Bye Jerawat! Semoga Tak Jumpa Lagi

Assalamualaikum dan hai semua. Ini bukan kisah rumahtangga tau. Ini kisah aku dan jerawat.

Aku dan jerawat taguna ni dah lama bersama. Dari aku umur 12 tahun lagi masa dah mula akil baligh.

Hidup dengan dia ni memang penuh duka lara. Tapi aku berjaya tinggalkan si J ni! Jadi korang kalau ada masalah sama, korang kena baca sampai habis ok?

Self confidence aku memang boleh kata zero. Aku tak suka bila orang tengok aku. Orang puji aku cantik? Hmm memang tak percaya pun.

Tu semua dusta.

Tambahan pulak aku jenis kulit tanned. Lagi lah huduh muka aku ni..memang pakej kombo promosi lah iaitu hitam kusam, jerawat dan minyak. Kalau boleh goreng ikan guna minyak muka aku ni, dah lama aku buat tau. Jimat kan.

Bayangkan aku sekarang umur dah 30 tahun baru lah boleh ‘breakup’ dengan si J ni!

Sebab aku dah bekerja dan ada gaji sendiri jadi aku beli skincare yang agak mahal sikit lah. (Kira mahal la untuk orang marhaen macam aku).

Nama skincare tu ialah Some By Mi! Serius aku betul-betul jatuh cinta dengan produk ni.

Aku dah pernah guna Safi Gold, St.Ives, Cetaphil, Hada Labo, semuanya yang viral-viral tak beri kesan sangat. Entah mungkin aku yang silap cara ke kan.

Harap admin tak tuduh aku penjual produk ni ye sebab aku sendiri pun beli original shipped from Korea.

Aku guna set warna merah campur hijau. Aku guna duit bonus tau beli. Kalau korang tengah ada duit raya banyak ke apa ke cepat-cepatlah beli. Jangan jadi cam aku. Kedekut pastu banyak bunyi bila jerawat tak hilang. Haha

Aku nak senaraikan langkah-langkah yang aku buat untuk hilangkan masalah muka hauk aku ni :

1. Pencuci muka biasa

Pencuci muka biasa ni maksudnya foam cleanser ke oil cleanser ke atau apa-apa je la yang namanya face cleanser. Bukan scrub. Yang ni wajib pakai setiap kali mandi. Tonyoh tu tonyoh betul-betul ye jangan asal basah je.

Oh ye, pencuci ni aku beli dua. Satu merah, satu lagi warna hijau. Pakai selang-selang untuk penjimatan maksima. Haha

2. Pencuci muka AHA+BHA

Yang ni fungsinya buang sel kulit mati. Seeloknya pakai selang 3 hari macam tu. Dulu aku pakai hari-hari tapi sebenarnya tak boleh. Elok jugak bukan hari-hari sebab jenis AHA+BHA ni mahal sikit. Huhu jimat.

3. Toner

Wajib guna dengan kapas muka ye. Alahh sebungkus tu baru RM 2.90 ada 100pcs aku beli kat tesko.

Aku ni sejenis kedekut weh jadi kalau korang pun jenis sama, tolonglah percaya kat aku. Nak cantik ni tak payah mahal-mahal pun boleh. Haha

Kenapa kena guna kapas? Supaya kita boleh tonyoh blackheads yang penuh kat hidung tu.

Pastu boleh buang segala kekotoran yang masih berbaki kat celah hidung, kat kelopak mata, kat tepi-tepi hidung Serius cakap kapas tu akan jadi berkeladak. Punya la teruk muka aku ni.

Huaa

Rasa segar dan bersih je. Lepas tu baru lah boleh dap-dap kan guna tangan pulak. Untuk toner, aku pakai warna hijau saja. Bau dia macam ubat sikit.

4. Krim pelembap atau apa-apa jenis krim

Untuk ni aku pakai snail cream Some By Mi tu lah. Krim siput babi. Takdelah diorang letak sekor siput babi dalam tu pun.

Tapi bila pakai ni aku perasan jerawat cepat kecut betul. Muka pulak rasa lembab melekit tau jadi aku pakai masa sebelum tidur saja.

5. Serum

Serum ni macam booster lah. Tapi tekstur dia tak melekit jadi kadang-kadang aku pakai jugak serum ni sebelum keluar. Selalunya serum ni harga dia agak mahal dari yang lain.

6. Langkah last sekali korang kena guna sunscreen/sunblock. Benda ni wajib. Rahsia kulit flawless sebenarnya ialah sunscreen. Bukan air wuduk ye. Haha.

Sebab kalau air wuduk ialah rahsia floles, orang non muslim macam mana plak? Adakah diorang guna holy water?

Hahaha.

Aku pakai yang jenama 3W Clinic je. Satu tiub baru RM9.90 beli kat sopee je.

Siang wajib pakai. Walaupun duduk dalam rumah! Malam tak digalakkan tapi aku pakai jugak nipis-nipis.

Kau kalau guna skincare macam-macam pun, tapi sunscreen tak pakai, ibarat kau solat tapi tak baca fatihah. Haha. Tak sah kan?

6 langkah ni nampak macam leceh tapi bila dah hari-hari buat ok je rasa macam rutin biasa lah. Ingat ye, TIADA WANITA HODOH, CUMA ADA WANITA MALAS!

Aku pun takda lah rajin mana. Tuala pun aku takda tuala muka khas pun. Tuala yang lap segala badan tu jugak lah aku lap muka aku.

Selekeh kan?

Supplemen apa-apa memang takda ye. Memang aku buat 6 langkah tu betul-betul. Kalau rajin 2 kali sehari, rasa malas sekali je.

Kalau malas tahap maksimum, aku pakai toner dengan sunscreen saja. Ingat ye, sunscreen wajib!!!

Dah 4 bulan aku guna.. dan tak habis pun lagi. Alhamdulilah dengan izin Allah jerawat hampir kesemuanya dah meninggal.

Allah saja tahu perasaan syukur dan suka aku bila gosok muka, dah takda rasa berbiji biji dalam isi muka. Rasa licin je. Syukur syukur.

Parut jerawat masih ada tapi tak kronik. Tutup dengan compact powder je dah ok.

Dan aku perasan tona kulit muka dah sama dengan leher. Sebelum ni leher putih, muka hitam. Sebenarnya set merah ni untuk merawat kerosakan muka, bukan untuk memutihkan.

Tapi agaknya mungkin kulit rosak yang buatkan aku gelap selama ni? Hidung aku dulu dah macam katak puru tau. Biji-biji merah penuh.

Sekarang dah ok. Muka pun dah mula berkilat ala-ala menuju glass skin gitu. Cuma lubang-lubang lama kat pipi ni la susah sikit nak hilang.

Yelah dah bertahun muka camni kan.

Alhamdulilah di saat umur 30 tahun baru aku merasa jadi cantik. Biarlah orang nak kata aku perasan ke apa.

Tapi aku yakin aku cantik sekarang! Nak gain keyakinan tu bukan senang. Makan tahun weh.

Yang mana alami je tahu perasaan bila jerawat bersilih ganti tumbuh. Sampai dalam hidung pun ko nak tumbuh jugak ko dah kenapa ha setan?! Haha.

Harga Some By Mi ni kalau beli full set dalam RM 170 macam tu. Tapi aku pakai dah 4 bulan belum habis ni. Cuma toner je aku dah beli yang botol kedua.

Kalau korang nak hadiahkan untuk someone yang ada masalah macam aku pun nice jugak.

Dan kalau korang sendiri ada masalah ni, cubalah beli trial set dulu. Cuba disiplin diri ok sayang sayang ku semua? Eh lelaki pun boleh guna tau. Takda nye ko nak bertukar jadi cotong kalau pakai ni. Tibe..

Jangan putus asa. Kulit yang cantik ialah kulit yang sihat!

Annyeong!

– Bunga Kantan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *