Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ok ke tak tu? Puasa ke?
Ini pertama kali saya menulis di sini. Last sekali saya menulis panjang macam ni, ialah ketika berada di tingkatan 5. Esei sejarah. Tu pun hentam je. Wakakaka.
Ok, straight to the point.. Saya ingin berkongsi tentang percakapan syirik yang selalu dilakukan tanpa sedar.
Saya sebenarnya terpanggil membuat confession ini selepas membaca satu confession yang saya tidak ingat tajuknya. Betapa confessor meletakkan kebergantungan pada doa sehinggalah doanya benar-benar terkabul.
Apa yang saya kagum, beliau tidak sedikit pun berbangga dengan usaha yang beliau lakukan. Semuanya disandarkan pada doa, doa dan doa! Good job confessor!
Salah ke berbangga pada usaha?
Sebelum saya jawab. Cuba amati dialog-dialog di bawah,
“Aku bersenam, sebab tu aku sihat”
“Aku makan vitamin tu, sebab tu aku cantik”
“Kalau tak sebab YB tu.. sampai sekarang aku susah”
“Sebab cikgu tu lah aku pandai sampai boleh masuk U”
Kedengarannya ianya cuma dialog biasa-biasa kan? Tanpa kita sedari, ada syirik khafi (tersembunyi) di kesemua dialog-dialog tersebut. Di mana Allah kita letakkan ketika melafazkan ayat-ayat tersebut?
Tanpa sedar juga, kita telah menjerumuskan diri ke dalam satu dosa yang tak terampun.
Bak kata anak saya.. “Jangan buat dosa.. Nanti masuk Melaka..”
So, bagaimana yang sepatutnya?
Biasakan! Biasakan diri mendahului Allah dalam apa-apa hal sekalipun. Betulkan iman kita.
“Aku bersenam, tapi sebab Allah aku sihat”
“Aku makan vitamin tu, tapi Allah bagi aku cantik”
“YB tu tolong aku.. tapi Allah yang tentukan rezeki aku”
“Cikgu tu ajar aku.. tapi Allah bagi aku faham”
Bercerita tentang iman, saya suka untuk bercerita tentang Maryam A.S.
Keimanan yang begitu tinggi kepada Allah menyebabkan beliau tidak perlu untuk keluar daripada bilik pun untuk mendapatkan makanan. Makanan turun dari Allah. Tanpa dia perlu berusaha sedikitpun.
Tetapi, ketika Allah menurunkan wahyu yang beliau bakal mengandung. Beliau mula mempersoal kerana beliau tidak pernah disentuh mana mana lelaki.
Di situ Allah menghentikan rezeki makanan kerana keimanan beliau mula terganggu oleh asbab. Ketika ingin melahirkan pun, beliau perlu menggoncang pokok kurma untuk mendapatkan sedikit tenaga.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini. Apabila kita beriman, Allah akan memberikan segala-galanya walaupun tanpa usaha.
Tapi bila kita mula membesarkan asbab. Maka, Allah akan menjadikan asbab sebahagian besar penyumbang dalam hidup.
Kenapa Maryam A.S je yang ada rezeki macam tu?
Allah ingin menjadikan cerita tersebut sebagai pengajaran kepada semua tentang betapa pentingnya iman.
“Kau ni.. asyik doa je. kenalah usaha jugak” Hei.. doa itulah usaha. Usaha lain penting ke tidak?
Penting.. Kerana kita hidup dalam dunia asbab. Iman kita senipis kulit bawang. Doa kita, akan menyebabkan kita bertemu asbab yang sebaiknya untuk kita.
Contohnya, seseorang yang inginkan kejayaan dalam hidup. Dan tidak pernah berhenti berdoa.
Allah akan buatkan dia rajin untuk menelaah. Allah akan buat dia menerima biasiswa. Allah akan buat dia mudah diterima di mana mana syarikat.
Dan bila telah berjaya.. dia sandarkan semua pada Allah. Bukan pada rajinnya dia, bukan pada biasiswa, bukan pada syarikat yang menerimanya. Tapi Allah!
So, sekali lagi.. Salah ke berbangga pada usaha?
Bukan sahaja salah.. Malah itulah syirik khafi. Tergamaknya kita menduakan Allah dengan asbab
Sebab tu, saya yang hina ini.. Ingin mengajak semua. Elakkan percakapan yang boleh menjadikan kita dilabel sebagai musyrikin. Kita tidak sedar, esok, lusa mungkin raya nanti.. Kita mati.
So, itu sahaja.. Semoga asbab saya meluah di sini, menjadi asbab hidayah kepada kita semua.
– Wan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit