebetulan bulan Jun 2021, kami baru ambil pekerja. Sekali PKP balik masa raya. Terus staff WFH sama macam kami. Haha.

Fast forward sekarang kami dah ada seorang staff & intern di showroom. Ketika bisnes tengah ok, owner bangunan pula nak naikkan sewa.

Ex-boss kata dia dah tak nak share sewa dengan saya.

Saya pun menggelabah teruk. Fikir, mana nak cari duit nak bayar sewa showroom yang mahal tu?

Saya segan nak pinjam duit mak & adik-beradik yang lain. Sebab stail saya & suami buat bisnes, selagi boleh usaha, selagi tu kami takkan minta tolong orang lain.

Allah swt bukakan jalan untuk saya join satu group di FB pasal pinjaman mikro. Alhamdulillah ada dua pinjaman saya apply, dua-dua lepas.

Maka showroom saya berjaya diselamatkan & kami upgrade beberapa benda supaya nampak perubahan sikit. Alhamdulillah.

Cerita pasal pinjaman ni, tahun lepas saya pernah juga try apply pinjaman perniagaan daripada beberapa tempat. Satu pun tak dapat ya.

Saya pun jumpa ex-boss saya mengadu nasib.

For info, ex-boss saya ni seorang lelaki Cina yang saya dah kenal 12 tahun. Dia juga mentor bisnes saya. So saya tak perlu pergi kelas sifu bisnes sebab saya berguru dengan orang yang buat bisnes sama macam saya. One-to-one lagi. Hehe.

Saya beritahu boss, saya susah nak dapat business loan. Loan rumah pun susah. Dia tanya saya nak beli rumah jenis apa? Saya kata subsale.

Dia kata subsale memanglah susah. Cuba try under construction punya.

Beberapa hari lepas tu saya ajak suami saja-saja try pergi show gallery one of big developer in Malaysia. Itu percubaan ketiga kami nak beli rumah. Tak letak harapan langsung. Sekali alhamdulillah loan rumah kami lepas!

Paling best masa tu ada HOC – House ownership campaign yang bagi diskaun banyak untuk beli rumah.

Kami hanya perlu bayar duit deposit sikit berbanding bayar duit berpuluh ribu untuk down payment rumah subsale kami nak beli hari tu.

Insya-Allah rumah kami akan siap hujung tahun depan. Tak kesah lambat siap pun. Sebab kami masih perlu menabung untuk masuk rumah tu nanti.

Baru-baru ni pula owner rumah yang kami tengah sewa nak naikkan sewa rumah. Dia datang showroom & impressed tengok perkembangan bisnes kami. Dia pun kenal kami sejak kami berbisnes dari rumah.

Dia kata, “kalau you boleh survived business masa Covid, mesti you boleh survive lagi lepas ni.”

Tak tahulah kenapa bila dia cakap macam tu, saya jadi sebak. Terus terimbau kepayahan nak bina bisnes, buka showroom, upah pekerja & bertahan semasa Covid & PKP. Masih terasa berat menanggung beban tu hingga ke saat ini.

Hari ni pula akauntan kami beritahu bisnes kami ‘untung’ lagi tahun lepas. Langsung tak sangka sebab kami masih ada hutang & kena bayar sewa showroom yang jarang diguna tahun lepas.

Rupanya masih ada untung. Alhamdulillah. Walaupun kena bayar tax, kami bersyukur kami masih mampu bertahan buat bisnes ni.

Saya berharap apa yang saya kongsikan ni boleh bagi semangat kepada semua yang berbisnes. Jangan give up walau apa ujian datang. Terus kuat & bangkit ya.

Satu lagi buatlah bisnes dengan jujur & amanah. Buat yang terbaik dalam kerja & jangan aniaya client kita. Dapat duit bayar supplier atau pekerja cepat-cepat. Tunaikan hak orang lain.

Letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah swt. Ada masalah mengadu direct kepada DIA. Jaga hubungan dengan Allah swt, keluarga & orang sekeliling kita.

Jangan kedekut dengan isteri & anak-anak. Sebab rezeki kita satu keluarga patut dikongsi bersama-sama.

Terima kasih bagi peluang saya kongsi cerita. Maaf kalau ada salah kata. Semoga bermanfaat buat semua.

– Didi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *