Cahaya Baru

Salam and Hi to all readers. First of all sorry so much sebab saya akan mix language. Its easier for me because thats how I would like to express my deep feeling, tapi saya akan cuba untuk gunakan Bahasa Melayu jika mampu. Tak pernah sekali pun saya terfikir akan ceritakan apa yang saya rasa dan pengalaman hidup saya selama ni. Kalau ada yang request saya akan buat sambungan okay.

Sedikit info tentang saya, saya dibesarkan dalam keluarga yang besar sebelah Mama dan Dad. Masing2 memang akan concern about each other even masing2 busy sebab most of their siblings are self- employed, buat business sana sini selalu oustation and all. So, tinggallah saya dan abang saya.

Life kami berdua boleh dikatakan sangat adventure berbanding budak2 sebaya kami sebabnya parents kami selalunya akan busy dan kami akan belajar untuk survive sendiri, kami tiada orang gaji cuma ada pembantu yang datang pagi balik petang. So, dari kecil memang saya dan abang akan masak untuk makan sendiri, settlekan activity ikut schedule yang Mama dah siapkan. Walau macam mana pun, saya amat bersyukur sebab parents saya dah meletakkan fitrah sebagai seorang Islam at the early age.

Masa kami kecil memang akan ada seorang ustaz yang akan datang rumah untuk ajar semuanya. Sampailah abang saya pun futher sekolah tahfiz even hes dropped out, tapi dont expect much from him. Attention from parents memang ada cumanya kami tiada tempat untuk bercerita sepanjang tempoh membesar membuatkan kami berdua agak social.

Kami sudah diberikan handphone semasa kami sekolah rendah lagi,seingat saya masa tu tahun 1999, saya darjah 3. Parents saya dah readykan handphone Nokia Butterfly  (saja throwback, rindu zaman tiada android.. haha). Even cikgu sekolah zaman tu pun terkejut kami berdua beradik dah pakai fon, cikgu pun tiada fon lagi. Jadi communication kami dengan parents selalunya akan involve dalam phone saja. Saya dan abang saya membesar merata- rata sebab ikut parents outstation.

Sekolah dalam sebulan boleh kira berapa hari je, most of it Mama akan bagi homework banyak2 tapi tak kena check pun. Membesarlah saya dan abang saya dalam bilik hotel dengan Sega games, Playstation, buku2, comics dan Anime. Bila kami dah makin besar means baligh, saya dan abang memang dah terbiasakan hidup sendiri, so we becoming a street smart. Segala ceruk lorong tikus kami explore.

Apa yang kami buat memang nampak nerd depan parents, very respectful because thats how they taught us, but somehow we are totally different color behind them. Saya dan abang always dealing on drug dealing, driving underage, go out for late night parties, mixed up with so many kind of people dan macam2 lagi la access the road to hell. We are still underage that time.

Bila dah teenagers saya mulakan part-time work as a tattoo artist. Saya design and buat freelance dekat mana2 tattoo shop yang ada,make connections with other tattoo and pierced artist. My brother he always take care and support me as he knew that arts is really my passion. My clients came all from every races and nationality. So di situ lah saya kenal with 1 guy yang for me memang he took my breath away la kononnya (malas nak cerita pasal this guy). My parents they just know me based on what they think and see of me everyday.

Sedih jugalah, macam Mama she knew I love arts, so she assume that all craft things are enough for me to play with. She doesnt even know I went far across. That time memang rasa macam semua saya buat tu normal je, sebab dah terbiasa kan. Dikelilingi kawan2 yang multi-racial, party all night long, kawan2 hangover (saya tak minum) everyday memang dah menjadi routine. Ya Allah, bila teringat balik memang sebak, rasa sayu je hati ni. Padahal abang saya sekolah tahfiz masa tu, tapi kami sama2 menyetan. Mama and Dad kerja teruk2 siang malam pagi petang, tapi kami….

Once finish SPM, saya futher on Hospitality Management. Bila dah join hotel lagilah saya become wild. Most of people yang saya jumpa semuanya socialites, mesti reader faham kan how theyre elite lifestyles took them on daily basis. Sex, drugs, scandalous, money and luxury. Praising and compliments itulah yang saya going through everyday. But Allah tu Maha Kaya, Dia tahu jiwa saya memberontak, Dia tahu malam2 saya nangis sorang2 tanpa saya pun tahu apa sebab, Dia tahu saya ni hanyut faded away like a feather. Jadi dia jentik saya dengan bagi saya sakit.

Sakit yang saya sendiri tak tahu mana puncanya, cuma saya jadi tak senang duduk. Saya terasa macam ada ketul di dada, sakit dia Allah je yang tahu. Tengah tidur tiba2 saya batuk2 keluar darah, sentiasa pening kepala rasa nak marah (Grooming code: kena sentiasa senyum). Di situ saya mula flashback balik masa saya kecil2 dengan abang saya belajar mengaji sama, belajar Surah2, dengar kisah2 nabi dan sahabat dan etc2. Dan saya flashback that moment saya dengan abang saya first time smoking weed, took coke, pergi lepak bar and 1 1 dosa datang secara tiba2 which is dulu saya tak pernah pun rasa berdosa.

Bak kata Bob Marley, Only Time Will Tell… Allah gerakkan playlist dekat office lagu Padamu Aku Bersujud-Afgan. Saya betul2 tersentap. Balik tu,saya tanpa wuduk tanpa tutup aurat saya singgah di Masjid Klcc, saya betul2 sujud…saya sujud lama sangat. Sampai kaki saya semut2.. Masa sujud tu saya memang rasa macam roh saya berpusing2.. Dengan sakit dekat dada yang semakin teruk, batuk tak berhenti.. Tapi entah kenapa lepas bangun dari sujud tu, saya dah tak batuk dah even dada masih lagi sakit. Macam2 saya minta pada Allah, memang tak malu saya ni..

Tak lama lepas tu, ada Islamic Book Expo dekat Putrajaya (saya memang ulat buku), so disitu saya spend a lot dekat buku2 yang saya pun tak pernah terfikir saya akan beli. Antara yang paling saya suka ialah buku dari Ustaz Ismail Kamus, Indahnya Amalan Doa. Saya baca semua doa dan maknanya sekali.. Rasa sangat puas,mungkin sebab saya dah terlalu jauh dan kurang berdoa (Ye saya jahil,tapi saya ada je solat dan berdoa). Saya macam buat concept aku ‘aku jahat sendiri2 je tak kacau orang’. Yes thats me.. sebab tu Allah marah dan menjentik hati saya. Masa tu jugalah ramai artis yang berhijrah dan itu membuatkan saya eagerly nak berhijrah.

I thinks thats it for now. Kalau reader ada nak kecam atau bagi apa pendapat silakan la ye, saya memang suka menulis sebenarnya.. Confession ni pun sebenarnya dah tertulis dari dulu cuma dalam bentuk poems dan artworks saya (panting and sculpture). So, kalau ada demand saya akan resume lagi confession saya in future okay. Cuma tak tahu bila la, tak janji.

Thanks admin kalau siarkan. Whats bad from me, whats good from Allah, InsyaaAllah.

– Miss Picasso

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *