Assalamualaikum.
Aku Atie, 22 tahun & alumni sebuah IPTA di Penang. Dah dekat setahun aku kerja kat sebuah farmasi yang agak dikenali ramai. Aku nak share sedikit sebanyak pengalaman sepanjang kerja disini supaya orang ramai boleh mengerti & tak judge kami macam-macam.
1)Tengok-tengok customer dekat bahagian kosmetik & vitamin.
Untuk pengetahuan, kami bukan suka-suka nak usha customer yang sedang menilik & mencuba semua tester kosmetik yang ada cuma dah jadi tanggungjawab untuk berdiri di bahagian kosmetik/vitamin incase kalau customer perlukan pertolongan secara tak langsung mengelakkan daripada kes kecurian. Kami tak kata semua orang yang masuk tu mencuri tapi ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga. Jadi tak perlu nak upset @ jeling kami kalau betul anda tak mencuri. Buat rilek sudah. Ok?
2)Tak kacau buayafriend orang.
Majority staff farmasi ni adalah perempuan so customer yang datang bersama buayafriend/tunang/husband mohon jangan risau . Kami tak kacau marka ampa k…Ada sekali tu staff aku kena jeling dengan sorang perempuan ni lepas dia tanya ‘ada apa-apa boleh saya bantu?’ Mungkin dia rasa staff aku tu nak ganggu bf dia kot? Entahlah. Masa bayar boleh pula campak duit tak pandang cashier sambil buat suara gedik dekat buayafriend. Motif sangat. Haha adoi.
3)Kami layan semua customer fair & square.
Kami sangat -sangat berbesar hati dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada customer tetapi buat customer lelaki..jangan ambil kesempatan & jangan pikir bukan-bukan ye. Kami sedia melayan setiap pertanyaan anda TAPI bila dah start tanya pasal condom mana yang best or benda merepek. Kau rasa?
Apa-apa pun kami sangat hargai setiap customer yang walk in ke dalam store kami & perkongsian yang sedikit ini diharapkan dapat membuka mata anda semua ye.
Assalamualaikum.
– Atie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit