Assalamualaikum.
Terima kasih admin kerana approve post saya.
Saya ex-student IIUM. Skrg duk KL. Setiap pagi gi kerja naik public transport RapidKL. Bas dan juga LRT.
Waktu pagi, keadaan utk orang yg naik public transport ni memang kesian sikit. Ramai orang beratur sambil menunggu bas/train, tapi bila bas/train dah sampai, ramai pulak orang di dalam bas/train tu. Macam tin sardin.
Waiting is painful. Waiting for something that doesn’t happen is more painful. Kadang-kadang bas tak berhenti pun sebab melampau penuh. Train pulak, kadang-kadang train yg datang tu kosong, tapi dia tak berhenti pun kat station yg kite tunggu tu. Dia pecut laju-laju straight je.
Sedih.
Pedih.
Bagi harapan palsu je kat kite.
Anyways.
Saya selalu tengok orang yg tunggu public transport ni tungguuuuuuuu je. Tak buat apape. So masa tu bazir gitu je. Fikir balik Surah Al-Asr, rasa rugi sangat.
Saya ada cadangan sikit utk orang-orang yg tunggu public transport ni. Tak setuju takpa. Kalau you pun ada tips yg best, please share.
1. Baca Al-Quran waktu menunggu.
2. Dengar Al-Quran waktu menunggu.
3. Dengar audio-book waktu menunggu. Audio-book ni just Google je. Download dari YouTube pun boleh. Audio-book bahasa Inggris bagus untuk “listening skills”, untuk siapa-siapa yang lemah dalam bahasa Inggris.
4. Belajar bahasa ataupun general knowledge dengan menggunakan phone apps. Memrise best.
5. Tak sabar waktu menunggu? Tak tahu bila bas/train sampai? Guna phone app Moovit. Moovit ni macam Waze utk orang yg naik public transport. Nak cari route yang paling singkat pun boleh. In sya Allah.
6. Settle email, sort out your daily plans, etc. waktu menunggu.
7. Baca buku.
8. Bagi self-motivation kat diri sendiri. Manusia ni senang dicemari oleh pemikiran negatif. Boss punya dahi kerut sikit dah fikir bukan-bukan. Orang cakap lain kite interpret lain. Benda elok kite fikir jadi busuk. Contoh lah. Contoh je. So kite kena usaha untuk masukkan unsur positif di dalam pemikiran kite. So bila dah jadi routine hari-hari nak bagi motivasi kat diri sendiri, setiap hari muhasabah, kite akan jadi lebih tenang dan matang. In sya Allah.
9. Ok mungkin point ni tak relevant tapi saya still nak share. Student, OKU, dan warga emas boleh mohon concession card kat station Pasar Seni. Card ni 50% discount untuk student, setahu saya. Murah sungguh. Cuma bila nak mohon tu, kena ulang alik banyak kali lah. Pekerja di sana particular sikit dengan documents. Sabar sikit naaa, demi 50% off tu.
Ya benda-benda ni memang common sense untuk sesetengah orang tapi bukan semua orang tahu. Saya saje nak bagitahu. Kalau kamu ada tips yg lain, sila share. Kiteorg semua boleh belajar.
Semoga post ni bermanfaat.
Saya tulis post ni pun waktu tunggu bas juga. Haha.
Ok byebye.
With love
Kucing Gebu
– Kucing gebu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit