Assalamualaikum. Hai. Selamat petang. Namaku Lily (bukan nama sebenar). Tujuan aku tulis artikel ni sebab nak tanya pendapat dan nasihat semua.
Sebelum tu, aku ceritakan dulu kisah dan background aku. Aku dah masuk 30 series. Bekerja okay setakat ni.
Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki dari Allah. Boleh dikatakan aku ni independent woman. Aku dah ada semua yang orang katakan sebagai asas kehidupan.
Kerja okay, kereta dah ada, rumah pun dah ada Alhamdulillah. Satu saja aku takde iaitu bf/suami. Tapi tak bermakna aku tak laku ye.
Nak diceritakan, dulu aku pernah lah bercinta, dan aku memang sayangkan lelaki tu. Dia muda dari aku. Dalam 5 tahun juga bersama. Tapi lepas aku graduate aku minta putus sebab aku rasa hubungan tu toksik sangat.
Disebabkan dia muda dari aku, bila keluar makan sama-sama, aku yang banyak keluarkan duit. Handphone pun aku bagi.
Macam-macam lah aku buat & bagi dia nak tunjuk yang aku sayangkan dia. Aku belikan buku. Buatkan kuih, kek. Memang sayang sepenuh hati.
Tapi dia lebih pentingkan kawan-kawan dia. Dia kata dengan aku, dia nak enjoy dulu. Aku cuba faham.
Sampai satu hari. Aku nampak dekat msg dia, dia panggil kawan kerja dia sayang. Dia siap upload gambar perempuan tu dekat ig dia. Member aku tanya siapa perempuan tu.
Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Sedih dan sakit. Aku tanya dia siapa perempuan tu, dia kata kawan saja lepas tu dia buat muka bengis dengan aku dan marah-marah.
Tapi aku tetap pujuk dia supaya jangan marah lama-lama lepas tu belanja dia makan.
So yah sampai satu tahap aku dah tak boleh dengan lelaki macam ni. Aku kuatkan hati nak stop. Lama ye nak move on dengan dia. Dalam 5 tahun juga la untuk betul-betul move on.
Aku ni boleh dikatakan cantik, kulit putih, muka licin takde jerawat. So bila masuk 30 series ada la beberapa lelaki yang cuba untuk masuk meminang. Banyak yang aku tolak. Sebab aku ada trust issue dengan lelaki.
Yes aku pernah kena sexual abuse, pernah kena pukul sampai lebam oleh lelaki. Yang sedihnya dari keluarga sendiri. Tapi aku tak nak cerita pasal ni sebab nanti aku rasa sedih.
So aku sekarang nak tanya pendapat korang. Especially kepada perempuan yang dah berkahwin. Macam mana korang pilih suami korang sekarang? Memang terus suka ke atau macam mana? Pilihan sendiri ke? Mak ayah pilihkan ke?
Ada 2 lelaki nak meminang aku baru-baru ni (yang ni walaupun aku dah tolak tapi tetap datang lagi). Dua-dua ni memang berkenan dengan aku dari dulu.
Kalau tengok background yang sorang ni, dia memang dah ada segala-galanya. Rumah, kerja pun stabil. Boleh dikatakan orang have-have la.
Cuma satu saja. Dia tak berapa nak handsome. Dan berkulit gelap. Sorang lagi yang nak masuk meminang, handsome, putih, tapi kewangan tak berapa nak kukuh. Tapi dia kerja elok saja.
So aku macam.. entah. Sama ada perlu memilih, atau jangan pilih langsung dan biar lah masa yang menentukan.
Sebab aku macam belum ada keingininan nak kahwin lagi. Tapi aku takut juga kan orang kata kalau kita tolak pinangan orang nanti jodoh makin jauh.
Takde la. Aku percaya saja jodoh & ajal maut di tangan Tuhan. Cuma tu lah. Petunjuk jodoh ni susah sikit aku nak detect.
Pernah juga buat solat istikharah tapi serius la aku macam tak nampak dan tak perasan apa-apa tanda..
Apa pendapat korang? Kalau nak pilih suami, kena pilih ciri-ciri yang macam mana? Jangan kecam aku tau. Aku just nak tanya pendapat saja. Thanks.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit