Ijazah Bukan Jaminan Kerja Hebat: Cabaran Selepas Graduasi

Assalamualaikum. Terima kasih pembaca kerana sudi ikuti kisah Anak Yatim ke Menara Gading. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/anak-yatim-ke-menara-gading/). Kisah kali ini adalah sambungannya. Sengaja saya tak menulis dalam loghat kelate untuk mudahkan lebih ramai pembaca memahami kisah saya.

Alhamdulillah kerana sambutan positif untuk kisah Anak Yatim ke Menara Gading. Syukur ke hadrat ilahi untuk rezeki yang dikurniakan. Tanpa izin Allah siapalah saya sekarang ini.

Cabaran kehidupan selepas graduasi lagi getir. Bagaimana graduan muda tanpa pengalaman cuba bersaing dengan beribu graduan untuk mendapatkan kerja. Disini saya cuba ceritakan kisah kerja saya selepas tamat belajar pada tahun 2012.

Harian Metro 29 March 2019, graduan mengeluh tidak diterima bekerja walaupun sudah menghantar 30 resume. Pada pendapat saya, 30 resume adalah kuantiti yang sedikit. Kerana saya telah menghantar beratus resume demi mendapatkan pekerjaan.

Banyak cabaran dihadapi saya selepas graduasi. Beberapa temuduga saya gagal mungkin disebabkan kekurangan saya sendiri serta faktor tiada pengalaman. Ijazah kejuruteraan Universiti Teknologi Petronas (UTP) bukanlah satu jaminan untuk anda bekerja dengan syarikat minyak nasional. Tambahan lagi penaja saya adalah MARA dan bukan PETRONAS.

Kelebihan biasiswa MARA adalah saya tidak terikat dengan penaja atau nama lain tiada bond. Saya bebas untuk bekerja dengan mana-mana syarikat. Walaupun bebas untuk memilih mana-mana syarikat, cabaran mencari kerja tetap ada.

Selepas 3 bulan menganggur, Alhamdulillah saya diterima bekerja. Kerja di syarikat pembinaan sebagai jurutera projek. Gaji permulaan tak banyak, hanyalah Rm1800. Berbanding dengan kawan-kawan yang bekerja di syarikat minyak, gaji mereka jauh lebih tinggi. Ada yang mencecah Rm4000 sebulan untuk jawatan jurutera eksekutif.

Saya bermula daripada bawah. Projek pertama uruskan pembinaan structure untuk boiler. Saya diterima bekerja pun disebabkan jurutera projek lama dah berhenti. Sambung kerja orang lama tak mudah. Handover pun tak sampai seminggu.

Saya suka gelar diri sebagai kulikutif disebabkan kerja pertama betul-betul macam kuli. Bayangkanlah, status kerja jurutera projek tapi realiti buat kerja macam helper. Sebagai contoh, untuk kerja-kerja drill pipe handrail sebelum hot dip galvanize di tempat supplier majikan hanya beri 1 helper Vietnam. Sudahnya saya dan helper tersebut sama naik buat kerja drill.

Pengalaman pahit, hampir near miss struture beam hempap kaki saya semasa housekeeping beam-beam yang dah siap fabrikasi kat workshop. Monolog dalam hati “ini bukanlah kerja yang saya inginkan”. Saya nekad hantar notis 1 bulan berhenti kerja. Dalam 1 bulan, hari-hari resume saya hantar untuk cari kerja. Saya taknak menganggur lagi.

Alhamdulillah, seminggu selepas berhenti kerja saya diterima sebagai design engineer. Minat saya dalam design sejak belajar masih tebal. Pengalaman kat UTP design robot untuk pertandingan ROBOCON. Imbas kembali, pada 2009 team ROBOCON UTP mendapat tempat ketiga pertandingan ROBOCON peringkat Malaysia.

Berbalik kepada kerja baru saya, saya diterima bekerja dengan gaji Rm1800 juga. Sebenarnya saya diterima bekerja setelah dua kali temuduga. Pada temuduga pertama tidak berjaya disebabkan gaji Rm2500 yang diminta bagi syarikat agak tinggi. Pada temuduga kali kedua, manager yang interviewed masih ingat pada saya. Hasilnya saya diterima bekerja setelah turunkan gaji kepada Rm1800.

Tanpa kita sedar, gaji kebanyakan jurutera di Malaysia adalah underpaid. Kadang-kadang tanpa rela kita terpaksa akur. At that time, I know I have nothing to bargain. My experience is Zero. Saya nekad untuk cari pengalaman di tempat baru ini.

Rezeki saya agak baik, walaupun gaji murah tapi saya berpeluang untuk belajar ilmu teknikal disini. Saya terlibat dalam projek dapatkan lesen fabrikasi dandang tak berapi atau pressure vessel daripada DOSH dan ASME. Bermulalah pendedahan saya dalam design, fabrication, Inspection dan repair pressure vessel mengikut code dan standard seperti ASME Section VIII dan Petronas Technical Standard.

Nasihat untuk graduan lulusan kejuruteraan, semasa kerja pastikan anda biasakan diri dengan code dan standard yang relevan. Ini adalah satu tips untuk anda marketkan diri dan supaya bos sayang anda. Berdasarkan pengalaman saya, selepas saya mahir design pressure vessel dan tahu menggunakan software PV Elite, banyak competitor yang cuba hire saya.

Pada hujung tahun 2014 pertama kali saya cuba tender untuk resign disebabkan ada tawaran yang lebih menarik. Cubaan pertama saya gagal. Syarikat saya cuba kekalkan saya dengan naikkan gaji. Selepas berpuas hati dengan tawaran, saya decide untuk kekal. Namun, setiap bulan saya akan update resume dan pemburuan kerja masih diteruskan.

Kenapa ingin bertukar kerja? Pertama, sudah hampir tiga tahun bekerja disyarikat sama. Saya ingin mencari cabaran dan pengalaman baru. Disamping itu, saya ingin upgrade technical knowledge. Kedua, gaji yang dibayar masih tak setimpal.

Gaji basic saya jauh lagi rendah berbanding gaji permulaan kawan-kawan yang bekerja di sektor minyak dan gas. Dan terakhir, keperluan kerja sekarang memerlukan saya bekerja lebih masa hampir setiap hari disebabkan kekurangan pekerja. Rutin kerja saya start pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Alhamdulillah, pada tahun 2015 saya dipanggil untuk ditemuduga salah sebuah anak syarikat minyak dan gas nasional. Terdapat dua temuduga iaitu Technical Assesment di anak syarikat dan selepas berjaya saya perlu menghadiri Structured interview di KLCC. Rezeki saya, lulus kedua-dua temuduga dan pada bulan 8 tahun 2015 bermulalah episod kerja saya di syarikat minyak dan gas nasional.

Syukur untuk rezeki pekerjaan. Saya berjaya mendapat kerja impian selepas tiga tahun pengalaman bekerja. Banyak yang saya telah belajar daripada rakan-rakan sekerja dan pengurus-pengurus lama. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian. Kalian juga cikgu-cikgu saya dalam alam pekerjaan.

Sekian dahulu kisah dan cabaran yang saya hadapi semasa memasuki alam pekerjaan. Ingat! Lulusan ijazah tidak menjamin anda mendapat pekerjaan yang elok. Graduan perlu berusaha keras mencari kerja. Tingkatkan value diri anda untuk majikan hargai kehadiran anda dalam syarikat.

Untuk cerita seterusnya saya akan sambung macam mana memiliki enam (6) rumah sebelum umur 30 tahun.

– Kulikutif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *