Sambung master/phD ni ibarat melalui terowong yang kadang-kadang kita dapat lihat cahaya dihujung terowong samar-samar je, kadang-kadang tak nampak gelap gelita, bila dah terima sekeping kertas bernama ijazah barulah kita sedar yang kita dah keluar terowong tu. Ini lah analogi perjalanan master saya dan saya yakin untuk semua yang sedang atau telah melaluinya.
Sempena musim convocation ni saya nak nukilkan sedikit tips untuk adik-adik yang berkemungkinan ada niat nak sambung belajar. Berdasarkan pengalaman saya 4 tahun menempuh suka duka research ni.
1. Kenali Supervisor. Seperti juga mencari jodoh, kalau kita nak lebih mengenali seseorang, adalah baik sekiranya kita bertanya orang-orang sekeliling berkenaan orang itu. Jadi sebelum berjumpa supervisor berkenaan, tanya dulu pelajar research yang dibawah penyeliaan beliau, tanya pensyarah lain dan nak lebih baik tanya juga staff admin di pejabat fakulti tersebut. Nak tanya apa? Tanya macam mana beliau melayani pelajar-pelajar nya, sejauh mana beliau membantu pelajar-pelajar nya, susah ke senang nak berjumpa dengan beliau, dah berapa orang sudah graduate bawah penyeliaan beliau, funding/grant beliau mencukupi tak untuk research projek yang terkini, setinggi mana expectation beliau terhadap pelajar-pelajar nya. Saya dulu mungkin teruja sangat nak sambung master, saya terlupa nak mengenali supervisor saya di mata pelajar-pelajar nya. Akibatnya, saya terpaksa berhadapan dengan supervisor yang kurang mesra, malah di anggap psycho. Tapi Alhamdulillah semasa saya baru masuk, dua orang bekas pelajar supervisor berkenaan banyak membantu saya. Walaupun seorang berhenti separuh jalan (selepas 4 tahun dah tak tahan so berhenti), dan seorang lagi tukar supervisor, tapi mereka banyak membantu saya dan menurunkan segala ilmu yang mereka ada.
2. Bidang Research. Carilah bidang penyelidikan yang memang kita betul-betul minat. Kalau tak berapa minat pun tapi sekurang-kurangnya kita yakin kita boleh bawak dan hadap hari-hari. Contoh ada sesetengah projek penyelidikan memerlukan penyelidik itu untuk menggunakan C++/matlab sebagai medium. Kalau anda tidak minat, atau semasa degree memang fail programming, maka projek penyelidikan itu bukanlah untuk anda. Saya dulu yang boleh bertahan juga habiskan master walaupun dengan supervisor yang kurang mesra adalah kerana saya minat programming dan bidang penyelidikan berkenaan.
3. Research Grant / Funding. Pastikan anda mampu membayar yuran semester sekurang-kurangnya untuk 3 tahun (master) dan 5 tahun (phD). Kalau anda dapat scholarship, tahniah! kalau ada parents/diri sendiri boleh support, tahniah juga! kalau tiada dua-dua tu, pastikan supervisor anda ada grant yang mencukupi dan dapat melantik anda sebagai RA/RO.
4. Problem Statement. Penyelidikan semuanya berkaitan dengan masalah dan cara atasi masalah. Pastikan dahulu masalah apa yang anda nak atasi, JANGAN DAFTAR SEBAGAI PELAJAR selagi problem statement tak jelas. Ye sebelum nak daftar sebagai pelajar memang kita akan disuruh buat proposal. Saya dulu biasalah awal-awal bodoh-bodoh lagi so buat jela proposal ikut sedap hati. Supervisor pun tak guide betul-betul berkenaan problem statement ni. NO NO NO! Baca betul-betul journal/article yang ada online, cari dulu apa masalah yang SERIUS dan UP-TO-DATE yang anda perlu atasi. Kalau master, masalah ni x perlu hebat sangat pun takpe, tapi phD jangan main-main, boleh fail viva kalau problem statement tak kukuh. Saya setahun duk buat literature review nak dapatkan problem statement, itu la akibatnya masa buat proposal dulu letak problem statement yang general (scope besar sangat). Melayang duit duk bayar yuran semester yang mahal tu.
5. Jadi RA dulu. Jadi untuk mengatasi masalah diatas, jangan daftar lagi sebagai pelajar, jadi RA dulu. Saya dulu kurang bijak, taktau tektik ni. Tau pun setelah kawan yang bagitau (lepas saya dah daftar jadi pelajar). Supervisor dia suruh dia jadi RA dulu setahun baru daftar jadi pelajar. Bagus kan supervisor dia. Itulah sebab kena risik betul-betul bakal superisor anda. Supervisor saya selfish kedekut tak bagitau boleh buat RA dulu. Dia takut kita lari la tu, tu yang laju-laju suruh daftar jadi pelajar. Geram pula bila fikir balik.
6. Independent. Kalau anda dapat supervisor yang suka suap anda, tahniah! tapi kebanyakkan supervisor takde masa nak main suap-suap. Dah besar kan, so belajarlah buat semua benda sendiri. Taktau, tanya. Tanya kawan-kawan, pelajar-pelajar senior, lab technician, lecturer lain, tanya tanya tanya. Jangan malu. Siapa malu dia rugi.
Cukuplah 6 tips ni bagi mereka yang ada niat nak sambung belajar. Banyak lagi tips sebenarnya tapi kalau tulis detail sangat kang ada yang tak faham sebab lain bidang lain selok beloknya.
p/s:- Oleh kerana saya pelajar engineering, jadi nasihat saya untuk adik-adik engineering kalau tiada niat untuk jadi pensyarah tak perlu la bazir masa sambung belajar, terus cari kerja dan kutip pengalaman banyak-banyak.
Semoga maju jaya untuk semua yang bakal graduasi dan dipermudahkan dapat kerja!
– totoro
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit