Cabaran

Assalamualaikum, hai semua.
Kisah aku yang nak kongsikan mungkin pernah dialami oleh orang yang sebaya dengan aku terutamanya yang pernah bekerja sambilan di mana-mana tempat kerja sementara menghabiskan pengajian di universiti. Aku berumur 22 tahun dan sedang menuju ke tahun akhir di sebuah universiti awam. Setiap cuti semester aku akan apply part time job. Kau akan sanggup kerja tulang empat kerat walaupun hanya sebulan demi mencari sumber pendapatan bukan hanya duit poket untuk belajar. Struggle is real. Sungguh.

Jadi nak dibuat cerita, cuti semester lepas aku ada bekerja di sebuah hotel bajet yang 3 stars. Bukan ala kadar punya hotel bajet, hotel boleh tahan la cantik tapi dikategorikan bajet. I don’t know, siap dapat anugerah hotel bajet terbagus dalam daerah lagi tu. Aku seronok kerja dekat hotel tu as receptionist tapi ada beberapa benda aku tak suka, manager hotel tu suka main kotor dan pekerja di situ buat aku terkejut.

Ok cuba bayangkan, housekeeper ada dua orang sahaja, bilik semua ada 40 bilik. After pukul 1 semua bilik mesti clear sebab waktu check out bilik pukul 12. Then dalam anggaran 10 bilik orang dah check out pukul 12. Kadang2 tu orang check out lambat Lepas tu pulak ramai nak check in hotel pukul 1 tu. Housekeeper tak cukuo tangan. Then bila tak ada bilik, guests marah dekat receptionist. Aku yang kena. Padahal bila tanya balik dekat manager kenapa tak ambil pekerja lagi? Dia jawab, nanti housekeeper tak ada kerja dan nanti boleh jimat sikit. Whut? Tamak haloba betul.

Kerja aku sebagai receptionist ni pulak macam mana boleh dapat sebab aku terus jumpa dia dan dia interview sikit2, at last dapat. Bila kau kerja menghadap guests setiap hari, memang banyak kena hentam walaupun bukan sebab kau. Termasuklah bila dah tak ada bilik, aku memang close untuk siapa yang walk in. Tetapi, disebabkan sikap tamak haloba punya perangai manager, dia suruh aku open bilik yang under maintenance. Kan buruk perangai tu. Dia kata aircond rosak tak apa, kipas ada. Dia kata penutup flush tak ada tak apa (terbukak sampai nampak pelampung bulat hitam tu), asalkan boleh flush. Fyi, hotel ni tak lah sebajet mana harga dia tapi tak tahu lah kenapa panggil bajet. Tak kena dengan harga fizikal bilik yang under maintenance ni.

Lagi satu, manager aku ni tahu aku ada potensi menarik guest. Yelah, otak budak sekarang fresh2 lagi (bak kata makcik2 kampung). Guests pun ramai foreigners, orang tempatan sikit je. Dia tengok aku boleh communicate dengan baik depan guests, jadi dia memang taknak aku berhenti cepat. So dia mempergunakan aku yang part timer ni buat kerja yang dia selalu buat. Memang dia serahkan semua kerja kat aku. Ubah suai laman web dia, layan review, email guests memang semestinya dan selebihnya kerja receptionist. Masa ni aku bodoh je ikut je cakap bos. Sampai lah satu hari tu aku belek2 daily sale buku log book yang aku selalu catat. Sebelum aku kerja, duit sale punya lah suam2 kuku. Tak sampai 1000 pun, paling banyak RM 800. Tapi bila aku start handle, 1 hari RM 2,000. Bukan aku nak berlagak, sebab gaji aku tak setimpal kerja aku. At least bagi la 1,200. Ni tak, alasannya sebab ikut punch card. Weh aku punctual kot datang kerja .

Ada lagi, dia suka tidur dekat hotel yang dah bersih macam tak ada rumah sendiri siap buat jamuan dalam bilik hotel. Pastu bila guests datang tak ada bilik, mula lah gelabah suruh housekeeper bersihkan cepat. Bayangkan housekeeper dah bersihkan bilik, tak sampai 10 minit manager aku ni tidur dalam bilik tu. Ok dia bos aku tak kisah. Ni segala familiy nenek moyang dia kalau boleh dia bawak tidur hotel yang dah bersih. 1 bilik tak aoa, ni 3-4 bilik. Nanti panggil je housekeeper bersihkan. Macam ni ke nak build good environment dekat tempat kerja kalau bos sendiri tak ada sivik? Kalau macam ni la, pekerja pun dah malas nak kerja, berhenti terus.

Ingat tu je ke perangai bos aku ni. Lagi satu, bos aku ni gatal ok. Suka whatsapp aku benda tak penting pun. Cringe. Bukan setakat gatal, dia suka propa islamic depan guests siap bertuhan2 bila bercakap. Padahal…hmm.
Ok tu habis cerita pasal manager aku. Ni pasal pekerja dekat situ. Mungkin aku tak biasa dengan environment macam tu, sampai aku rasa tak selesa dengan dorang. Aku bukan nak berlagak bagus tapi aku ni seorang yang sangat menjaga batas antara yang bukan muhrim dan prinsip aku sebagai seorang muslim solat lima waktu adalah sangat wajib. Tetapi apakan daya orang yang bekerja di situ sangat rapuh dalam urusan ibadah wajib . Kalau laki perempuan tu sudah terbiasa bertempuk tampar. Aku ingat lagi masa aku nak take break dan suruh budak lelaki melayu ni jaga counter sebab aku nak solat. Tiba2 dia tanya, ‘eh, akak solat ke?’. Maksud dia bukan cuti sembahyang tapi dia bermaksud selama ni aku solat ke? Sebab dia kata kat aku dia tak solat. Seriously? Dan dia kata normal la time kerja tak solat. What? Aku tak bole brain. Serious. Bukan setakat budak laki ni, ada sorang akak ni pernah beberapa kali kot bawak boyfriend dia masuk bilik hotel yang dah check out. Tak tahu la dia bersenggama ke apa. Padahal akak ni dah ada suami kot. Aku sedih la jugak sebab dorang ni baik2 orangnya. Tapi perangai hmm. Doakan baik2 sahaja.

Actually aku dah banyak jumpa orang2 macam ni since aku kerja lepas SPM. Agak terkejut la jugak sebab for the first time kau yang dah dididik dengan benda2 yang baik dari segi akhlak dan persekitaran, tiba2 masuk dalam dunia yang berbeza. Memang inikah cabaran bekerja? 

– Alyn

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit