Assalamualaikum semua.. Post ni actually khas untuk bro yang berniat nak kahwin awal terutama mase study cam aku ni ha.
Ok! First thing nak bagi taw aku ni bukan la level2 ustaz sebab aku kos engineering dan bukan budak sekolah agama.
Hidup aku sebelum kahwin banyak jugak buat mende lagho cam couple and etc.
But maybe Allah sayang aku or aku pernah buat kebaikan maka Allah percepatkan jodoh aku dengan wanita solehah.
Ok.. Cerita bermula sekarang, cabaran utama aku adalah kawan2. Dengan background macam aku ni tak ramai kawan2 yang faham kenapa aku decide nak kahwin awal.
Ye la.. kalau dah terbiasa berdating bagai kenapa sibuk nak kahwin kan? Itu yang aku sendiri tak boleh nak explain sebab hati kita ni kan milik Allah.
To be precise, cerita/fitnah tentang kehidupan selepas kahwin aku ni dicanang ke semua kawan2 aku oleh 2 watak utama iaitu Pembawa Cerita (A) dan Pemanipulasi cerita (B)
A akan create cerita dan B akan manipulate cerita tu bagi jadi best bergosip then sebarkan pada orang yang kenal aku, here the list fitnah yang aku terima selama bertahun lamanya..
1) Lepas kahwin susah nak lepak sebab dah LUPA member.
-Yes, i admit memang aku susah lepak sebab aku terpaksa belajar dan keje untuk support isteri aku. Keje ape je aku tak pernah buat, cashier? berniaga? ajar tusyen? and etc.
But aku akan cuba luang mase sebanyak mungkin untuk lepak bile aku tak keje, siyesly setakat yang termampu dari segi masa dan kewangan.
2) Kahwin gune duit family.
-Sebab aku kahwin time belajar so A dan B buat cerita camni supaya nampak aku teruk. Padahal dari sebelum kahwin lagi aku dah kumpul duit dengan part time, cuti sem tak pernah rehat kat rumah sebab cari duit, busuk kan hati manusia?
Guys, kenduri aku simple je dan sambut menantu pn tumpang kenduri adik beradik.
3) Lepas kahwin bajet Alim
-Yang ni memang tepuk dahi la sebabnye tak puas hati aku nak berubah jadi baik, dengan alasan dulu aku ni kan lagho so jadi tak puas hati pulak bila aku nak berubah.
Bile aku share something kat status fb sure jadi bahan umpatan. See? Aku baru berusaha nak jadi baik belum lagi jadi juara Imam Muda, tu pun dah ade yang sakit hati. Dah tak kan aku nak terus lagho dengan isteri yang sikit punya solehah camni? Aku suami bro..
4) Lambat dapat anak.
-Salah aku ke lambat dapat anak? Allah tak nak bagi tapi entah la macam mane si A dan B ni manipulate cerita nampak macam aku pulak yang salah, cant brain guys but it happen!
5) Kerja yang stabil.
-Alhamdulillah tak lame lepas aku grad Allah bagi aku kerja yg stabil dengan gaji yang ok la BUT A dan B ni still tak puas hati then canang cerita yang aku ni tipu position dan gaji supaya nampak hebat.
Ya Allah, tak habis lagi ke hasad tu?? Punya la nak bagi aku nampak teruk kat mata kawan2 lain.
Sebenarnye banyak lagi fitnah yang aku terima dari A dan B ni tapi cukup la 5 ni je kot sebab tak sanggup nak taip.
Aku sebenarnye tak kisah sangat dengan B tapi yang aku terkilan adalah A.
A ni aku punye percaya kat dia sampai aku anggap macam sedara sendiri. Setiap kisah hidup dan cabaran aku selama berkahwin aku akan share dengan A ni.
Macam mane susah aku study sambil keje, semua dia tahu but yang sedih nya dari cerita2 ni la dia akan create cerita untuk memburukkan aku. Sedih bro bila tahu rupanya selama ni dia la pembawa cerita, aku expect dia la kawan yang akan paling faham, jatuh air mata jantan aku.
But recently aku bersyukur sangat sebab kawan2 lain yang sebelum ni just terikut dan terbawa-bawa oleh cerita A dan B ni dah mula nampak kebenaran.
Mungkin Allah buka hijab kat hati diorang yang selama ni aku teraniaya dan ikhlas untuk berkawan. Ni kawan yang dah berbelas tahun kenal, bukan setahun dua.
Bertahun aku teraniaya sebab cerita dari A dan B ni dan kawan2 pandang sinis but Alhamdulillah, hati ni milik Allah kan? Dan Dia bersama orang yang bersabar.
Aku sayang kawan2 aku dan dengan hati terbuka aku lupakan ape yang dah berlaku sebab aku tahu diorang cuma terikut dengan cerita yang di bawa oleh A dan B.
But for A dan B, tak de makne kot nak simpan kawan perangai jilake macam korang ni.
So nasihat aku untuk bro2 yang nak kahwin awal tu selain dari family, kawan2 pun cabaran jugak. Make sure jangan bagi spesis macam A dan B ni membiak k? Supaya korang tak hilang kawan2 yang ko sayang. Tu je nak nasihat..
Sekarang ni rezeki aku alhamdulillah la dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel, muka sebijik macam aku mase kecik dulu.
Cuma nak tanye, betul ke kalau anak laki ni lambat boleh bercakap?
– brobro (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mmg ada anak yg lmbt berckp. Tapi klu rasa risau, bwk dlu ke klinik kesihatan buat check up..biasanya akan ada rwtn utk speech therapy. Insya Allah semua baik² saja