Cadangan Sedekah di Rumah Kebajikan

Assalamualaikum. Saya sekadar menulis untuk berkongsi jenis-jenis keperluan yang mungkin diperlukan oleh anak-anak di rumah kebajikan.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah. Selain keperluan asas, pakaian dan wang ringgit, terdapat beberapa keperluan yang mungkin kita sebagai rakyat Malaysia yang pemurah terlepas pandang.

Ramai orang di luar sana ingin bersedekah tetapi tidak mengetahui apakah keperluan yang diperlukan di rumah-rumah kebajikan tersebut.

Di bawah ini saya akan senaraikan keperluan tersebut yang mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan beban pihak pengurusan rumah-rumah kebajikan.

1. Telekung kanak-kanak dan remaja. Memandangkan aktiviti kokurikulum sekolah telah dijalankan di sekolah, kebanyakkan pelajar-pelajar ini perlu membawa telekung ke sekolah untuk beribadat di surau sekolah.

Telekung yang digunakan di asrama dan yang itu jugalah yang dibawa ke sekolah kerana tiada telekung extra.

2. Anak tudung. Ramai orang yang sedekah tudung tetapi tidak untuk anak tudung. Ramai yang terlepas pandang mengenai anak tudung atau serkup kepala ini.

Jika hendak sedekahkan anak tudung ini kepada mereka, tolonglah berikan yang berpadanan dengan umur mereka. Janganlah beri size XL dewasa kepada mereka. Longgar dan tidak selesa untuk mereka.

3. Tudung bawal kosong berwarna hitam dan putih. Menurut pihak pengurusan rumah kebajikan, mereka memang mengalu-alukan tudung bawal seperti ini untuk kegunaan anak-anak di asrama dan sekolah harian juga.

4. Tudung sarung kosong berwarna hitam dan putih. Boleh dipakai untuk keperluan harian anak-anak semasa di asrama atau sekolah dan semasa beriadah pada waktu petang.

5. Kain pelikat dan kain batik untuk kanak-kanak. Harap ada yang terbuka hati untuk bersedekah kain-kain ini untuk menggantikan kain-kain basahan yang lusuh.

Ada juga anak-anak ini yang menjadikan kain-kain tersebut sebagai alas tidur tambahan mereka. Mungkin dengan sehelai kain yang baru ini dapat membantu mereka mendapatkan tidur yang nyenyak.

6. Seluar berkhatan. Yang ini jikalau tuan-tuan dan puan-puan pembaca merasakan satu keperluan bolehlah sedekahkan kepada mereka untuk memudahkan pergerakan mereka.

7. Inner baju kosong berwarna hitam dan putih. Boleh juga untuk disedekahkan kepada pelajar perempuan memandangkan kebanyakkan jersi-jersi sukan yang dibekalkan oleh pihak sekolah harian berlengan pendek.

8. Pakaian dalam perempuan dan lelaki. Jika berniat untuk sedekah, saya mohon kepada tuan-tuan dan puan-puan janganlah sedekah pakaian dalam yang terpakai dan lusuh. Faktor hygiene juga perlu diambil kira demi kesihatan mereka.

9. Singlet perempuan dan lelaki.

Untuk keselamatan diri mereka, menjadi satu keperluan untuk pelajar-pelajar ini memakai singlet ke sekolah terutamanya pelajar perempuan supaya baju sekolah berwarna putih itu tidak melekap dan melekat di badan pada musim hujan sehinggakan menampakkan tubuh badan.

Tidak manis dilihat untuk remaja yang baligh.

10. Tuala wanita. Selain tuala wanita biasa, boleh juga diberikan kepada mereka pantyliners. Jangan segan dan malu untuk bersedekah keperluan seperti ini kerana mereka memang amat memerlukan stock menstrual pads ini setiap bulan.

11. Face mask dan covid protection kit. Memandangkan kita dalam fasa menuju endemik, tidak salah untuk kita bersedekah barangan keperluan perlindungan covid seperti pencuci lantai Dettol, hand sanitizer dan yang paling penting sekali iaitu face mask.

12. Brooch dan getah rambut hitam. Sedekahkanlah sebanyak mungkin kerana kebarangkalian untuk hilang amatlah tinggi.

13. Selipar jepun. Sedekahkanlah daripada sekecil size sehinggalah sebesar size. Amatlah diperlukan dalam bilik asrama dan di luar asrama.

14. Barangan hardware dan elektrik. Jika berkemampuan, bolehlah sedekah tangga dan toolbox bagi memudahkan urusan pihak pengurusan rumah kebajikan untuk menukar lampu dan membaiki kerosakkan yang lain.

15. Pemadam api dan barangan keselamatan untuk penghuni rumah kebajikan.

Jikalau ingin bersedekah barangan seperti ini, amatlah digalakkan untuk menghubungi rumah kebajikan dan mengatur temu janji untuk urusan lawatan dan melihat tempat pemasangan.

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya ini, ingin saya ingatkan bahawa adalah lebih baik tuan-tuan dan puan-puan menghubungi rumah-rumah kebajikan tersebut bertanyakan bentuk keperluan yang diperlukan oleh mereka untuk mengelakkan pembaziran di kemudian hari.

Saya berharap beberapa cadangan ini dapat dijadikan panduan dan memberi manfaat kepada orang ramai di luar sana untuk bersedekah dalam bulan Ramadhan ini.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *