Campur Tangan Allah

Dulu kan aku selalu rasa frust bila apa yang aku rancang dan aku doa, Allah tak makbulkan.

Aku cepat give up dan putus asa. Asyik tanya banyak kali kenapa tak makbul makbul lagi ni.

Aku lupa yang doa itu adalah satu permintaan bukan paksaan.

Aku lupa yang Allah juga ada rancangan Dia sendiri untuk aku. Malah lebih baik lagi.

Aku lupa, bila Allah tak bagi tu untuk kita, maksudnya itu bukan yang terbaik untuk kita.

Aku jugak selalu menjalani kehidupan dunia ni dengan menggunakan logik akal manusia.

Aku lupa yang Allah sentiasa ada dan “sentiasa campur tangan” urusan dunia kita tanpa kita sedar.

Contohnya, kita rasa gaji kita tak cukup pun nak sampai hujung bulan. Tambah tambah lagi bila dah ada anak dan macam macam nak kena bayar.

Tapi dengan adanya campur tangan dari Allah, kita berjaya je survived dengan duit yang ada ditangan.

Aku ada kawan, mak dia ibu tunggal, anak 3 orang. Gaji buat kerja kampung dapatlah dalam RM500 sebulan.

Tapi dengan gaji tu, mampu je besarkan anak 3 orang sampai besar panjang masuk universiti.

Pakcik aku pulak, kerja kilang, gaji RM1800 sebulan. Bini tak kerja, anak 3 orang semua sekolah lagi. Nak OT tak boleh sebab kilang tak bagi.

Tapi dengan adanya campur tangan dari Allah, mampu jer bagi anak bini makan dan tunaikan kewajipan lain.

Aku ni bukanlah pandai sangat. Biasa biasa je. Tapi disebabkan Allah sentiasa masuk campur urusan hidup aku, segalanya dipermudahkan.

Kerja best, gaji best, ada simpanan, dapat bos yang baik dan macam macam lagi.

*aku nangis ye sambil tulis ni.

Kita orang islam, ada Allah. Jangan jalani hidup ni dengan akal terbatas kita. Nanti kita stress. Sebab tu, pape pun letak Allah dulu. Nak pape, doa mintak dekat Allah.

Cuba korang renung renung balik, banyak je benda yang kita rasa macam tak boleh buat, tak boleh nak hadap, tapi at the end, boleh je jalani/atasi walaupun perlukan air mata nak laluinya.

Sebab tu, orang alim ada cakap. Jalani je kehidupan dunia ni macam biasa. Dalam masa yang sama, kewajipan kita sebagai orang islan jangan diabaikan.

Solat 5 waktu kena cukup, zakat, Al Quran, puasa. Semua ni buat macam biasa dan jangan culas. Percayalah hidup kita insyaAllah akan mudah dan sentiasa dibimbing oleh Allah.

Kalau dah buat juga semua kewajipan sebagai muslim, tapi masih diuji, jangan stress dan down.

Dunia memang tempat ujian. Cuma cara kita menghadapi ujian itu bergantung jugak pada amalan/iman kita.

*Ok jangan nak pertikaikan kenapa dah buat semua tu tapi masalah masih bertimpa timpa sebab aku malas nak layan. Hahaha.. sorry.

Kalau rasa ada banyak impian dan harapan, doa banyak banyak. Sujud pun kena bagi banyak. Sebab Allah itu sangat malu nak kembalikan tangan hambanya dengan tangan kosong.

Kalau nak cakap pasal baiknya Allah ni, boleh meraung rasa hati.

Tak solat pun, masih ada kerja, cukup makan, boleh kawen, ade kereta, ade rumah.

Tak jalankan hak Allah pun, Allah masih jemput pergi umrah, bercuti dan beli keperluan harian macam biasa.

Kalau aku lah kan, dah bagi macam macam, tapi masih nak bangkang dan melawan cakap aku, aku memang melenting la.

Tapi tidak bagi Allah. Allah sangat baik. Masih lagi bagi rezeki, masih lagi bagi makan semua. Hmmm…

Kawan kawan, sebelum aku habiskan penulisan ni, satu je aku nak pesan.

Jangan tinggalkan Allah. Ape je impian, harapan kita, libatkan Allah sekali. Selalu bercakap dengan Dia. Kalau kita tak libatkan Allah, kita memang akan stress.

Yakin, Allah kalau tak bagi, maksudnya itu bukanlah yang terbaik untuk kita walaupun kita naaaaakkk sangat sangat. Kalau kita redha, Allah pasti akan gantikan dengan yang lebih baik lagi.

Sebab apa yang aku perasan, Allah takkan ambil sesuatu tu dari kita melainkan Dia akan gantikan dengan yang lebih baik lagi.

Aku harap, penulisan ni dapat memberi semangat kepada sesiapa yang tengah down sekarang ni.

Sekian, terima kasih.

– Anak Itik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *