Assalamualaikum semua. Confession ini tentang rupa. Semoga admin siarkan confession saya ini
Saya berusia 29 tahun dan sepanjang hidup saya ni, saya selalu berjumpa orang yang cantik dan biasanya apabila cantik, rezeki pun murah. Semua makhluk Allah cantik. Cuma ada kumpulannya tersendiri.
Cantik jenis 1, yang memang naturally cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Rambut lurus, kulit licin, jari runcing, kurus tinggi.
Cantik jenis 2 yang perlu makeover untuk tampak menarik.
Dan jenis 3 yang biasa2 sahaja sama seperti perempuan yang biasa kita jumpa.
Dan confession saya ni tentang cantik yang jenis 1 ni.
1st roomate saya ketika matrikulasi. Dari kelantan. Dia tersangat lah cantik. Rambut ok. Kulit jangan cakap bagai telur yang dikupas. Lawa tiada cela. Kurus tinggi. Suara best. Memang sempurna sangat ciptaan Allah ni. Kami still contact sampai sekarang.
Lepas dia habis belajar dulu. Dia kerja jual insurans. Tak lama lepas tu kawin dengan ahli perniagaan yang kaya raya. Lepas kawin terus dapat kerja kerajaan kat JPN, lepas tu ada anak yang comel sangat muka sebijik macam dia. Memang smooth giler hidup dia.
Disaat rakan sebaya dia masih terkapai-kapai mencari kerja tetap, dia dah ada sebijik rumah, kereta besar. Beruntung kan? Rasa-rasanya kalau dia tak cantik, ahli perniagaan tu nak ke kat dia. Saya bukan dengki ye, saya cuma nak highlight bila cantik everything will be ok.
Kisah kedua, roomate saya ketika di u. Nenek dia orang siam. Dan of course dia pun sangat2 cantik. Kulit dia macam takde pori, nak bagitahu bertapa perfectnya kulit dia.
Kalau main sukan, kawan-kawan semua dah berpeluh muka merah. Muka dia steady je. Dan dia memang totally tak mekap. Mata dia memang dah cantik,bundar tak perlu lens tak perlu eyeliner. Dan dia juga kurus dan tinggi. Dia bangun tidur terus cantik.
Masa kat u memang jadi kegilaan. Masa praktikal, ada pegawai muda yang jawatan tinggi berkenan kat dia. Habis praktikal dia menganggur. Tak lama lepas tu pegawai tu masuk minang terus kawin. Lepas tu beli rumah, tukar kereta, ada anak comel.
Saya pernah pergi rumah dia, rumah idaman setiap orang la gayanya. Masa kitaorang borak, suami dia yang jaga anak. Sangat penyanyang dan penyabar.
Masa tu saya ucap dalam hati bertuahnya jadi cantik. Dah la suami kerja bagus, dapat beli rumah besar kereta besar. Suami pun layan baik2 je sebab sayang isteri, isteri cantik kan.
And last my cousin. Cantik jugak tapi cantik orang melayu, tapi still cantik sedap mata memandang. STPM 2 kali failed. Lepas tu habis sekolah abang dia tolong dia kerja dengn telekom.
Kerja telekom jumpa jodoh dengan maintenance engineer yang kerja situ jugak. Dah kawin pun sekarang, ada anak comel dan tengah bina rumah sekarang. Dan suami dia pun memang sangat2 ikut je perangai dia. Nak apa semua suami belikan.
Saya bukan pukul rata tentang perempuan cantik tapi memang semua begitu. Bila u cantik, rezeki ada dimana2. Dapat suami baik plak tu. Bekerjaya bagus.
Saya kategori cantik jenis 2. Saya perlu make up untuk nampak cantik. Mata hitam saya kecik, jadi nak nampak cantik kena pakai lens besar. Perlu makeup sepenuhnya dari mata ke mulut. Muka ade bekas parut jerawat. Duit banyak habis nak buat rawatan muka. Juga badan mudah naik bila terlebih makan.
Orang selalu puji saya cantik tapi saya sendiri tahu saya bagaimana. Suami saya kerja biasa2 je. Kami naik kereta buruk dan kecik. Duit memang cukup2 makan.
Dan saya juga perlu berusaha keras untuk nampak cantik. Suami saya penat kerja, balik rumah terus main game hp sampai malam. Kadang2 saya rasa down, hidup saya sangat berbeza dengan kawan2 saya yang cantik yang lain.
Jadi dilihat hidup ini, bila awak cantik jenis 1, evertyhing will be ok. U nak kawin dengan lelaki kaya pun tak risau sebab dah cantik kan. Cuba kalau yang kurang cantik kawin dengan kaya, ade ke si kaya nak tolong2 nak layan baik2 macam puteri.
Itu sahaja dari saya. Sekian.
– Nur Amira Filzah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit