C-Sect & VBAC II

Salam Admin. Aku ni – Mommy Monster dari C-Sect & VBAC. Post aku kali ni bertujuan untuk membalas kenyataan / soalan-soalan dari seorang doula (HM) yang kebetulan mempertikaikan isi kandungan confession aku yang terdahulu. Ikutkan hati, nak je aku PM or comment kat page doula tu untuk bagi kenyataan balas, tapi dengar cerita dia suka ‘block’ orang yang against natural birth, so aku rasa IIUM adalah medium terbaik. Semua boleh baca, kot-kot ada yang tertanya-tanya macam doula HM ni. Aku pun taknak orang terus berbalah dengan post aku. Aku rasa bertanggungjawab untuk clear the air.

***

Pertamanya, kisah aku tu bukan fiksyen. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman aku dengan semua, mungkin sebahagian dari pembaca berkongsi kisah yang sama – to my surprise, ada. Ada yang berjaya lahirkan si kembar dengan kaedah normal, alhamdulillah. Aku baca semua comment korang, thanks for your kind words. Ok, berbalik kepada isu fiksyen ke tak, semua tu realiti. Kawan aku tu pun bukan entiti. Follower dia tu pun kawan aku jugak cuma tak serapat mcm kawan aku semasa di bangku sekolah. Dua-dua friends kat FB dan setiap status mereka aku baca.

Doula HM ada membayangkan bahawa aku ni menulis based on the surface saja. Ilmu tak cukup, masih cetek dan menulis ikut suka. Aduh. Aku ada bagitau kan, aku bukan medical student tapi kebetulan adik aku doctor. Aku tak berminat nak explain in details tentang kelayakan & tahap pendidikan aku, tapi anggaplah kalau aku nak cerita semua benda guna medical terms & suits your writing expectation, baik aku tulis jurnal akademik dan submit pada refereed jurnals dalam bidang Social & Behavioural Science. Boleh jugak dapat citation paling kurang. Nawaitu aku satu je, aku nak berkongsi pengalaman & bagi nasihat sikit-sikit pada bakal-bakal ibu yang mana mungkin antara mereka semua, ada segelintir yang qada’ dan qadar mereka akan sama seperti aku. Sebab tu aku guna layman-term dalam post aku. Bukan semua well-educated macam doula HM, ada ruang & masa untuk membina kepakaran dalam subjek ni. Ilmu cetek? We all do. Period.

Doula HM ni pun ada tanya, aku tau ke history follower kawan aku tu? Dapatlah kronologi sedikit sebanyak, dah nama pun kawan juga. Dia ada previous scar, bahasa mudah anak sulung c-sect. Conceived anak kedua selepas 6-bulan dari kelahiran pertama. Aku tak sure sama ada kandungan tersebut adalah intentionally atau pun accidentally. Tapi semua orang maklum, untuk kelahiran c-sect perlu ada jarak masa untuk kelahiran seterusnya. So aku assume the latter. Untuk kandungan kedua tersebut, dia memang beria-ria nak cuba kaedah VBAC biarpun dah dinasihati oleh gynae untuk tidak mengambil risiko. Sebab apa? Small pelvic opening time first labour attempt dulu. Sebab fizikal kawan aku ni memang petite. Lepas tu dia tukar gynae & medical centre sebab against the decision. Gynae baru ni bagi jaminan yang she can make it naturally & vaginally this time, despite her complication history. Aku juga dimaklumkan bahawa sehingga saat akhir pun dia masih tegar untuk mengambil risiko menolak all kind of medical interventions. Sebab dalam minda bawah sedar dia, kalau dia tak boleh bersalin secara alami kali ni, there won’t be a next time for her. So, the rest is history. Aku takde la sampai nak merisik apa diet dia & suami sewaktu mengandung, berapa kalori dia makan sehari, metabolisme rate etc, mcm mana hubungan dia dengan suami & mak mertua bagai. Ish soalan pun .___. Tapi aku positif. Banyak ilmu baru aku belajar hari ni. Cuma, dari pandangan aku, dia ada pilihan sebenarnya, dengan mengambil kira sejarah komplikasi semasa proses kelahiran terdahulu. Sebab tu aku turut terkesan dengan kisah dia. Nak mengejar status “aku berjaya bersalin normal, finally I did it” sampai tak sedar dah mempertaruhkan nyawa anak sendiri. Kalau ada pengajaran dari kisah ni, korang ambil buat iktibar. Kalau tak ada, tak apa – kerana kita semua berbeza.

Doula HM kata aku pertikaikan qada’ & qadar kawan aku yang jual produk tu sebab tak sefikrah. Tak sama-sama buka Buku Merah. Habis tu, yang aku cerita pasal komplikasi dia sampai pusat rawatan tu tak nak bertanggungjawab, suruh dia admit sendiri kat hospital kerajaan tu tengah-tengah malam buta, call sana call sini cari hospital yang ada extra incubator tu apa dia? Tak faham ke apa yang aku cuba sampaikan? Aku hormat keputusan sesiapa pun yang tak nak menjalani pemeriksaan di KK atau hospital kerajaan, tapi kena sentiasa beringat, everything we choose comes with consequences. Jangan spin cerita asal aku yang nak berkongsi pengalaman sendiri dan sebagai peringatan kepada bakal-bakal ibu yang akan menghadapi situasi ini satu hari nanti. Macam kawan aku ni, pung pang pung pang pasal gentle birth kat FB, tapi bila kena kat diri sendiri, tau pulak agreed to emergency c-sect on the spot. Tau pulak call hospital kerajaan merayu nak admit. So, tak timbul soal aku dengki sebab dia tak sefikrah sebab aku tau, kawan aku tu pun tak ikut apa yang dia tulis dan share di FB. Situasi dia macam meludah ke langit. Apa yang dia tulis akhirnya memakan diri sendiri. Kalau aku, malu tujuh keturunan. Sebab tu aku dah make it clear dari awal, aku against mereka-mereka yang buat-buat pandai di media sosial sampai menginspirasikan orang lain tapi akhirnya, orang yang tak berdosa menjadi mangsa. Bukan dia.

Dah alang-alang aku kat sini, ada satu cerita lagi. Ni berkenaan mentaliti orang sekeliling. Kes ni jadi depan mata aku sendiri time monthly-check up di Klinik Pakar Hospital Besar. Suami isteri dalam umur 20-an dipanggil masuk ke dalam bilik pemeriksaan (setiap bilik 2-patients & 2-MOs UD44). Aku tengah tunggu turn nak scan & dapatkan consultation, tapi doktor minta masa untuk selesaikan isu suami-isteri tu dulu. Aku setuju. Kisahnya kes kandungan dah full-term (40 w) tetapi bayi songsang. Doktor dah keluarkan surat untuk patient admit ward petang tu juga untuk pemantauan selama beberapa hari. Kalau tak ada progress, c-sect adalah pilihan terakhir. Aku tengok muka si isteri dah macam redha tapi dia pandang suami dia lama. Suami dia minta masa untuk keluar sekejap, nak buat panggilan. Ok. Tak lama lepas tu, si suami masuk dan bagitau doktor taknak admit lagi, nak balik kampung untuk berurut dengan bidan kampung. Doktor tu tetap tak putus asa, cuba pujuk dan bagi penerangan dengan lebih mendalam setiap prosedur. Doktor pun bagitau risiko tinggi kerana si ibu penghidap diabetes & darah tinggi. Bayi pula besar, lebih kurang 3.8kg. Perlukan pemantauan yang rapi. Bukan admit hari ni esok c-sect terus. Tak. Doktor tetap pujuk. Last-last salah seorang doktor ni provoke si suami, kenapa tak benarkan si isteri admit untuk pemantauan, finally dia cakap “Mak cakap jangan belah perut, nanti tak sama macam orang lain. Orang lain elok saja bersalin biasa. Lepas urut dengan bidan, boleh pusing balik tu.”

Doktor sekali lagi pujuk sampai diorang pun dah stress sebab patient & si suami degil sampai tak fikir langsung tentang keselamatan anak & ibu. Lepas tu, aku tak tau apa jadi. Sebab aku pun stress tengok mak bapak pentingkan persepsi orang sekeliling dari nyawa anak sendiri. Jangan pulak ada soalan doula HM tanya – confessor tau ke time tu si ibu dah berapa cm opening? Confessor tau ke hubungan suami-isteri dengan Tuhan mcm mana? Blood pressure si ibu berapa? Si suami tu merokok ke tak? Ah, sudah. Yang aku tau, doktor kat hopsital pun stress sebab kita patient pun kadang-kadang degil, nak ikut keputusan sendiri. So, sama-samalah kita respect each other. Doktor lebih berpengalaman. Kalau jadi apa-apa, mereka tak akan lepas tangan. Kalau orang lain belum tentu.

So, aku harap point-point aku clear. Jangan pula ada yang melenting tak tentu hala kali ni. Nasihat aku pada adik-adik dan bakal-bakal ibu di luar sana, ambil tahu tentang ilmu ‘pregnancy & birth’. At least, we are well-prepared if the journey isn’t like the one we wished once. Aku pun bersetuju dengan most of the commentators, yang highlight-kan bahawa normal atau c-sect, sama sahaja kedua-duanya. Tak ada isu kalau kau kena c-sect, syurga kau bawah sikit. Yang bersalin normal, suami sayang lebih. No such thing. Jangan memaksa diri sekiranya timbul komplikasi. Serahkan kepada doktor pakar yang berpengalaman. Nak guna kaedah home-birth atau un-assisted birth pun boleh, tapi baca dulu kisah Arwah Amy Karmila dan Arwah Maria Zain. Mana tahu, doula HM berbesar hati nak berkongsi kisah moment-moment terakhir bersama Amy Karmila. Arwah dan confirm syahidah di syurga, doulanya pula?

Kepada doula HM, aku nak bagitau something. Tak semua pasangan suami-isteri di Malaysia ni mampu dari segi kewangan nak subscribe atau attend ke kelas-kelas persendirian untuk berguru dengan doula, belajar tentang hypno-birthing, AMANI etc. Paling kurang yang termampu, kelas teknik pernafasan. So, point aku kat sini, tolong hormat pasangan suami-isteri yang pilihan mereka hanyalah hospital kerajaan semata-mata. Jangan pandai-pandai nak initiate trauma pada bakal-bakal ibu yang belum tentu ada. Nak bagi netizen faham apa yang kau perjuangkan, sila guna bahasa yang mudah, santai dan bersahaja. Ini aku baca, dah nampak betapa kompleksnya pemahaman kau. Post aku yang simple pun kau boleh putar-belitkan. Macam aku tegaskan awal-awal tadi, jangan nak spin cerita aku ni. Dari kau nak persoalkan macam-macam pasal kelayakan aku, lebih baik kau gunakan kelebihan kau untuk beramal jariah & berbakti kepada netizen secara percuma.

At the end, we are all mothers.

Jangan spin.
Ingat tu.

– Mommy Monster

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit