Cakap Yang Baik Sahaja

Salam admin..
Didahului dengan ucapan terima kasih seandainya posting ini disiarkan.

Takda nak tulis panjang sangat pun sebenarnya min..Cuma nak luah rasa terkilan.. Dulu sebelum kahwin, sy pernah bekerja. Walaupun hanya sekadar guru tadika, tapi sy tetap happy. Sebab itu jiwa sy. Setiap hari buat benda yg sama. Pergi awal pagi, balik lewat tengahari. Mengajar budak2 kecik sampaikan dah rasa macam jaga dan ajar anak sendiri. Hihi…walaupun gaji tak seberapa besar kalau nak dibandingkan dengan kelulusan yg sy ada, tapi sy tetap bersyukur..sebab dari situ sy belajar sifat kasih sayang, sabar melayani kerenah budak-budak, tolak ansur, dan banyak lagi.

Ditakdirkan jodoh sy sampai awal. Maka sy pun dinikahkan dengan seorang lelaki yg mampu untuk tanggung sy sepenuhnya. Kata dia, lepas ni dah tak perlu lagi pergi kerja. Cuma duduk rumah je uruskan rumah dan jaga dia. In shaa Allah yg lain-lain dia akan urusakan sebab dia mampu untuk bagi keselesaan pada sy tanpa perlu untuk penat keluar mencari kerja. Ok lah, fine. Itu permintaan suami. Kita kena lah hormat dan taat kan? Mulanya memanglah sedih, yela kan. Sebab kita dah lama buat benda yg kita betul-betul suka. Tambah pula, dapat lah juga isi masa terluang. Tak lah rasa boring je duduk kat rumah sorang-sorang. Tapi atas sebab perintah suami, sy kemudiannya akur. Ehem-ehem.. Dan bermula lah episod cerita sy ber’title’kan surirumahtangga sepenuh masa..

Buat pengetahuan semua,
Segalanya baik-baik je sebenarnya. Dari awal perkahwinan sampailah hampir 4 tahun usia perkahwinan. Kami happy dengan cara ni. Masing-masing jalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Tolak ansur dan kerjasama itu perlu dalam memastikan kebahagiaan rumahtangga. Dan tibalah saat dimana sy kena kecam hebat dek manusia-manusia yg tak tahu lah ape yg mereka nak dari sy sebenarnya. Setiap kali balik kampung atau pergi rumah sedara mara, sy kena hadap macam-macam soalan yg tak tahu nak jawap macam mana. Dari kiri, kanan, depan hatta belakang sekalipun. Semuanya sibuk dan rasa macam sy ni buat satu silap besar dalam hidup sebab tak kerja je pun.

Awalnya memang la kite sentap kuasa lapan lah kan tiba-tiba keluar soalan dari mertua, ipar duai, makcik2 kampung, sedara mara dan lain-lain lagi hanya sebab ‘tak kerja’. Bila balik kampung je mesti akan keluar soalan “awak taknak kerja ke?” “Kenapa taknak kerja?tak bosan ke duduk rumah je?” “Awk kena kerja. Zaman sekarang ni dua2 laki bini kena kerja” “kalau tak kerja,tak dapat lah nak beli apa yg awk suka” “belajar tinggi-tinggi buat ape rugi je tak manfaatkan kelulusan yg ada.” dan macam2 lagi lah soalan yg lama kelamaan buat sy jadi bosan. Pffftsss…

Kadang-kadang sy terfikir, apa yg awak semua harap dengan dunia ni ye? Atau adakah awak semua menganggap dunia ni adalah tempat perlumbaan untuk mengejar segala macam bentuk kejayaan tanpa memikirkan akhirat buat selama-lamanya? Dunia bukan maksud..kalau lah semua manusia sedar. Dunia ni tempat sementara. Kejar dunia, akhirat akan jauh tinggalkan kita. Kadang-kadang manusia ni lupa Allah yg menciptakan segala kecukupan. Atau bahasa mudahnya ‘keberkatan’. Sedikit itu mencukupi. Bukannya banyak tapi membazir.

Buat pembaca sekalian tak kira lah sesiapa pun kamu, apa2 sahaja posisi kamu buat masa sekarang, bekerja atau tidak, suka untuk sy ingatkan agar berhati-hati dalam setiap kata-kata yg keluar dari mulut kalian. Kadang-kadang, kita rasa macam kita ni prihatin. Bertanya itu dan ini. Mencadang sekian sekian tapi tanpa sedar, kamu dah buat hati org macam sy ni terasa dengan kata-kata tersebut. Nampak macam takde ape pun, tapi kena ingat. Hati orang, kita kena jaga. Jangan lupa yg kita ada keturunan-keturunan yg bakal melalui sama macam ape yg kita lalui sekarang.

Tak perlu nak sibuk urusan orang. Selagi awak tengok orang tu boleh go on dengan hidup dia, biarkan jelah.Asalkan dia tak kacau hidup orang, tak payah sibuk-sibuk nak tentu kan halatuju hidup dia kot. Tak perlu nak sibuk acah-acah perunding kerjaya yg berjaya untuk bagi idea kat dia untuk pergi kerja itu, buat kerja ini and whatsoever.

Semoga kita semua redha dengan apa jua pekerjaan yg kita lakukan. Buat semua surirumah dalam Malaysia ni, jangan malu untuk mengaku yg kita ni tak bekerja. Surirumah adalah kerja yg paling mulia. In shaa Allah. Sesungguhnya Allah jua yg tentukan ape yg terbaik buat kita semua. Maka bersyukurlah. Buat yg lain-lain juga, selamat bekerja dengan penuh dedikasi dan jalankan tanggungjawab anda dengan amanah. Allah juga yg aturkan dan tetapkan anda di tempat mana anda sekarang. Dan mohon agar kita semua saling hormat menghormati pendirian masing-masing agar tiada lagi hati-hati yg terasa sakit. Sekian. Terima kasih.

– Jemah.com

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit