Cabaran Gapai Impian Pada Zaman Gawat

Panggil aku Endi (bukan nama sebenar). Lahir dari sebuah keluarga miskin di kampung dan membesar di kg. Lahir dlm keluarga miskin buat kau punyai impian besar untuk jadi kaya. Namun impian kaya aku bukanlah nak jadi bisnesman, tapi suatu yg merubah taraf hidup yang selesa cukup lah.

Impian aku nak jadi pendidik. Dari kecik aku nak jadi cikgu, tapi bila masuk universiti aku nak jadi lecturer. Bukan nak bangga, tapi jujur aku ckp aku budak bijak, in sha Allah, boleh skor semua subjek. Aku jgak ada communication skill yg baik. Aku berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran di sebuah universiti di ibu kota.

Lepas aku habis belajar, aku menganggur berapa bulan. Bukan tak nak sambung belajar, tapi aku kene kerja tampung hidup keluarga aku. Stabilkan sedikit. Bila aku dpat kerja wpun bukan bidang aku. gaji tinggi tapi bila lama aku kerja aku sedar duit banyak tak bawak bahagia kalau kita tak minat.

Jadi aku nekad aku berhenti kerja. Apply sambung belajar master. Sbb mmg aku nak kejar impian aku. Bulan pertama belajar aku pakai duit gaji. Tapi aku lahir dari keluarga kampung miskin, aku kena tampung benda dlm rumah jgak.

Otak aku terlebih bijak. Masa hujung kerja aku dh apply kredit kad. Yelah waktu tinggi dan pikir nak guna bila sempit. Yaaa, mmg lepas sebulan belajar aku mmg sempit. Terpaksa guna credit advance. Hidup sgt mendesak.

Untuk semester pertama, Allah tu maha pengasih ada rezeki tak terduga boleh top up duit dan bayar skit2 credit advance tu. Semester ke 2, aku apply ptptn. sebba sistem tak detect bapa aku penerima br1m sbb rumah ni mak tiri aku dpat BR1M, maka aku tak dpat pinjama penuh. Bayar sewa kediaman dan yuran dah habis duit aku.

Ahh sudah jadi takde duit dah aku. Aku ada adik2 yg kerja, so maka berhutang la nak tampung kos hidup kat KL ni. Tapi diorang pun ada jugak nak pakai duit. Dgn kelulusan lepasan SPM, berapa sgt la gaji diorg ni. Aku jadi malu asyik nak meminjam dgn bayar kad kredit nya lagi.

Aku jadi stress sebenarnya hidup. Niat aku nak sambung belajar ubah hidup, tapi lain pulak jalan yg aku kena tempuh. Dgn tekanan kewangan, aku banyak termenung dan kerja2 aku jadi delay. Nak buat kertas kajian pun kena perlukan duit weh.

Aku bengang dengan galakan kerajaan dlm negara ni utk org yang sambung belajar. Tiada biasiswa. Dulu mybrain ada tampung hidup, sekarang dah la terhad. Lepas tu buka kepada sc stream je, arts haram diabaikan. Sebelum ni, senior yg apply mybrain pasti dapat, tp sekarang ada limit dh wpun mybrain tu hanya kemudahan utk bayaran yuran shj.

Bukan tu je yang aku bengang dgn kerajaan, universiti facing budget constraint utk geran. Dulu ada fellowship la, TPM la, Slab la segala biasiswa utk tampung siapa org muda yg nak jadi lecturer. Skrg, kalau korg perasan sejak 2016 benda ni dah tak wujud.

Aku rasa ini lah kezaliman yg terpaksa dihadapi generasi hari ini. Ada impian tapi sistem tidak menyokong. Sudah la kos taraf hidup meningkat. RM 100 seminggu jujur tak ckup utk student dgn kene prepare bahan bacaan lagi.

Aku tak faham kenapa anak muda hari ini masih bangga menjadi hipster makan mewah2 guna duit mak bapak yang bersusah payah kerja. Diorg tak paham mendalam isu semasa. Gah mengutuk itu ini dalam twitter. Tapi, action? Takde inisiatif untuk ubah sistem, register mengundi pun belum pasti. Macam mana nak ubah keadaaan. Nasihat aku tolong la register mengundi, kita ubah keadaan rakyat yg tenat. Mungkin kau rasa mewah sbb duit mak bapak kau, cuba kau usaha cari duit. Tgok mudah ke tak?

Tertekan dgn hidup aku sebenarnya bila menulis ni. Aku kalau bleh nak settle semua hutang2 aku, baru jalani hidup tenang. Tapi kene tolong keluarga jgak at the same time. Aku dah apply zakat, tapi biasa lah zakat ambik masa berbulan nk dpat. Jumlahnya pula bleh tampung sebulan hidup je kadang2.

Aku plan nak kerja. Tapi nak kerja dengan belajar ni, sakit juga la. Dgn kena guna public transport lagi. Aku bukan ada kenderaan sendiri. Dulu universiti ada offer kerja kat dlm, tapi sekarang budget constrait uni pun x hire dh part timer. Nampak tak kesan kita hidup dlm keadaan kerajaan yg menindas ni.

Cuma tu je aku nak luah. Penat sebenarnya hidup ni. Sakit nak hidup dalam keadaan ekonomi ni dgn nak kejar cita2 ubah taraf hidup. Tu pun belum tentu, keluar dapat kerja. Kadang2 sampai tahap putus asa, nak bunug diri pun ada. Tapi kita tahu Tuhan ada.

Terima kasih sbb baca weh.

– Endi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit