Calon Jodoh Dee

Aku Dee, 27 tahun nak masuk 28 tahun ni. Aku nak buat luahan sikit. Pasal aku yang masih belum jumpa calon jodoh yang betul-betul buat aku terbuka hati nak kahwin.

Aku kerja biasa-biasa saja. Alhamdulillah, rezeki aku dapat kerja few months lepas graduate degree.

Tempat kerja aku pun tak jauh sangat dari rumah family, dalam dua jam perjalanan dan aku menyewa rumah dekat area ofis aku. Hampir setiap hujung minggu aku akan balik rumah jumpa family aku.

Ok, back to my point. At the age of 27, aku tengok kawan-kawan aku mostly either dah kahwin or ada anak sorang dua. I cant help to keep wondering, bila pula giliran aku nak datang.

Walaupun kadang-kadang aku ni nampak macam tak ada keinginan atau effort untuk kahwin, tapi percayalah deep down, aku selalu berangan & plan macam-macam pasal wedding aku yang entah bila-bila tu.

Walaubagaimanapun, aku belum sampai tahap merentan-rentan nak kahwin. Aku masih enjoy single life aku. So aku memang tak ada sebarang effort untuk cari jodoh. Sebab kadang-kadang jodoh tu mungkin akan datang sendiri.

Dalam kes aku, dah tiga calon yang datang tapi aku tolak atas pelbagai alasan.

Calon yang pertama, masa tu aku 24 tahun, baru je habis degree. Kawan mama tanyakan pasal aku untuk anak buah dia.

Tapi masa tu, aku terus tolak sebab aku target nak pegang duit sendiri, nak bagi family merasa duit aku & nak ada kereta sendiri dulu baru aku fikir pasal kahwin.

Sebab aku tahu aku tak boleh commit banyak benda dalam satu masa. Mana nak sesuaikan diri dengan environment kerja baru lagi, nak saving untuk family, saving untuk kereta lagi.. Jadi aku tolak tepi dulu bab kahwin masa tu.

Fast forward calon yang kedua, dua tahun kemudian. Masa umur aku 26, kiranya aku dah stabil sikit masa tu. Kerja dah ok, kereta pun dah ada. Aku selesa dengan life aku masa tu.

Then, ada seorang kakak dekat ofis aku, try nak kenalkan aku dengan adik kawan dia. Beza umur dalam lima tahun, kerja uniform tapi negeri lain.

At this time sebenarnya aku consider juga calon ni, given that masa tu aku tengok ramai kawan-kawan sebaya aku dah menamatkan zaman bujang around that time. Tapi mujur la aku tak buat keputusn melulu masa tu.

Aku istikharah & lepas dua tiga hari, aku tak ada rasa pun nak kenal apatah lagi kahwin dengan calon tu. Jadi sekali lagi, aku tolak dengan cara baik. Kebetulan masa tu aku tengah sambung master, jadi aku gunakan tu sebagai alasan.

Fast forward lagi, tahun ni. Umur aku dah nak masuk 28. Alhamdulillah, aku dah selesai master tahun lepas & aku dah berkira-kira nak apply company lain yang lebih dekat dengan family aku.

Atas sebab ibu aku tinggal seorang & aku satu-satunya anak yang belum kahwin, jadi aku cuba untuk apply company lain. Dalam pada tu, ada seorang lagi kakak kt ofis aku ni try nak kenalkan aku dengan abang dia pula.

Umur beza 13 tahun dengan aku, duda tak ada anak. Pun begitu, ramai orang kata abangnya tu masih segak walaupun dah 40 tahun lebih.

Aku tak tahu betul atau tak sebab aku tak pernah tengok pun.

Tapi aku memang taknak sebenarnya.. Sebab aku dah tekad, aku nak pindah dekat dengan ibu aku, kalau aku terima yang ni, aku akan makin jauh dari ibu.

Kebetulan masa tu aku baru pergi interview ada satu company tu. Kiranya sekarang aku tengah tunggu jawapan sama ada aku diterima atau tidak.

Jadi aku ceritakan semuanya perihal aku berniat nak berpindah & tengah tunggu keputusan interview pada dia walaupun asalnya aku taknak sesiapa pun tahu pasal ni.

Nampaknya dia macam kecewa sikit, tapi apa aku boleh buat? Takkan aku nak korbankan keinginan aku semata-mata nak jaga hati dia pula kan?

Jadi begitulah kisahnya aku dan tiga calon jodoh yang aku tolak atas pelbagai alasan. In the end, aku belajar sesuatu bab memilih jodoh ni.

Untuk tiga-tiga calon ni, aku asyik cari alasan yang boleh verify kenapa aku tolak diorang. Aku kata aku nak kerja & stabilkan hidup aku, then calon seterusnya datang waktu aku dah selesa dan tak terlalu struggle.

Lepas tu, aku kata pulak aku tak selesa nak kenal bila mana yang perantara sendiri tak kenal sangat dengan calon yang dia suggest pada aku, then perantara seterusnya adik kepada calon tu sendiri.

Finally, aku sedar semua tu alasan tipu-tipu sahaja.. The real reason ialah aku sendiri yang tak terbuka hati & tak bersedia mungkin. Dan mungkin juga, sebab aku taknak berjauhan dengan ibu aku.

Jadi note to myself, lepas ni tak payah dah termenung memikirkan bila jodoh nak datang sebab bila dia datang, aku pulak yang gelabah nak lari sana sini.

Jadi lepas ni, tunggu dan lihat sahaja dan doa juga jangan dilupa. Kalau ada, ada lah.. Kalau tak ada, tak apa lah, kan?

Thanks korang yang sudi baca sampai habis.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *