Assalamualaikum. Aku lama dah berfikir benarkah wujud hati yang baik dengan sekadar menilai rupa?
Masa sekolah rendah aku agak popular sebab aku jenis yang ceria dan mudah bergaul. Bila masuk sekolah menengah, aku bersekolah all girls.
Masa ni aku jadi pendiam akibat masalah diri dan keluarga. Aku dikelilingi kawan-kawan yang baik. Aku rasa tak pernah wujud istilah cemburu.
Selepas SPM, aku mula bergaul dengan lebih ramai orang lelaki dan perempuan. Aku sekadar berkawan dengan semua orang. Menjadi diriku sendiri. Masa ni aku mula dengar ayat seperti untunglah jadi aku. Aku tak faham.
Bila ada kawan yang kata, teringin nak ada kulit macam aku, rambut macam aku. Aku tetap katakan pada mereka, mereka sangat cantik di mata aku.
Ya memang betul pun. Aku suka kulit, wajah dan karakter mereka. Aku tetap rasa yang Allah jadikan semua benda itu cantik.
Aku bersyukur ada kawan-kawan yang baik dengan aku. Sampailah masa bila aku terdetik mula berfikir bila suatu hari, ada seorang kawan aku, tiba-tiba naik suara.
Depan muka aku dan kawan-kawan yang lain. Dia cakap “aku tak suka tengok kau”. Aku terkejut dan terkebil-kebil pandang kawan aku yang lain. Kami terdiam. Dia pulak keluar bilik dan pergi ke balkoni.
Aku cakap takpelah mungkin dia bad mood. Aku minta izin ke toilet dan masa ke toilet aku nampak budak perempuan yang marah aku tu tengah mengamuk tendang-tendang dinding.
Bila aku lalu, dia pandang aku dengan wajah yang benci. Aku terkejut dan sedih. End up aku tahu cerita yang pakwe budak perempuan tu, actually bukan pakwe official pun, pernah cakap kat dia… Cubalah jadi macam aku.
Budak perempuan tu tak puas hati lah dan sering pandang aku curi-curi selama ni untuk tengok apa lebihnya aku.
Aku tahu benda ni daripada kawan aku yang lain. Nak kira aku malu juga bila dimarah begitu tanpa sebab. Tapi aku maafkan dia cuma aku tak berani dah nak berbual dengan dia lagi dah.
Masa zaman universiti juga, aku tak ramai kawan melayu. Tapi dalam tak ramai tu, barulah aku kenal erti dunia sebenar. Ada dua orang budak perempuan melayu.
Dua-dua bagi aku lawa. Seorang putih chinese look dan tinggi aku panggil A, seorang lagi gempal sikit dan gelap macam mamak aku panggil B. Yang A ni garang dan tak friendly, yang B ni friendly dan masuk air.
Kalau tengok secara general dan biasa kita dengar, biasa orang kata, walau takde rupa tapi hatinya sebenarnya baik. Ok lah. Boleh dengar, percaya jangan.
Sampailah kita pernah kenal, pernah tidur dan travel sekali. Awal-awal dulu B baik dengan aku, tapi pada masa sama hasut aku pasal A. Aku pula jenis kawan dengan semua orang. Aku malas bab-bab gaduh ni.
Lama kelamaan bila aku ni tak masuk port mana-mana, si B ni mula hasut orang lain sampailah bila tahun akhir aku tahu-tahu si B ni rupanya dah burukkan nama aku di kalangan student melayu tempat aku.
Si A pula semacam skeptikal dengan aku. Aku sebenarnya bila dah tahun kedua, aku banyak keluar dan berkawan dengan budak universiti lain. Aku kawan juga dgn budak universiti aku tapi rapat macam biasa, cuma aku bukan jenis into gosip.
Aku walaupun tahu semua apa si B buat, aku tetap layan B macam biasa. Sampai sekarang B tak tahu yang aku tahu semua apa benda dia buat. Apa benda yang dia burukkan, lepas tu bila depan aku, berlakon macam tak ada apa-apa.
Few years later, bila aku dah ada anak 3, aku pernah jumpa dan ziarah A. Masa ni A minta maaf dengan aku, dia cakap dia termakan apa yang B cakap pasal aku.
Sedangkan sekian lama dia berfikir, dia cakap aku tak seperti yang B cakapkan. Dia minta maaf sebab pernah berkasar dengan aku. Aku dah lama maafkan.
Mana pergi si B? Sampai sekarang aku tak dengar lagi khabar dia. Last dulu aku tahu B kahwin dengan budak lelaki yang pernah cuba try aku. Kahwin senyap-senyap tanpa jemput aku rakan seuniversiti ni.
Tahu lah aku punca kenapa si B ni berkelakuan macam tu. Rupanya dia nak kat budak lelaki tu diam-diam. Padahal tu lah dia budak lelaki yang dia buruk-burukkan.
Aku pernah jelaskan yang budak lelaki tu tak seteruk yang dia cakapkan. Aku ni jenis berkawan dengan semua orang termasuk lelaki. Tapi bukanlah bermaksud aku nak kat sesiapa. Biasalah bagi aku berkawan.
Masa universiti dulu aku dah tahu si B ni tackle dan couple dengan budak lelaki tu, siap sorok-sorok nak pergi dating takut aku tahu. B ni malu sendiri, ibarat menjilat ludah sendiri. B ni dah kahwin sekarang dengan budak lelaki tu, dan ada anak 3 juga.
Sampai sekarang dia tak berani tegur aku. Aku rasa kalau aku perli dia sedas mungkin dia tak tahu nak sorok muka kat mana :p
Bila dah bekerja, aku lagi terdedah dengan orang yang kuat cemburu akibat rupa ni. Umur dah bekerja ni lain. Mungkin orang-orang yang kuat cemburu ni melalui zaman belajar di sekolah dan universiti yang tidak menyeronokkan.
Jadi mereka lebih expressive. Aku dah berpindah 4 kali tempat kerja. Dalam semua tempat kerja, pasti ada seorang yang ada masalah dengan aku. Dan orang tu adalah orang yang gelap sikit, orang yang gemuk, orang yang tak ada rupa.
Aku bukan nak hina tapi ni lah dia description yang biasa kita dengar. Aku rasa masalah adalah pada diri mereka sendiri. Sebab yang bermasalah ni seorang dua je sedangkan ramai je yang tak ada rupa ni tetap kahwin, ada anak, ada suami baik.
Dan juga mereka tak menyakiti hati orang lain, tak bercakap kasar, tak mengadu domba, buat fitnah dan sebagainya.
Jadi bagi aku, apa yang orang katakan sebagai hati dia baik walau tak ada rupa, tak boleh diterima bulat-bulat. Ada seorang yang aku tahu, badannya gempal, friendly, disukai ramai kononnya, tetap buat kerja jahat, bagi aku lah.
Bila dia fitnah, buat cerita, melaga-lagakan hubungan antara orang lain tapi orang lain takkan perasan niat jahat dia sebab sekali tengok kita akan rasa dia baik.
For me, selama aku hidup, aku tetap dengan prinsip don’t judge a book by its cover.
Prinsip ni bukan terpakai kat orang cantik je, tapi tetap terpakai untuk orang tak cantik. Kenal dulu orang tu dengan travel bersama, baru tahu hati budi dia. Sekadar dengar dia mulut manis, ibarat tanam tebu di tepi bibir, sesiapa pun boleh.
Bila aku kerja ni juga, aku terdedah dengan lelaki-lelaki yang treat well orang perempuan yang dia suka dan hormati.
Tapi sebenarnya lelaki-lelaki ni tetap berlembut dengan semua perempuan cuma lebihnya mereka pada perempuan yang mereka suka dan hormati. Fitrah lelaki macam tu.
Aku lebih senang berkawan dengan lelaki sebab mereka tak complicated macam perempuan yang bermain dengan emosi. Sikit-sikit nak cemburu dan buat jahat kat orang lain. Can’t you just accept and enjoy your life?
Cuba lihat apa kelebihan yang Allah berikan dan fokus pada kelebihan tu. Aku malas nak bercakap bila ada orang perempuan cakap, untunglah jadi cantik dengan nada cemburu.
Can’t you see your own beauty? Do you really need people mention clearly about your beauty?
Umur dah tua pun bukan sebab untuk jadi matang. Terima lah apa saja kejadian Allah, fokuskan kelebihan bukan kekurangan, hargai apa saja nikmat yang Allah bagi, carilah kebahagiaan diri sendiri.
– Jane (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit