Sekarang ini menjadi2 kes hilang, tak kira tua atau muda.
Pengalaman semasa berkerja di klcc dulu, ramai anak2 kecil yang terpisah dari parent/ keluarga mereka. Anak2 kecil ini akan dibawa ke office security.
Saya yang selalunya in charge bahagian taman, memang standby gula2, chocolate, diapers (initiative sendiri) dalam drawer saya. Kadang2 sampai 10 orang kanak2 oii, gila jamned otak saya dengan tangisan depa keriau.
Saya memujuk mereka dengan jajan. Kebanyakan anak2 kecil ini akan berjumpa semula dengan ibubapa mereka.
Cuma ada satu kes yang betul2 membuat kan saya dan anggota2 cuak. Kejadian berlaku dalam lebih kurang pukul 8 malam.
Ada seorang ibu membuat laporan yang anak lelaki nya berumur 5 tahun telah hilang dari pengawasan mereka ketika bermain di taman.
Saya terus beri maklumat kepada anggota saya melalui walkie talkie juga info kepada pihak security Suria Klcc jika mereka terjumpa kanak2 tersebut.
Serata tempat dalam taman kami periksa tetapi tidak bertemu juga. Saya syak mungkin kanak2 ini telah keluar dari perimeter kawasan klcc.
Kami hubungi Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya, di samping kami masih mencari di persekitaran precinct.
Jam hampir menunjuk kan pukul 11 malam. Masih tiada apa2 info. Si ibu kelihatan sangat2 lemah kerana menangis tak henti2. Walaupun si bapa kelihatan tenang tapi saya tahu betapa kacau nya jiwa dia.
Dalam jam 0130, kami mendapat panggilan dari Dang Wangi mengata kan kanak2 tersebut telah dihantar oleh seorang lelaki ke balai setelah lelaki tersebut merasakan yang kanak2 tersebut hilang dari ibubapa nya.
Lelaki tersebut menjumpai kanak2 itu di sebuah gerai di kawasan Medan Tunku. Dia merasa ada sesuatu yang tak kena kerana kanak2 itu berada bersama dua remaja warga asing.
Kenapa pulak seorang kanak2 berkulit cerah dengan remaja2 itu. Disergah nya remaja warga asing itu, mereka lari bertempiaran.
Lelaki baik hati tersebut memberi kanak2 itu makan terlebih dahulu sebelum menghantar ke Balai Dang Wangi.
Alhamdulillah lega sungguh rasa! Si ibu terus memeluk saya dan mengucapkan banyak2 terima kasih setelah mendengar perkhabaran ini.
Setengah jam kemudian, kereta peronda sampai di klcc. Si ibu terus menerkam memeluk mendakap anak nya dengan kuat dan menangis gembira kerana anak sudah dijumpai.
Setelah melengkapkan incident report saya, baru saya balik ke rumah dengan senang hati walaupun shift saya sebenar nya sudah habis jam 11 malam.
Beberapa bulan berlalu. Suatu hari si ibu datang ke pejabat saya untuk menzahirkan tanda terima kasih beliau dan suami nya dengan memberi hamper biskut. (saya simpan untuk stock memujuk anak2 yang terpisah dengan parent).
Saya terharu dengan kunjungan mereka. Saya cakap kepada si ibu, terima kasih juga kerana ingat kepada kami. Tidak ramai yang menghargai kami security.
Moral of the story, kita kena jadi busy body sikit bila merasa kan ada yang tak kena.
– Kaklong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit