Ni first time aku hantar luahan kat sini. Zaman aku dulu kalau nak meluah, aku tulis kat diari. Tapi sekarang dah umur 30 series, malas aku nak mendiarikan luahan. Jadi aku hantar saja kat sini.
Nama aku Youngi, anak sulung dari 6 adik beradik dan belum berkhawin.
Usia aku di 30 series aku baru ada rezeki dapat loan kereta. Kereta axia saja yang mampu milik untuk aku pergi dan pulang kerja. Aku dapat first car aku bulan 2 tahun ni.
Nak dijadikan cerita selepas 3 minggu kereta aku keluar, bapa aku bawa kereta aku pastu terlanggar motor. Kemek lah depan kereta aku.
Yang bestnya, motor pakistan yang dilanggar tu tak kena apa-apa. Kereta aku pula yang kemek. Nak marah tapi kena sabar.
Bapa aku pun hantar lah kereta aku kat rumah kedai kawan dia. Kat sana kereta aku bermalamlah. Tapi sedihlah sebab hasil kerja orang tu, tak memuaskan. Lepastu ada sikit lagi kemek yang tak dibaiki.
Dari jauh memang tak nampak, cuma bila datang dekat, fuhhhhh sakitnya tu di sini di dalam hati kuu.
Pastu masa bulan 4 ni mak, bapa dan adik aku nombor 4 pergi ke kota kinabalu sebab nak iring adik aku nombor 2 untuk masuk askar. Jadi dalam perjalanan ke sana, dorang pun singgah lah di telupid sebab nak rehat.
So once sampai sana, bapa aku baru perasan yang nombor plat kereta aku hilang. Jadi menggunakan kecerdikan ilp adik ku yang nombor 4 tu, dia pun lukis nombor plat yang hilang tu menggunakan liquid paper.
Masa tu aku macam nak nangis pun, nak ketawa pun ada. Dan sampai sekarang nombor plat tu tak ditemui. Sob sob sob.
Kemudian, bulan ni. Bulan 8 ni, aku bawa kereta macam biasa kat tempat kerja. Bila aku sampai tempat kerja, aku masuk parking. So bila aku nak betulkan parking, tiba-tiba kereta aku dilanggar dari belakang.
I was say, aaaaaaaaa aunty kenapa reverse tak tengok belakang. Pastu aunty type c tu cakap, kenapa kamu tak masuk parking. Aku balas lah balik, aku tengah masuk parking perlahan-lahan.
Bila aku tengok cctv kat tempat kerja aku ni, kereta aku memang dah masuk 80% di petak tempat parking. Apakah kejadah dia reverse sampai kena belakang kereta aku. Boleh imagine tak?
Mmm nasib baik cuma calar sikit dan aunty tu willing to pay. Talk about calar ni, aunty tu bawak lah aku ke tempat dia biasa buat kereta. Owner tu pun siap maklum yang aunty ni, memang suka langgar orang. Tiap bulan ada saja orang dia langgar. Aku macam sedikit sus ya di situ.
Then, owner tu cakap nak cat kereta boleh tapi kena kasih tinggal 1 malam disebabkan kami datang jam 11 pagi. So aku pun ok lah.
Esoknya sebelum aku hantar kereta cat, aku pun letak sticker kat enjin. Sebab nak cat kereta tak perlu buka enjin kan. Lagipun, yang dia langgar hanya bonet tepi belakang sebelah kanan. Tinggal lah kereta aku kat bengkel tu 1 malam.
Esoknya owner tu wasap aku, untuk ambik kereta. Masa nak ambik kereta tu, owner tu cakap hati-hati bawak kereta. Pastu tiba-tiba owner tu cakap kat aku sambil buka enjin depan, dia tanya, kenapa bonet kereta kamu tak ada sponge.
Kat situ aku macam, kenapa kau buka enjin ku. Cat belakang saja nak buka enjin meh? Tapi bodohnya aku, aku tak tanya kenapa dia buka? Kenapa lah mulut aku terkunci masa tu. Kenapa? Kenapa? Why? Huhu.
Hasil dia cat boleh lah, memang tak kemas. Dari jauh pun masih nampak kesan calar tu. Aiyoo. Terima saja lah.
Sekarang ni, aku tengah duduk memikirkan berapa cost yang perodua akan charge untuk tengok enjin aku sok. Saja aku nak perodua check, mana tau owner tu tukar part ori aku. Weh kereta aku baru keluar bulan 2, dah macam-macam bala aku dapat.
Aku tak tau apa dosa aku tau. Kenapa lah banyak manusia yang tak berhati-hati.
Aku dah bawak kereta sehabis cermat hermat, jaga jarak, rajin bagi signal 30 saat tiap kali nak memotong, bagi lampu terima kasih kalau habis memotong, parking elok-elok, tak pernah langgar orang. Kenapa orang nak langgar aku?
Kereta aku baru 7 bulan dengan aku. Aku sedih tau. Sedih sampai nak salahkan ujian. Huawawaaa.
Btw, hari ni kereta aku kena langgar lagi kat bonet sebelah kiri. Calar wehh. Tapi aku tak tau siapa langgar kereta aku, aku sedih.
– YOUNGI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit