Assalamualaikum.. Masa sekolah dulu, subjek paling boring bagi kebanyakan student adalah sejarah.. But thanks to Cikgu Maan.. My highschool teacher.. Saya ingat lagi masa tu tingkatan 2, tajuk pendudukan jepun di tanah melayu..
Rata2 orang akan bercerita pasal kekejaman orang jepun. Di tv pun sama.. Bila hari merdeka, sinonom dengan keburukan orang jepun.. But this teacher made me fell in love with history.. Dia bawa kami pandang dari sudut lain.. Bagaimana pencapaian jepun sejak kalah perang dunia kedua, yang meningkat dengan drastik.. Walaupun kekurangan sumber hasil bumi dan tekanan luar. Macam mana perancangan strategik jepun membuahkan hasil..
Bukan senang membangkitkan semangat bangsa dalam sebuah negara yang luas.. jepun mempunyai pulau yang banyak dan terpisah2.. Yang mana negara tersebut pernah jatuh dengan teruk.. Saya tertarik untuk memahami kisah di sebaliknya. Minat kepada jepun bermula dari situ seterusnya J-drama yang mula ditayang di tv, antaranya GTO dan beach boys. Sanggup saya buka puasa depan tv.. nak tengok GTO.. Dan kena marah dengan mak. Haha..
Buku teks hanya menceritakan tidak sampai 10% tentang pendudukan jepun di tanah melayu. Begitu juga topik lain.. Ia disusun dan diolah supaya kita memahami dari sudut pandang yang telah dibentuk. Saya ingat topik masa form 4, iaitu tamadun islam semasa sejarah peradaban dunia.. Bagi saya, topik tersebut pendek dan tidak cukup. Masa berlalu, saya pernah semak buku teks adik saya.. She was born 1990.. Alangkah sedih dan terkejut, topik tamadun islam makin ringkas dan pendek!
Saya ingat subjek kejatuhan khalifah dalam buku sejarah form 4.. Saya rasa minat sebab dari sekolah rendah saya belajar sirah.. Setiap fasa khilafah dibincangkan.. Tapi kejatuhan khilafah hanya disentuh dalam buku teks sejarah form 4 di mana penjelasannya tidak mencukupi.. Bagi saya la. Khalifah jatuh semasa sultan abdul hamid II.. Apa yang berlaku tidak dicerita dengan jelas. Kemudian terus diceritakan pergolakan kuasa besar sehingga tercetus perang dunia pertama dan kedua..
Buku teks telah direka bagi memfokuskan kebangkitan eropah.. Sejarah islam telah ditutup cerita. Kebetulan abang saya minat sejarah dan bersungguh2 cerita pasal perang dunia.. Ia tetap tidak mencetuskan minat saya pada eropah.. Lebih2 lagi eropah terkenal sebagai anti islam. Saya lebih tertarik dengan budaya timur.. Jadi peluang saya dapat ke jepun satu ketika dulu selain belajar adalah untuk mendalami cara hidup dan budaya jepun..
Saya bukan nak cerita pasal jepun sangat.. Saya lebih tertarik nak kongsi kisah sultan abdul hamid II.. Kisah kejatuhannya mendukacitakan umat islam seterusnya diangkat seorang yang sangat angkuh, mustapha kamal ataturk, nama yang seharusnya tidak patut dikenang.. Tapi seingat saya apa yang terjadi pada sultan abdul hamid II waktu kejatuhannya itu tidak dikisahkan sangat dalam buku teks kita.
Sampailah saya di universiti tahun 2, saya ikuti siri kuliah daripada seorang ustaz yang menceritakan semula ketamadunan islam. Masa tu saya baru tau sultan abdul hamid II , disingkir dan dikurung di sebuah pulau bersama ahli keluarganya. Kenapa namanya perlu disingkir dr sejarah..all of sudden..
Saya baru2 ni bertemu dengan siri tv yang digarap dari kisah benar, sultan abdul hamid.. Boleh tengok di youtube. Setiap episod ada 3 jam.. Dan episodnya setakat yang saya ikuti ada 50.. excited punya pasal.. Saya kongsi dgn suami apa yang bermain di fikiran saya.. lepas saya kongsikan dengan suami.
Kebetulan suami saya tak minat tengok tv/ drama/ film with unnecessary reason.. Dia lebih suka tengok cerita yang realitistik, berdasar kisah benar dan biography.. bukan khayalan yang tidak wujud. Huhu.. So tv series sultan abdul hamid ni sesuai la dengan dia. Suami ikut cari dan terjumpa group abdul hamid series di facebook.. Dalam tu siap ada link dan list. Suami tengok sampai episod 84 dah sekarang ni.. hahaha.. Tak sempat saya nak kejar..
Tv series ini menjawab bermacam persoalan saya… Antaranya what is going on with our education, our custom, our religion.. Yang semakin hari makin dihakis. Persoalan ni dari saya sekolah rendah lagi… I know there were hands making plot.. Tapi saya tak tau puncanya apa.. Saya juga minat dengan amir khan, antara filemnya 3 idiots dan PK.
Terdapat persoalan2 hampir sama yang dilontarkan oleh filem2 amir khan.. Which means bukan saya yang melayu je tertanya2.. Same goes to indian.. (we both dijajah oleh british kan) Persoalan2 ini, terdapat jawapannya yang dirangkumkan melalui tv series sultan abdul hamid II, saya tahu jawapan kepada persoalan2 tentang education, custom dan religion ini telah dirancangkan.. oleh hidden hands. Yang mana kita sebagai umat islam kena tahu dan celik..
Sultan abdul hamid II, seorang yang bijak, berpandangan jauh, sentiasa meletakkan tanggungjawab di bahunya.. Adalah sebagai benteng akhir yang ramai umat islam berlindung di belakangnya , rupanya beliau telah diserang luar dan dalam, kiri kanan, atas dan bawah…. Serangan yang licik dan kejam. Tidak terjangkau oleh akal kita manusia yang hanif (lurus).. Tv series ni masih on going.. Belum sampai plot kejatuhannya yang betul2 pun.
Mengikut sejarah, Sultan abdul hamid II mangkat 1918.. beliau telah disingkirkan dari istana beberapa tahun sebelum mangkat lagi.. tapi officially tamadun islam jatuh 1924. Dalam tempoh kejatuhannya, pelbagai pihak mainkan peranan.. Antaranya semangat pemuda, yang mahukan kemajuan dan perubahan kononnya, yang mana ia telah dieksploitasi oleh hidden hands.. After all they were plot maker and propaganda..
Now after almost 100 years.. Manusia jadi kian dungu.. Tujuan hidup telah dialihkan kepada kerja, duit dan makan.. Nilai2 murni timur dialih ke barat.. Tangan yang menggerakkannya mempunyai dendam yang lama dan dalam.. Pernah dengar tak, selepas wtc jatuh..islam phobia mula berkembang.. Negara islam diserang.. Rupanya ada umat yang gembira meraikan ulangtahunnya di wtc.
People might see kesian dan sedih.. Tapi ada umat yang bersuka ria. Apa sangatlah nilai 3000 yang mati di wtc.. nilainya tak setanding dengan berjuta-juta umat islam yang telah mereka hapuskan selepas wtc. You dont know how cruel they are until you watch sultan abdul hamid.. they dont mind, kalau segelintir mula memahami perancangan mereka..
Kerana selama 100 tahun ini (bahkan menurut tv series they plot hundres years before), mereka telah pasakkan akidah yang baru kepada umat islam.. They dont need weapon now.. Tentera mereka adalah umat islam itu sendiri..
Remember hadis nabi,
“Rasulullah pernah bersabda kepada sahabat maksudnya: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu (umat Islam) bagaikan orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka.”
“Para sahabat dilihat kehairanan dengan sabda Baginda kerana pada masa itu umat Islam sangat digeruni musuh. Ini kerana mereka juga sangat menyakini janji Allah sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (mencapai kemenangan) dan meneguhkan kedudukan kamu.” (Muhammad, 47)
Lalu seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab:
“Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, lalu Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘al-wahn’. Seorang sahabat bertanya, ‘apakah al-wahn itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Daud),”
Selain tv series ni, kita kena fahami intipati quran.. Ada satu nukilan iaitu mukaddimah fi zilal quran. Yang ditulis syed qutb.. Ia ibarat sinopsis kepada al quran, kefahaman yang sepatutnya ada dalam setiap muslim..
Dengan memahami sinopsis ini, kita akan jadi tenang sebagai manusia yang dilahirkan dan dapat lihat hubung kait setiap ayat-ayat Quran. Nukilan syed qutb ini sangat ditakuti oleh hidden hands… Ia menceritakan kebenaran alquran.. Sebarang usaha untuk menghidupkan cahaya umat islam kembali, akan segera dipadamkan oleh hidden hands..
Dah panjang sangat ni, i hope you guys could find out by your own.. Thanks..
– Zara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit