Calar Hati Seorang Anak

Assalamualikum semua, selama ni aku silent reader, baru hari ni teringin berkongsi rasa sebab akhir2 ni aku tengok ramai jugak yang share pasal unfair parents.

Aku kenalkan diri serba sedikit, berumur akhir 20an, sudah berkahwin anak satu. Asal aku dari selatan tanah air, menetap di utara setelah aku berkahwin.

Aku anak bongsu dari perkahwinan yang gagal. Disebabkan penceraian ni jadikan aku sangat2 menyanyangi mak aku dan tentunya lebih dari ayah aku. Tapi sekarang hubungan aku dan ayah aku baik2 sahaja sebab bagi aku apa yang kurang tanggungjawab yang ayah aku laksanakan hanya Tuhan yang menilai.

Aku memang tak mampu mewahkan mak aku dengan apa2, tapi sejak dulu kalau aku kerja part time time study, aku akan bagi mak aku sikit, bila aku dah keje, duit bulanan mak aku tak pernah miss, kalau aku bonus, aku bagi mak aku lebih.

Kalau keluar mak aku pegang tudung ke baju memang aku akan terus belikan. Dan aku tak pernah susahkan mak aku untuk apa2 pon bila aku dah besar. Sebab aku rasa kalau aku tak mampu nak mewahkan mak aku at least aku tak susahkan hati dia dengan masalah.

Lepas aku kawen, kami merantau di utara, aku dengan suami memang jalankan tanggungjawab dekat family mertua aku dan kami akan balik kampung aku secara konsisten. Kami nak jalankan tanggungjawab kami sama adil tak kisah family aku ke atau family suami. Kami tak pergi berjalan ke mana pon sejak kawen sebab bila ada cuti dan duit lebih kami prefer balik kampung aku.

Dulu aku pejam mata semua benda yang unfair dekat aku, tapi Tuhan bagi aku rezeki awal dapat anak, dan ketidak adilan layanan terhadap anak aku jadikan aku sangat2 sensitif.

Time aku mengandung, kakak aku pon mngandung anak ke 4, beza 5 bulan dengan anak aku. Time dia bersalin aku tengah mengandung 4 bulan, aku blk kampung nak ziarah, anak dia yang lain dia tinggalkan dekat mak aku untuk jaga time die admit. Dia tinggalkan anak dia dengan pakaian yang serba serbi tak cukup.

Kami adik beradik ramai2 pegi melawat kakak aku, time balik kitaorang singgah shopping mall. Mak aku belikan kelengkapan untuk anak kakak aku yang besar tu. Baju seluar, seluar dalam, dan untuk baby mak aku beli lebih kurang sepuluh helai baju malam baju siang.

Aku ingat ade la sehelai untuk anak aku. Tapi dekat rumah time kemas2 barang adik beradik yang lain tanya ‘banyak baju baby, untuk baby adik sama ke’ mak aku jawab ‘tak, semua untuk baby kakak, baby adik lambat lagi, tak elok beli awal2’.

Aku okay je time ni sebab ingat nt aku pon akan dapat jugak. Time aku bersalin sehelai baju pon mak aku tak bagi, even dah 3 tahun umur anak aku sekarang sehelai baju je mak aku pernah bagi kat anak aku time die pegi jalan2.

Time aku bersalin aku pantang mak aku jaga. Kakak aku bercerai time aku dalam pantang.. dia hantar anak2 die dekat mak aku untuk jaga time dia pergi setelkan masalah dia. Mak aku diam je time dia hantar tapi mak aku mngamuk2 bila dia dah keluar sebab hantar anak2 macam tu je, kot nak bagi duit, kot nak bagi lauk.

Yang dengar aku. Yang hadap aku. Sedikit sebanyak memang emosi aku terganggu. Bila mak aku letih jaga cucu2 siang, aku tak sampai hati nak kejut mak aku time malam bila anak aku nak menyusu ke apa. Kadang2 aku sengaja buat sendiri bila mak aku tanya kenapa tak panggil, aku bagi alasan aku pon baru terjaga je. Seboleh2 aku taknak susahkan mak aku.

Baru2 ni kakak aku kahwin lagi, ni lah permulaan calar2 hati kecil yang aku tanggung berdarah2. Aku kerja kejar due date, time kenduri tu patut aku kena submit file tapi sebab aku nak cuti aku janji dengan boss aku boleh siapkan file tu before aku on leave. Malam sebelum gerak balik kampung aku tak tidur langsung, siapkan kerja. Pagi tu lepas subuh aku terus gerak. Tak rehat tak tidur.

Sampai kat kampung takde sape pon yang sambut kami, mungkin la semua tengah sibuk. Nak tanya perjalanan kami pon tidak. Kot nak jemput kitaorang minum pon takde.

Sampai la suami aku minta air, mak aku suruh aku buat, tapi buat banyak untuk semua bukan untuk suami aku je, aku baru pegang susu, tiba2 mak aku sergah suruh cepat, jangan lama2 sangat buat air orang sibuk nak buat kerja lain kat dapur ni. Aku terus cakap ‘aku baru sampai dah kena marah2, aku tak balik jauh2 untuk kena marah’.

Tak habes kat situ, ape aku buat ape aku pegang semua jadi salah hari tu. Aku tanya kakak ipar aku kenapa dengan mak aku, kakak ipar aku pujuk aku kata mak aku penat sebab semua die yang buat. Tak habes dekat aku je, anak aku pon kena. Anak aku memang selalu meragam kalau balik kampung, mungkin sebab perjalanan jauh. So memang selalu lah kena kata sebab meragam2.

Malam knduri tu anak aku tidur awal aku letak dia dekat sudut rumah, bila mak aku perasan ‘tidur dah, patutlah sunyi kalau tak tu die je yang memekak,menangis je’. Anak aku tak besar depan mata mak aku, tak rindu langsung ke mak aku dengan anak aku. Aku diam tak cakap apa2.

Aku korbankan cuti aku, aku habeskan duit untuk toll minyak, aku tak tidur siapkan kerja aku sebab aku nak balik kampung, tapi yang aku dapat hanyalah kemarahan mak aku. Serba tak kena semua yang aku buat.

Alasan sebab penat, mak aku penat sebab nak memenuhi kenduri kakak aku, sedangkan ni perkahwinan kedua sepatutnya bersederhana tapi kakak aku nak jugak kenduri gah sebab konon die kawen bujang. Kalau nak buat untuk kakak aku, buat lah tapi tak perlu aku jadi mangsa lepaskan kemarahan kepenatan.

Pagi kakak aku nikah, mak aku duduk sebelah kakak aku, sedangkan time aku nikah kawan2 yang teman aku sebab bila aku minta mak aku teman kan aku dekat pelamin kakak denagn mak aku kata tak boleh. Aku memang duduk luar rumah time kakak aku nikah tu sebab aku rasa hati aku mcm kena siat2.

Apa yang jadi time kenduri kakak aku buat aku buka mata. Satu per satu kenangan aku masa kecik terimbas dan semuanya tentang sayangnya mak pada kakak aku. Pernah masa aku kecik abang aku belikan kain pasang untuk kami yang perempuan. Tapi mak aku ambil kain aku buat baju kakak aku sebab mak aku kata rugi kain pasang buat baju aku sebab aku kecik. Membazir.

Sejak kenduri aku betul2 bawak diri, aku takde plan pon nak balik kampung dan pertama kali family kecil aku dapat pergi berjalan, sebab bajet balik kampung kami dah tak guna untuk balik kampung so kami pergi berjalan anak beranak.

Ada yang nasihat aku untuk jalankan tanggungjawab aku macam biasa apa yang aku buat selama ni untuk mak aku, tapi aku betul2 dah tak mampu, hati2 aku betul2 luka, aku utamakan mak aku dalam semua perkara sebelum ni tapi aku aku hanya dapat kemarahan. Sikit pon tak dihargai.

Terima kasih sudi baca kisah aku, aku just nak minta pandangan kalau apa yang aku buat ni betul atau tak. Mungkin aku terbawa2 perasaan.

– Anak yang tak dirindukan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *