Cahaya Yang Berteraburan

Assalamualaikum. Dah lama aku nak confess di sini. Tapi takut kalau ada yang mengecam kalau apa yang aku tulis tak betul. Tapi takpelah. Aku akan redha dengan apa jua hasilnya nanti. Hahaha.

Confession ni tak panjang sangat. Cuma nak bercerita tentang apa yang pernah terjadi pada aku dan mungkin boleh ambil pengajaran. Macam mana cantiknya Allah aturkan setiap perkara yang terjadi. Maaf kalau bahasa beterabur. Hehe.

Masa kecik dulu, aku pernah nak jadi lelaki sebab aku bosan dengan jantina aku. Aku kasar, suka hiphop. Suka bboy. Suka rap. Kalau ada borang nak kena isi, bahagian jantina tu aku akan letak tomboy. Hahaha. Lepas kena marah baru aku ubah balik tulis perempuan. Lama-lama aku cuba berfikir yang apa yang aku fikirkan tu salah.

Dah boleh terima diri perempuan. Tapi rasa bosan dengan Islam pulak (Astaghfirullah…. Yang ni tak tau nak cakap macam mana rasa bersalah taip benda ni ). Sebab bagi aku waktu tu, Islam banyak sangat peraturan nak kena ikut. Pakai tudung pun terpaksa. Memang tak ada sape paksa (tapi family selalu menggalakkan dengan cara berhemah dan hikmah. Tapi tak paksa marah-marah. Tak pernah). Dengan cara didikan macamtu, aku terfikir untuk pakai tudung. Bukan kerana Allah. Tapi takut ayah berdosa sebab anak dia tak pakai tudung. Lagi satu malu dengan diri sendiri sebab adik beradik perempuan lain semuanya bertudung.

Lepas dah pakai tudung, aurat aku tak jaga lagi. Dah lama-lama tu tiba-tiba aku ada masalah kulit yang buatkan aku terpaksa cari sarung lengan. Tutup lengan bukan kerana Allah, tapi sebab malu dengan kulit nanti orang ejek-ejek sebab tak cantik. Tapi orang tak pernah cakap apa pun. Aku je yang fikir bukan-bukan. Tapi on off aku pakai. Masa kulit dah okay, aku bukak je.

Ditakdirkan dah sekolah menenagh tu ada seorang kawan ni datang mintak pendapat aku pasal dia nak tutup aurat. Jahatnya aku depan dia aku sokong betul, belakang dia aku bercerita dengan kawan lain. Dan dia terdengar, nampak muka dia sedih sebab dia percaya aku, tapi aku gelakkan dia dekat belakang. Hanya kerana dia nak tutup aurat dengan sempurna! Jahat kan aku? Tapi dia tetap buat, nekad dia nak tutup aurat. Dan aku pun istoqamah pakai sarung lengan balik. Bukan kerana Allah, tapi sebab nak ikut dia.

Dah pakai tudung, sarung lengan.. Aku mula pakai stoking dan tudung labuh sebab ikut kakak aku. Masa ni pakai sebelum masuk U. Pakai tudung labuh tu pun sebenarnya bukan kerana Allah. Tapi sebab aku gemuk. Malu orang tengok badan sado sangat. Hahaha.

Bila dah pakai pakaian yang macamtu..aku tak tau lah, macam ada satu sinar yang entah dari mana datang. Aku rasa macam tengah baring dalam satu padang rumput yang luas dan cantik ditrim, ada burung yang beterbangan.. Angin yang sejuk dan nyaman. Matahari terang tak menyakitkan. Bunga bunga di kiri dan kanan berwarna warni. Masha Allah. Cantik. Indah. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Dan aku rasa, betapa seronoknya menjadi seorang Islam. Aku bangga dilahirkan Islam! Aku nak teruskan pakai apa yang pakai sekarang ni kerana Allah. Bukan kerana manusia atau benda dah.

Tapi aku pelik. Sebenarnya yang terjadi pada aku ni Allah nak bagi hidayah ke? Allah nak aku berubah? Tapi kenapa perubahan tu macam senang je. Takde ujian macam orang lain pun. Aku tanya Allah kenapa aku takde ujian nak berubah. Selalu aku doa tanya benda tu. Sebab aku pelik.

Dan lebih setahun kemudian… Aku dapat tawaran masuk U. You know, masuk U jumpa orang yang tak dikenali. Bila orang nampak aku dengan pakaian macamtu, orang akan fikir apa? ‘Alim budak ni’. Kan? Dan masa ni lah, aku boleh kata menyesal berdoa mintak Allah bagi ujian dulu. Kesakitan tu aku baru rasa.

Jeng jeng jeng… Aku nak sambung, panjang lagi. Tapi aku akan buat part 2 kalau ada yang sudi nak baca. Kalau takde yang request, berhenti di sini je lah. Hihi.

Yang penting, jangan takut berubah. Dan kalau nak berubah, jangan drastik sangat. Dari free hair tiba-tiba terus nak berpurdah. Dah kenal orang macamni. Tiba-tiba je perangai dia jadi pelik lebih dari zaman dia free hair dulu. So buat pelan-pelan, niatkan kerana Allah. InshaAllah rahmat dan berkat milik kita. Terima kasih sudi baca..

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *