Cantik Dan Nyawa

Assalamualaikum. Aku harap sgt admin boleh siarkan cofession ni dan Aku berterima kasih kalau admin sudi menyiarkan confession aku ni. Aku cuma nak bgtau satu benda yg aku rasa masyarakat mungkin kurang peka ataupun kurang tahu. Iaitu dgn product.

Tapi sebelum tu jgn lah korang hentam aku. Maaf kalau aku silap. Tlg betulkan kalau ada kesalahan dari info aku ni.

Korang mesti tau kan ada mcm2 product yg keluar skrg. Tak kira lah kosmetik , supplement,sabun atau apa apa saja lah. Dah berlambak kan kt insta ,fb , twitter .Ok kat sini aku cuma nk nasihat beberapa perkara yg aku rasa kita sebagai penguna harus peka. Maybe boleh jadikan panduan.

Pertama: CEK KKM

kalau nk beli sesuatu product tu, tlg lah cek kkm. Bukan apa. Kenapa kkm perlu luluskan sesuatu product? Yes untuk tgk kandungan bahan di dlm product tu sendiri. Mercury ni adalah satu bahan logam yg bahaya . Cth, kalau sesuatu supplement tu ada kandungan mercury yg tidak sepatutnya, apa jd kt muka? Yes muka akan rosak. Pernah tgk tk bila sesuatu kes iaitu tumpahan mercury, kenapa bomba siap pakai alat perlindungan yg sgt lengkap? sbb bahaya sgt. 

Kedua : jangan percaya testimoni.
Percaya atau tak, kkdg testimoni tu menipu. Aku tak kata lah semua. Tapi jgn percaya 100%. Jgn tertipu dek kerana nak sgt cpt cantik atau kurus.

Ketiga : banyakkan membaca dan bertanya.
Yg ni pun penting, kita ni jgn lah malas untuk baca atau tanya dgn org yg lebih tahu. Cek fakta yg sahih.

Yg terakhir : baca label.
Ok yg ni penting, sbb apa nk tahu? Sbb ada sesetgh ubat ada mengandung porcine (dlm bahasa lain babi) so mana yg muslim tu kena lah peka dgn baca kandungan yg tertulis.

Kalau ada yg aku tertinggal maaf. Boleh kita kita share2 info yg berguna.

Harap krg boleh ambik ni dgn positif. Aku bkn nk tutup periuk nasi sesiapa tp aku cuma mahu membantu supaya tiada lg org yg tertipu. Kpd founder , cukup cukup lah, kesian kt org lain. Awak mmg lah dpt untung, kesian kt org yg tanggung akibat. Jgn tipu org. Belajar untuk jujur.

Ada sebab kenapa team medical sibuk untuk fight dgn benda mcmni. Sbb kkdg kita suka ambil remeh temeh. Kita sanggup memperjudikan nyawa kita sendiri.

Dah masuk tahun baru, so aku harap masyarakat skrg lebih peka dan berfikir lebih baik tentang penjagaan kesihatan masing2 . Be alert. Dan akhir sekali harap tidak tertipu dgn penjual yg tidak berdaftar dgn kkm. Igt nyawa kita tak boleh dibeli. Mencegah lebih baik dari merawat. #jomsihat

-Team Medical

– Team M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit