Assalamualaikum semua. Aku taip ni spontan saja, jadi maaflah kalau ada typo atau cerita yang berterabur sikit. Saja aku nak share pengalaman aku bersalin caesar & benda-benda yang tak ada orang pernah cerita kat aku pun pasal cser.
Kawan-kawan aku ramai saja bersalin cser, sama ada emergency atau pilihan. Tapi bila aku sendiri yang kena cser, baru aku dapat tahu few things yang mengejutkan. Like, aku rasa patut diceritakan kat orang lain supaya bakal ibu-ibu dapat buat persediaan mental dan fizikal.
Firstly, untuk operation cser yang tak ada masalah apa-apa akan amik masa yang sekejap saja. dalam 30 minit gituh. Kalau ada masalah contoh ketumbuhan dalam rahim, akan lama sikit lah. dalam kes aku sejam lebih.
Lepas doktor keluarkan baby, doktor kena keluarkan ketumbuhan dalam rahim aku pulak. Walaupun macam tu, aku rasa doktor tu bekerja dengan sangat laju dan cekap. Memang pakar.
Persediaan untuk cser macam aku yang memang dah dijadualkan oleh doktor, aku masuk wad few days awal untuk doktor pantau.
Setiap hari doktor akan round dan tanya kabar aku, tanya pergerakan baby. Selain tu nurse akan check denyutan jantung baby dengan mesin.
Kalau dah nama duduk wad hospital kerajaan, tak payah la harap ada privacy sangat. Nurse atau doktor boleh panggil kau bila-bila masa saja nak check. Pukul 3 pagi pun boleh hihihi.
Sedang enak diulit mimpi, boleh nurse n doktor datang nak check katil sebelah. Dengan kau-kau sekali terjaga.
Then tiba hari operate. Macam aku dapat giliran pertama, which was pukul 8 pagi. So seawal jam 4 pagi nurse dah kejut aku suruh mandi n get ready. Sebab nurse nak pasangkan tiup urin kat aku. Dan aku kena tukar baju untuk bilik bedah (OT).
Jangan kekok pula tau, memang just kita n baju OT tu saja, selain tu tak ada pakai apa-apa. Tudung pun tak digalakkan pakai. Aku tak pasti kenapa. Even spek mata pun kena tinggalkan di wad.
So kalau korang giliran awal macam aku nanti, kautim lah dengan nurse untuk pasang tiup urin selepas solat subuh. Insyaallah sempat sebab sekejap saja pasangnya.
Lepastu kena berbaik dengan jiran katil sebelah sebab kau akan minta dia tengok-tengok kan beg, handphone, n barang2 lain sementara kau kat OT. Tak ada laci berkunci kat wad kerajaan tu. Atau boleh minta nurse dalam wad pegang kejap handphone n purse.
Dah siap pakai baju OT, nurse atau atendan wad pun sorong katil aku, beratur dengan katil-katil lain yang ada cser pagi tu jugak. Agak kekok ye bagi aku disorong sambil berbaring.
Macam lost sense of space n time ciked, hahaha. Aku pulak tak pernah duduk wad. Bila disorong macam tu, terasa segan pun ada sebab orang lain kena susah payah sebab aku.
Ok next sampailah di bilik bedah. Doktor OT check details aku. Tapi jangan risau, jawab saja soalan yang ditanya. Lain-lain tu nurse n doktor yang uruskan. Tugas pesakit cuma baring saja kat katil diam2.
Then nak bius. Aku kena bangun duduk melunjur kaki n peluk bantal. Mungkin sebab nak bulatkan belakang badan. Doktor pun cucuk ubat bius kat tulang belakang, sejuk betul rasanya. Macam ais masuk dalam kulit. Lepastu baring balik.
Aku pernah request nak full anest tapi doktor tak bagi sebab katanya risiko baby lemas. Entah aku lupa apa penerangan dia.
So aku pun dapat bius separuh badan saja macam orang cser yang lain. Sementara tunggu ubat bius efektif, doktor masukkan branula kat tangan kiri n kanan pulak.
Masa ni sumpah aku rasa awkward sgt, terbaring dengan tangan mendepang. orang kiri n kanan berdiri tengok aku.
And dah start berdoa dalam hati, tawakal betul-betul kepada Allah sebab dah tak ada apa yang aku boleh buat time tu. Memang serah diri kat doktor lah pendek kata.
Doktor test cucuk sikit kat kaki aku, nak test bius dah jalan ke belum. Few times jugak sebelum aku betul-betul hilang rasa. Bila dah 100% bius tu jalan, yang aku rasa cuma tolakan n tekanan daripada pisau n alat bedah saja. Sakit or tajam langusng tak ada rasa.
In fact aku tak perasan bila doktor toreh perut, tau-tau saja dah keluar baby lepastu nurse angkat n tunjuk kat aku suruh kenalpasti jantina.
Yang kelakar aku dalam mamai bius tu, aku cakap kat baby, “Haiii…congrats” dengan rasa terharu hahaha sebab berjaya melahirkan diri dia ke dunia kot.
Kalau nak cerita latar belakang kehamilan aku, berliter air mata nanti. So i guess sebab tu aku ckp congrats kat anak sendiri, for both of us lah sebenarnya. Hihihi.
Lepastu anak aku dibawa ke lain untuk dibersihkan n dibedung while aku kena sambung dengan operation buang ketumbuhan pulak. Oh ya, aku tak nampak apa doktor buat tapi aku dapat dengar saja. Sebab doktor letak kain macam tirai kat dada aku.
Cuma sesekali anesthetist yang berdiri sebelah aku akan cakap, sikit lagi, dah buang, dan tanya sama ada aku ok. Tapi daripada bunyi yang aku dengar n perbualan doktor yang tengah buat operation tu, aku boleh faham betapa laju nya dorang bekerja, n betapa susahnya operation aku.
Like i mentioned, aku cuma rasa tolakan n tekanan daripada alat bedah tu semua. Perasaan masa tu allah saja tahu. Aku sedaya upaya keep calm n senyum. dalam hati tak henti-henti doa n zikir semua, anything untuk distract fikiran daripada rasa takut.
Sejam lebih kemudian, selesai. Tirai di dada aku diangkat, n perut aku dah siap ditutup dengan baju OT balik. Lepastu aku disorong kesatu ruang yang mana ada katil-katil lain yang dah siap cser jugak. Rupanya banyak juga kes emergency cser dalam sehari ek.
Kat ruang menunggu tu kami diselimutkan n dibiarkan dalam 15 minit. Masa ni mamai jangan cakap lah. Ku cuba pejam mata tapi tak terlena. Aip jangan nyanyi.
Aku pejam mata tapi pening-pening tak boleh tido pun. So once kami dah dapat gerakkan jari kaki n angkat lutut, kami disorong balik ke wad. Alhamdulillah selesai cser.
Haa nak sambung cerita post cser agak panjang. Jadi aku pendekkanlah macam ni:
1. Expecting moms yang first time bersalin please please please belajar cara breastfeeding.
2. 6 jam lepas cser nurse akan expect kau untuk bangun n berjalan. dalam masa 24 jam dorang expect kau untuk boleh kentut n kencing.
3. Please makan painkiller ikut jadual. Sakit post cser untuk aku yang underwent double surgery ialah macam pisau menyiat-nyiat kulit.
Literally.
4. HATI KENA KENTAL DUDUK WAD KERAJAAN. Mostly nurse n doctors baik tapi seketul dua yang perangai macam harem tu yang boleh bagi kau stress.
Post partum stress ni lain machiam gais. Hormone tengah imbalance, kau senang triggered dengan benda kecik pun. Ni especially untuk first time moms.
5. Kena belajar cara inject ubat cair darah sendiri atau kena pegi klinik kerajaan setiap hari untuk inject. Ngeriiii bagi aku bila kena cucuk peha/perut sendiri 2x sehari.
Lebam kulit n kadang sampai keluar darah sebab salah cucuk. Tapi tulah dia pengorbanan para ibu gais.
6. Kat wad, bawa overnight pad yang boleh dipercayai sebab maternity pads yang biasa agak tak function pada aku.
7. Lastly, it will get better after 2 months. Insyaallah mommies, gambatte!
Dengan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih untuk para doktor, nurses n kakitangan O&G hospital melaka yang cemerlang dalam menjalankan tugas anda.
Terutama Dr Tham, doktor pakar yang perempuan kat klinik O&G, saya lupa nama tapi dia jadi rujukan semua doktor junior, nurses wad 3-4 dan doktor perempuan india yang cantik kat labour room, saya lupa nama dia jugak. Tuhan saja mampu balas jasa anda semua.
Love,
– New mom (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit