Assalammualaikum semua. Aku terpanggil untuk menulis ni lepas aku baca confession “Kenapa gigi anak kau tak menghadap kiblat” (https://iiumc.com/kenapa-anak-kau-giginya-tak-menghadap-kiblat/). Kurang hasam betul yang mengata anak Senah tu, tak pasal-pasal kawan tu dah kecik hati nak kena buat gigi beribu-ribu. Tapi, aku ni nak kongsi pengalaman aku pula mendapatkan perkhidmatan di klinik gigi UiTM.
Pada aku, klinik gigi UiTM memang best, orang-orangnya memanglah sabar. Tapi dululah, aku pergi kat fakulti pergigian main campus, tak taulah sekarang ni ada lagi ke tak. Aku jenis fobia dengan dentist sebab kecik-kecik dulu, gigi ok bersih, bila ada doktor gigi datang check kat sekolah, mesti kena puji sebab gigi cantik dan pandai jaga.
Masuk sekolah menengah, time form 3 dan form 4, entah kenapa aku stress, dan aku makan aiskrim sangattt banyakkk. Lepas rehat je aku mesti pergi koop beli aiskrim. Sehari sampai 2 batang la kadang-kadang. Lepas tu bila check gigi time form 4, sekali 4 batang terus kena tampal . Terus rasa ngeri nak pergi jumpa doktor gigi sebab kalau check, lepas tu kena tampal lagi macam mana .
Bila dah fobia tu, sakit gigi cemana pun aku tak pergi klinik. Nak dijadikan cerita, salah satu tampalan tu tak sempurna, dia tak rata sebab terasa betul giginya berbukit. Sudahlah fobia, degil jugak, jadi aku biarkan gigi tu lama begitu sampai bila makan, kadang-kadang tampalan tu terhakis sendiri. Lama-lama, tampalan tu dah rosak, dan bila makan, makanan selalu melekat kat tampalan yang rosak tu. Aku abaikan jugak sebab aku takut sangat nak jumpa doktor.
Bila sakit je, aku ambil panadol, aku pecahkan, lepas tu aku letak kat kapas atau tisu dan aku gigit dekat bahagian yang sakit tu. Manalah aku dapat idea buat macam tu tapi itulah, desperate times call for desperate measures. Sampailah tahap geraham aku ni dah kronik bila tampalan tu tercabut semua, perghhh sakitnya tak boleh pergi wo. Macam apa dah sakitnya, kena jugak lah pergi klinik. Aku pilih klinik UiTM sebab masa tu student lagi, kenalah pilih yang murah dan dekat. Seingat aku cuma kena bayar RM2 dan waktu menunggu tak lama pun sebab orang sangat sikit. Berpeluh-peluh tangan aku memikirkan kemungkinan yang berlaku dalam bilik rawatan nanti.
Then, nombor giliran aku dipanggil dan rupanya yang attend case aku adalah pelajar pergigian yang dalam latihan, perempuan, nampak lembut je. Allah, lagilah bertambah cuak, tapi aku cuba contain rasa kecuakan itu. Dia check gigi aku lepas tu dia kata kena xray. Aku pun tak berapa ingat dah macam mana prosedurnya tapi yang aku ingat lepas tu, aku baring dekat kerusi rawatan tu sambil dia tunjuk hasil x-ray gigi aku. Time tu, aku punya gigi bongsu tumbuh condong dan belum keluar habis, besar pulak tu, mengeruhkan lagi keadaan gusi sekitar.
Ya, gigi bongsu tumbuh lambat, jangan kecam ya, dia dah tumbuh cuma tak habis keluar properly. Pelajar tu cakap buatlah root canal treatment (rct) sebab gigi masih boleh diselamatkan, tapi tak boleh buat immediately dan lepas rct, kena datang lagi untuk incise sikit gusi, bagi ruang untuk gigi bongsu tu tumbuh sempurna, kalau tak, nanti lagi sakit. Bila dengar dia cakap macam tu, terus aku menggelabah, aku menangis kat situ . Mula-mula macam bergenang je, tapi rasa ketakutan datang menyerbu mendadak, terus air mata aku jatuh berjurai-jurai. Pelajar perempuan tu pulak yang cuak , mesti dia fikir, ‘ahhh sudah, apehal lak dia ni.’
Terus dia panggil doktor lain, aku rasa mungkin lecturer dia sebab dia panggil prof. Prof tu cuba la tenangkan aku. Aku bagitau yang aku rasa sakit sangat, tak boleh tunggu untuk rct, tapi aku memang tak nak lalui prodesur yang pelajar tu suggest kat aku. Aku cakap cabut je lah gigi ni. Prof tu pun kata, cabut pun boleh, nanti gigi bongsu tu pun ada ruang nak tumbuh sendiri sebab tak sempit dah tapi dia akan tumbuh sikit-sikit dan push gusi, masih lagi akan rasa sakit dan dia tanya tak sayang ke kat gigi yang nak cabut tu, bukannya boleh tumbuh baru dah. Sebabkan aku sakit dan degil, aku nak juga teruskan gigi dicabut. Jadi prof tu pun benarkan pelajar dia untuk teruskan rawatan.
Aku mati-mati ingat yang prof tu akan take over. Iyalah, bila difikirkan berada di tangan orang yang berpengalaman, mungkin tak menakutkan sangat. Tapi prof tu kata tak boleh, kena bagi peluang untuk doktor dia belajar. Dia jadi kelakar bila out of nervous terlampau, aku pegang tangan pelajar tu dan aku tanya umur dia berapa, dia cakap 22 tahun. Sebaya aku, takut! Aku tanya lagi, cik dah cabut gigi berapa orang, dia cakap 4 orang. Takut lagi! Aku sambung nangis! Kesian pelajar tu, maaf cik, emosi orang sakit gigi ni tak boleh dijangka.
Then, prof tu datang balik. Dia duduk sebelah aku, dan dia mula tanyakan aku macam-macam soalan yang lansung tak relate dengan gigi. Dia tanya aku berasal dari mana, berapa orang adik beradik, ambil course apa dan lain-lain. Aku rasa dia cuba nak alihkan ketakutan aku dengan berfikir benda lain. Lepas aku dah nampak sikit bertenang, dia pun bagitau kalau aku keep resisting, gigi aku akan terus sakit, akan affect pada gigi-gigi lain. Nak buat apa pun semua susah.
Dia yakinkan aku yang pelajar dia ni bagus, bagi peluang untuk dia tunjukkan kemahiran dia. Aku pun kumpul semua kekuatan yang ada macam Son Goku kumpul bola jiwa, aku cakap pada diri aku, bring it on! Tapi dengan diaorang, aku cakap Ok! Ok! Ok! dengan firm sambil genggam kerusi, konon aku dah sedia la ni tapi more untuk aku absorb the feeling untuk yakinkan diri sendiri.
Sebelum tu sempat lagi aku suruh pelajar tu jangan bagi aku rasa sikit pun. Dia gelak wei, dia kata InsyaaAllah, dia cuba. Then datang beberapa lagi orang pelajar (kot) dan sediakan barang dan tengok apa yang jadi. Pelajar tu mula dengan masukkan plastik yang bagi kita buka mulut luas-luas tu. Lepas tu dia rub something dekat area gusi gigi yang bakal dicabut tu, 1st molar on the right side. Then rasa macam kebas sikit, dia gosok-gosok pakai jari dia tanya aku rasa apa-apa tak, dia cucuk sikit pakai tool yang tajam tu.
Lepas tu dia ambil syringe besar, dia inject dekat gusi tu. Tersentak kuat aku time tu, sakit woi! Aku patut pejam mata la time tuu, aku tak patut tengok sebab sampai sekarang aku teringat-ingat kebesaran syringe tersebut. Then, lepas beberapa ketika lepas anesthetic to set in , mulut aku tak terasa apa-apa, rasa pressure tapi tak rasa sakit, baru dia teruskan dengan longgarkan gigi aku dan cabut.
Aku pejam je mata waktu rawatan berlansung, aku tak berani nak tengok. Sedar-sedar dia pegang aku dia cakap, dah siap. Woahhh! Hebatnya bakal doktor gigi ni, lansung tak sakit wei. Hilang semua kesakitan dan yang tinggal cumalah rasa malu because of all drama sebelum cabut gigi tu . Sekarang ni mesti pelajar tu dah jadi doktor gigi yang bagus sebab dia sangatlah lembut dan penyabar. Terima kasih le cik sebab sabar je tunggu saya contain semua emosi saya yang bercelaru time tu. Prof tu pun patut dipuji sebab dia tahu dan percaya kebolehan pelajar dia sendiri.
Lepas tu lama juga tak terasa apa-apa dalam mulut. Seminggu lebih juga terasa kebas yang bersisa. Sanggup makan roti lembutkan dengan susu je sebab tak nak risking apa-apa makan benda keras. Kurus mendadak terus time tu, gara-gara cabut gigi.
So, kalau korang berbajet tak berapa tinggi dan nak servis yang bagus, korang patut cuba dapatkan perkhidmatan rawatan gigi dekat IPTA. Jangan risau sangat sebab walaupun pelajar atau doktor pelatih yang perform rawatan tu, mereka diselia oleh doktor dan profesor yang ada bersama. Mereka tak buat sesuatu prosedur membuta tuli dan caca merba, sebab mereka pun tahu yang mereka kena ambil extra precaution, sebab diaorang masih dalam latihan.
Bagus juga kalau korang beramai-ramai pergi bagi peluang untuk diaorang belajar dan tambahkan pengalaman. Sesetengah final year student siap cari volunteer lagi untuk beberapa prosedur gigi, termasuklah yang rumit sebagai projek diaorang dan mereka menawarkan perkhidmatan secara percuma pulak tu.
Paling penting, kalau taknak keluarkan banyak duit dan takut doktor gigi, utamakanlah kebersihan mulut. Makan beringat, gosok gigi, floss dan berkumur dengan rajin. Ingat ni, kalau korang tak sayang gigi, habislah gigi tu rosak macam tu je, bukannya boleh tumbuh baru. Feeling pakai gigi palsu sangatlah tak best tau. Jangan jadi macam aku, dah terhantuk, barulah terngadah.
Hari ni korang dah gosok gigi ke belum?
– Lily
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit