Cabaran Seorang Jururawat

Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih andai coretan saya ini disiarkan. Saya, seorang jururawat terlatih yang telah menamatkan diploma pada tahun 2003. Tujuan saya berkongsi adalah kerana kisah seorang jururawat muda yang baru berumur 22 tahun yang telah memgambil keputusan untuk mengakhiri hayatnya sendiri.

Terus terang saya tidak bersetuju dengan tindakan mendiang tetapi… hanya beliau sahaja yang memahami apa yang telah dilalui. Saya tidak mengenalinya cuma saya kenal beberapa orang yang mengenali beliau.

Sayang seribu kali sayang, mendiang adalah anak yang baik dan harapan keluarga, dikenali sebagai seorang yang manis dan baik orangnya. Kenapa beliau tidak berhenti kerja? Beliau terikat dengan kontrak tajaan pelajarannya sebagai jururawat.

Menjadi jururawat PERLU kuat, tabah, sabar & adiwira… Tanggungjawab melibatkan nyawa yang harus dilayan adalah pesakit. Yang perlu dipuaskan adalah ibu, bapa, saudara2, kawan pesakit bahkan setiap pelawat. Yang harus dipatuhi, arahan doktor & pakar2 yang acapkali tinggi egonya & keras bicaranya. 1 soalan bisa mengundang sindiran & kemarahan.

Derap tapak kaki ketua jururawat, ketua bahagian, ketua unit & jururawat senior bisa buat berpeluh di dahi kerana soalan yang bakal ditanya & kesalahan yang bakal ditemui.

Dalam kesibukan melayan pesakit, laporan harus disiapkan dengan cepat & tepat pada masa. Zero error atau jika sebarang masalah membawa ke mahkamah, setiap laporan menjadi bukti kelak. Saat menyiapkan laporan, setiap call bell daripada pesakit WAJIB didatangi. Doktor datang tak menentu masa.

Keputusan ujian darah, X-ray, MRI & scan harus didapatkan segera. Oh! Ubat pesakit masih belum diberi. Ada yang harus dibersihkan. Yang minta air harus dipenuhi. Makanan lambat, tandas kotor & doktor belum muncul, jururawat juga yg dicari. Audit.. menggigil kaki tangan ini..

Bukan mudah bermain nyawa, menghadapi ragam daripada semua pihak (pesakit, keluarga, doktor, kawan2, jabatan lain, ketua dsbnya)

Yang SALAH DIJUNJUNG & YANG MANIS MEMANG DITUNTUT.

Tujuan saya berkongsi sekadar cuma, layanilah jururawat dengan baik. Santunilah mereka yang hanya ingin membantu & menjalankan tugasan. Ringankan mereka dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Mereka insan tabah yang kuat saat diperlukan semua.

Terima kasih.

– Mama S

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *