cacat itu…

Aku saje rase nak tulis sebab makin hari aku tengok ramai la pulak yang post pasal kecantikan la apa la. Nak cakap aku cantik tu takde la cuma sempurna la sebagai manusia ciptaan Allah cuma satu je aku ada cacat dekat bahagian muka. Malas nak cakap dekat bahagian mana. Tapi benda tu lah yang buat kekadang aku nampak macam tak kesah tapi sebenarnya hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya hati kalau ada orang tanya pasal bahagian yang cacat tu. Kekadang juga aku renung diri sendiri, kenapa Allah pilih aku untuk hadapi semua ini. Yela tengok manusiakan suka pilih yang cantik2, mana ada diorang nak bunga yang dahla hodoh cacat pulak tu. Aku tak jeles cuma terfikir adakah aku diberi kesempatan untuk berkahwin sebab aku kan cacat. Sebab tu aku takut nak berkawan dengan orang yang berlainan gender. Just setakat kawan je tak boleh lebih. Takut hati dipermainkan.Cewah. Kawan2 aku selalu cakap taste aku tinggi.Yelah,bagi aku,aku hanya mampu untuk minat je, sebab tu aku ada taste tinggi sebab aku tau diorang yang cantik2 hensem2 tak pandang orang macam aku ni.Walaupun aku tahu jodoh tu di tangan Allah tapi buat masa ni aku malas nak berharap pada manusia.Takut sakit.Kalau ada orang yang tengok semacam je walaupun aku acah – acah kuat tapi tu lah. Dah lebih satu dekad dah aku hidup. Kecacatan tu lah yang buat aku makin kuat. Buat aku kenal kawan atau lawan. Sebab aku ingat satu je ayat dari kakak usrah bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, sebab bolehkah kita yakin kita sanggup terima kalau kita bangun esok hari tetiba Allah tarik nikmat kesempurnaan kita, masa tu nak meraung pun tak guna.Kecacatan ni lah yang buat aku terus ke depan. Ye lah aku jenis yang banyak cakap, aku majukan diri dengan masuk pelbagai society. Aku kene aktifkan diri nak hilangkan perasaan lemah tu. Alhamdulillah masih hidup lagi walaupun pernah ade orang pandang dan bertanya penuh mengejek kenapa muka awak macam tu.Eiww. Gelilah. Kenapa tak bedah je.Huhu.Dan aku bersyukur sebab bos tempat aku bekerja sekarang tak pandang semua tu. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang ada kerana ada lagi orang yang susah.Pedulikanla lelaki ke perempuan yang hanya memandang rupa semata. Inshaa allah ada yang terbaik. Keep praying, jaga ibadah,jaga parents,jaga hubungan sesama kita.

– encik mimpi

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *