Cantik: Kelebihan Atau Sumpahan?

Assalamualaikum n good day. Saya Jaiko, seorang wanita bekerjaya dan berkeluarga. Daftar masuk Kelab 4 Series tahun ini.

Alhamdulillah bersyukur dan gembira dengan apa yang ada sekarang ini. Suami yang baik, anak-anak yang pintar comel, kerjaya yang stabil dan kewangan yang mencukupi. Bukan tak pernah diuji dalam kehidupan tapi alhamdulillah masih kuat meneruskan kehidupan.

Namun, saya sedar ramai sekeliling saya yang tidak bernasib baik seperti saya. Ramai diuji dengan kehilangan orang tersayang samada ditinggal mati atau ditinggal pergi bersama ‘babi’.

Kesimpulan yang saya buat berdasarkan apa yang berlaku disekeliling saya – Orang cantik selalu bernasib malang.

Saya ni boleh dikategorikan sebagai perempuan yang TIDAK cantik. Badan saya besar (gemuk dan tinggi), muka saya berjerawat penuh dan suara saya macam buluh betong tapi nasib baik saya ni berkulit agak cerah.

Saya memang selalu menjadi mangsa body shaming di kalangan kawan-kawan. Memang selalu kena bahan tapi nasib laa saya ni jenis hati kental. Setakat kena kutuk tu tak berkurang jugak beras kat rumah.

Pastu, dari zaman sekolah lagi bestfriend saya mesti orang yang paling cantik kat situ. Maka saya selalulah bertugas sebagai posmen tak bergaji yang menyampaikan salam, surat dan hadiah kepada si puteri jelita.

Tipulah kalau saya tak cemburu dengan kawan2 saya tu tapi saya sedar diri saya yang tiada rupa. Jadi saya fokus kepada benda lain yang boleh menonjolkan diri saya agar tidak dikenali sebagai bodyguard orang cantik jek.

Alhamdulillah, saya cemerlang dalam pelajaran, sukan dan bidang ko akademik. Kerap bertanding hingga ke peringkat negeri. Jadi kuranglah saya bertugas sebagai posmen selepas itu.

Berbalik kepada tajuk ini wayang, dulu saya rasa cemburu dengan orang cantik. Yelah, banyak kelebihan yang diorang dapat (dan kadang-kadang saya pun tumpang sekaki). Kerap dapat hadiah, orang belanja makan, dapat tempat duduk dalam bas yang penuh.

Kadang-kadang tu, pergi bank pon tak payah beratur time sesak, siap bleh tiba-tiba bukak kaunter lagi. Sebagai imbalan dapat la nombor telefon orang cantik. Kalau time buat assignment berebut orang nak amek masuk dalam group diorang.

Nasib baiklaa kawan2 cantik saya ni tak pernah melupakan saya, selalu mesti saya dia tarik sekali. Jadi kira saya menumpang tuah kecantikan orang laa jugak.

Tapi ujian diorang memang hebat. Ada sorang bestfriend cantik saya tu, diuji dengan putus cinta berbelas kali sebelum bertemu jodoh. Namun diuji lagi dengan tiada zuriat dan berpisah pula dengan suami.

Ada pula yang lain duji pula jodoh dengan jantan tak guna cuma pandai menderma sperma. Ada pula yang kehilangan suami akibat penyakit kritikal.

Merenung kembali kadang-kadang saya bersyukur dilahirkan kurang rupawan. Bercinta sekali pun tak pernah apatah lagi nak merasa derita putus cinta. Jodoh pula dengan kawan sendiri maka merasa bercinta hanyalah selepas nikah. Begitulah kehidupan. Lain orang lain ujiannya.

Apa pun bersyukurlah seadanya apa yang kita ada. Semua ni pinjaman semata-mata. Bak lagu Rabbani – mana milik kita, tiada apa milik kita, semua yang kita ada, Allah yang punya.

Tidak perlu cemburu dengan kelebihan orang, tanpa kita sedar sebenarnya kelebihan orang yang kita sangka itu mungkin satu ancaman pula untuk dia.

– Jaiko (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Terima kasih utk kata2 semangat sis yg mungkin dgr mcm simple je tp bermakna😊 semoga yg baik2 shj utk sis sekeluarga Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *