Pada sesiapa yang pernah baca artikel saya sebelum ini saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi membaca dan memberi pandangan,nasihat mahupun komen. Pada bahagian yang kedua ini saya tulis untuk menjelaskan sebahagian komen yang mungkin ada yang salah faham. Sebelum ini saya bahasakan diri ‘aku’ tapi mungkin ada yang kurang gemar penggunaan aku.
Bahagian pertama, aku ada nyatakan yang arwah ayah aku telah hibahkan tanah pada ibu aku. Ayah aku meninggal dunia masa kami kecil lagi. Untuk makluman tanah tersebut arwah ayah aku beli selepas bercerai dengan bekas isteri. Arwah ayah menduda lebih kurang sepuluh tahun baru berkahwin dengan ibu. Jadi itu bukan hasil harta sepencarian. Kalau tidak dah lama dulu bekas isteri ayah aku tuntut. Ada yang cakap sama ayah bukan adik-beradik tiri. Betul, kami ni adik-beradik kandung cume sebab tak membesar sama-sama jadi agak kekok aku nak cakap adik-beradik kandung. Alhamdulillah, mereka semua baik termasuk bekas isteri ayah aku.
Sebenarnya, adik ibu suruh jual tanah ni dah banyak kali. Sebelum ini, dia cakap suruh jual pindah kat negeri dia alasan kakak aku belajar dan kemunngkinan kerja kat situ jugak. Lepas tu, bila jumpe lagi dia cakap suruh jual sebab harga tanah ni mampu beli tanah yang lagi luas kat tempat dia. Kali ni, dia guna hukum agama kata susah nak mati ambil bahagian anak-anak ayah aku. So, jual tanah ni supaya senang nak bagi-bagikan bahagian. Kalau pembaca jadi aku apa yang anda rasa? Adakah ‘nasihat’ ni untuk kebaikan kami atau dia? Aku bukan nak buruk sangka tapi banyak benda yang jadi buat aku hilang kepercayaan pada mereka.
Selain yang seorang ni ade lagi yang asyik desak ibu aku suruh jual. Dia tak cakap sebab apa. Tapi aku rasa dia nak duit. Dia memang selalu mintak duit dengan ibu aku. Bukan sikit sekali mintak tapi ribu. Ibu aku ni terlalu baik sangat sampai adik-beradik, ipar semua suka ambil kesempatan. Pernah jugak bila ibu aku kata tak ade duit dia desak ibu aku keluarkan duit tabung haji. Menyirap aku dengar. Kami tak sentiasa ada dengan ibu tapi aku cume ingatkan ibu apa-apa pun jadi jangan keluarkan duit tabung haji. Diaorang semua ni pandai mintak bila kami tak de kat rumah. Ibu aku tak pandai guna mesin ATM. Jadi dia bagi kad dengan no pin kat adik dia mahupun adik ipar dia. Ibu aku tak pernah serik sebelum ni habis duit dalam bank dikeluarkan oleh Hamba Allah ni.
Tanah ni masih ade ruang untuk buat satu rumah lagi. Dulunya ibu aku pernah bercadang untuk buat rumah satu lagi di tanah ni. Senangla kalau kami kahwin dah ade rumah dekat dengan ibu. Tapi bila ibu aku suarakan cadangan tu pada adik-beradik dia. Ada yang awal-awal lagi dah mintak rumah tu beri pada dia. Siap pesan “kalau akak buat rumah tu nanti bina menghadap ni. Kalau menghadap macam ni sejuk sikit,angin.” Belum apa-apa lagi dah mengarah macam rumah dia. Kakak ibu aku pulak bila dengar pasal tu dia terus cakap kat anak dia depan kami “Kau duduk jerla sini. Ni mak cik kau nak buat rumah. Si zara (bkn nama sebenar) ni lambat lagi kahwin”.Padahal umur aku dah 28 tahun bukannya 8 tahun nak cakap macam tu. Bukan nak doa yang baik-baik untuk anak saudara.
Kenapa aku tak bersuara sebab pertama aku taknak gaduh atau dicop kurang ajar. Kedua, sebab aku taknak sebab aku ibu aku jauh dari adik-beradik dia.Mesti ibu sedih kalau jadi macam tu. Aku cukup kenal sedara mara aku. Kalau tersinggung perkara remeh pun boleh jadi hal. Apa yang aku mampu buat banyak doa supaya kami tidak teraniaya dan jauh dari mereka yang berniat tidak baik.
Kadang-kadang aku rasa lebih baik tak ada harta daripada ada harta. Sebab harta darah daging pun boleh jadi musuh. Sebab harta semua orang berubah.
– no name
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit