Salam admin, thank you kalau cerita aku tersiar. Aku terinspirasi dengan cerita paris hilton punya confession. Rasa ikhlas nau penceritaan dia, sampai ke hati. Membuatkan aku nak share jugak my story, mungkin dapat menjadi pedoman dgn izin Allah..
Aku nak ingatkan kepada generasi muda, terutama dalam 20an ke 30 an. Yang dah berkahwin dan merasakan cabaran sgt dgn pasangan anda, percayalah anda perlu banyak sabar. Sabar di sini bukan bermakna bergelumbang dengan kebodohan ya, tuan tuan dan puan puan. Sorry ayat kasar tapi itu je yang terlintas utk aku describe. Kalau mereka menzalimi anda, mencederakan anda, tolong jumpa kaunselor dan dapatkan pandangan drp orang dewasa dan berpengalaman, dan bukannya depend kpd diaorang buat keputusan untuk kita ya. Kitalah yang buat keputusan sendiri dengan panduan drp org berilmu dan of course dgn dekat dgn Allah.
Back to sabar tadi, aku dah masuk 3 tahun berkahwin.
Perkahwinan kami alhamdulilah dipermudahkan. Boleh lah cerita lain kali cabaran sebelum kahwin tapi kali ni nak cerita cabaran bila dah kahwin, yang aku boleh rangkumkan mainly ada
cabaran kefahaman agama,
cabaran kewangan,
cabaran kesihatan,
cabaran komunikasi,
cabaran ibu bapa masing-masing; dan atas certain faktor ni membuatkan kami decide yang kami tak mampu lagi utk usaha ke arah mendapatkan cahaya mata. Tolong doakan kami dapat kuat untuk generasi kami. Namun segala cabaran ini, kami sedar yang bila kami dapat fokus kepada memenuhkan kesolehan dan kesolehah kita, nak penuhkan objektif hidup untuk jadi orang bertakwa, hidup kami berubah, walau bukan 100 peratus tapi perubahan itu membuatkan cabaran lain dapat dihadapi dengan berobjektif, dengan izin Allah. Kami suami isteri memang jauh lagi perjalanan nak jadi orang bertakwa. Terus terang di awal perkahwinan, struggle nak solat, merokok, lalai, langho, adab laki perempuan tak jaga, sampai ada ketika kami bergaduh sebab insiden tumpang kawan sekerja yang berlainan jantina. Masa itu tak aware sangat dengan halal haram, apa Islam pandang..
Menginjak tahun ini, kami membuat keputusan untuk berubah, berkat mencari ilmu di surau dan masjid, membaca buku agama (aku syorkan tip tip cemerlang daripada Quran by Dr Danial Zainal) dan berazam utk berguru dgn ilmuan agama . Selagi hidup, carilah cara untuk kita tingkatkan ketakwaan kita kerana apabila kita mahu menjadi lebih bertakwa esok daripada hari ini, insyaAllah Allah beri jalan keluar dan mengurniakan rezeki tanpa disangka-sangka. Kami mulakan dengan jaga solat. Walaupun belum lagi berjemaah bersama suami isteri, kami kumpulkan kekuatan untuk ke masjid dan surau. Untuk mendahulukan solat dan bukannya manusia atau gadjet. Suatu hari nanti insyaAllah imam rumah ini akan mempunyai kekuatan untuk berjemaah di rumah. Mohon doa drp pembaca sekalian. Quran belum dapat sentuh hari-hari tapi sikit sikit kami selusuri dan hayati.
Kami cari kembali sahabat kami yang elok budi dan iman, dan aku sarankan, pilihlah sahabat yang baik baik. Memang susah tapi kita adalah refleksi dengan 5 orang yang kita banyak meluangkan masa dengan. Andai pasangan anda tinggal bersama anda, (bukan long distance relationship) besar kemungkinan 5 orang itu adalah termasuk pasangan anda, maka ada kaitan dgn siapa anda berkawan dan juga rumah tangga anda. Kita tidak obligated untuk bersahabat dengan sesiapa pun. Bukan maksudnya suruh putus kawan. Tapi kawan dan sahabat bagi aku berlainan. Kalau sahabat, dia nampak sahabat dia berubah, walaupun dia belum lagi nak berubah, dia akan faham akan kejauhan kau itu bukan lah disebabkan dia, he don’t take it personally dan sokong dan doakan yg terbaik… Kalau kawan, nampak kau berubah, dulu hari hari mengopi tapi sekarang kadang kadang kau menolak, terus chop kau sombong, tahu kau ke masjid dan surau dan mula bercakap nada baik dan lembut, chop kau alim nak jadi ustaz ustazah….. Jadi pilihlah sahabat dalam hidup kita. Kawan boleh jadi ramai tapi jangan biarkan kita terjerumus dengan kelalaian.
Mengenai cabaran komunikasi, yang utama kami belajar adalah do not assume. Our spouse tidak dapat membaca minda kita. They can’t read our mind. Kadang kau dengar dia respon cakap sepatah dua begitu, kau assume begini kerana waktu tu kau yakin yang itulah kebenarannya. Tidak, tuan tuan dan puan puan. Barangkali assumption kita mungkin benar dan mungkin juga salah. Memang penat nak clarify dan tanya. But when you stop assuming, banyak masalah komunikasi dapat diatasi dan kita harus terus tidak berhenti untuk mengenali pasangan kita. Mengenali suami isteri kita tidak berhenti selepas dua tiga tahun berkahwin. Sebagai contoh assume, bila suami tak bercakap dgn kita, kita assume, mesti sbb aku buat silap semalam dia tak maafkan lagi… Padahal si suami punya lah berat masalah dan perlukan strategi dan ruang untuk berfikir dan menghadamkan, menurut psikologi barat, men need to be in their ‘cave’.. Waktu seorang mereka.. Seperti Rasulluah di gua Hira’… Para isteri, hayatilah suami anda, allow your spouse to have their cave time.. Mereka akan kembali kepada anda dan meluangkan masa dengan anda selepas recharge di ruang mereka. Sabar, sabar dan sabar.
Setakat itu sahaja aku nak sharekan. Thank you for your time. Mana yang baik, semuanya milik Allah and sama sama kita ambil dan mana yang buruk, kita buang.
Hamba Allah
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit