Cafe Halimah

Assalamualaikum,
Sebelum tu saya nak ucap terima kasih dkt admin iium confession sbb approve post saya ni.

Ceritanya bermula begini….

Sy cuba nak pm pihak MRC Mahallah Halimah, tp tak boleh pula. Saya nak cuba dm di twitter, pun tidak boleh juga. Maka sy pun dgn igihnya type panjang-panjang sbb nak maklumkan dekat pihak MRC berkenaan luahan hati saya ni. Kenapa saya tak post direct je dkt fb atau twitter? Sebab kalau post public ni nanti ramai pulak yang judge. sy ni hati span.

Mesej ni sebenarnya sebagai aduan/ketidak puas hati-an sy terhadap kafe Halimah.

Disebabkan MRC selalu promote tentang kafe Halimah memandangkan tender baru ditukar, dan pada sy byk rasa geram, ditambah pula kafe Maryam tutup sbb tengah cuti skrg ni, maka sy gigihkan diri sekali lagi utk tulis panjang2 dgn bahsa yg agak skema.

Sy buat nombor je lah ye.

1) Masalah utama sy revolve around masakan panas.
– Makanan tak consistent, sekejap nasi banyak, sekejap tambah seafood, lepstu nasi separuh bekas je dan sebagainya.
– Lately terlalu byk MSG atau monosodiumglutamate; sejenis garam artificial yg diletak dlm makanan. Sy akui semua premis makanan menggunakan MSG, tp ini terlalu byk terutamanya dlm masakan goreng-gorengan seperti nasi goreng, mee goreng, dan sebagainya. Sy pernah rasa terketar2 dan penat lepas mkn, sbb byknya MSG dlm makanan. Kdg2 bau sahaja yang semerbak dlm bilik, tp rasa makanan sungguh tawar.
– Ckp pasal tawar, sy suka makan tomyam. Tp tomyam kafe Halimah semakin lama makin tawar. Semalam rumet sy beli mee kungfu, kuahnya cair ibarat air dan kuantiti mee nya sangatlah sedikit mengalahkan saiz mangkuk makanan hamster.

2) part makanan ala carte memang murah, walaupun sy tak berapa faham knp byk sgt pasta berbanding lauk-pauk sdgkan ini Malaysia, tp mungkin ramai yg gemarkannya. Dlm erti kata lain, lauk tak byk. (waktu dinner)

3) sy ni jenis manusia yang terus tak ada mood nak membeli jika tak diletakkan nama barang dan harga. Sampai sekarang sy tak tahu claypot tu jual apa, nampak je bahan2 mentah tersedia, tp tak ada labeling dan harga. Sy jenis malas nk bertanya bila yang menjaganya lelaki.

4) Sy pernah beli cekodok goreng yang dlm bekas heater skali dgn ayam dan cendawan goreng. Masa tu sy beli utk mak ayah sy yg dtg ambil sy dan perjalanan kami masih jauh. Tp malangnya; cekodok itu ibarat span minyak, tak rasa pisang langsung, dan sy rasa nak muntah lepas makan (sbb dlm kereta lgpun).

5) Last sekali, sebenarnya sy byk kali rasa tak nak beli dkt kafe halimah, tp sbb kafe ni byk kali improvement, masa mula2 dulu pun dia keluarkan notis maaf, so sy beli juga kdg2 atas dasar utk ‘support’ dan juga kerana kawasan persekitarannya yg lagi tenang dr cafe Maryam.

But hungry men are angry men.

Walaupun tender ni merupakan pertama kali dlm bisnes seperti yg sy dengar2, tp sy lihat seolah-olah tak ada usaha dlm bisnes dan tiada usaha utk tarik pelanggan dengan cara yg sebetul-betulnya. Kenapa masa kafe Maryam tutup pun kafe Halimah tak pernah pack dan riuh seperti di cafe Maryam?

Maka sy buat kesimpulan, mereka (Pihak Cafe Halimah) fikir buat macam mana sekali pun pelajar tetap akan dtg dan beli sbb tiada pilihan lain dan kerana kami lapar dan tak larat nak jalan jauh dan mcm2 lagi.

Sekian, ini saja. Sy harap post ini sampai ke pihak MRC Halimah, sy nak ckp direct dgn owner cafe halimah pun sy segan sbb diorang majoriti lelaki.

Maaf membebel banyak2, dan maaf byk susahkan. Sy tahu pihak MO dan MRC dah usaha byk dan sehabis mungkin utk membangunkan semula kafe Halimah tapi saya harap aduan saya ini dapat diketengahkan kepada pihak atasan dan diambil peduli.

Moga Allah memberkati kalian. Huhu

Sekian, terima kasih.

– “Hangrians”

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit