Assalamualaikum.
Thank you admin kalau sudi publishkan confession ni. Harapnye admin publish la confession ni sebagai pengajaran bersama. Aku seorang penuntut di salah satu ipt di tahun akhir. Maklumlah, bila dah cakap final year ni mesti banyak kerja kan dengan FYPnya lagi thesis lagi. Okay bukan tu yang aku nak cakap. Tapi aku nak luahkan kekesalan pasal sorang housemate aku. Oh, untuk pengetahuan pembaca, aku menyewa ye sebab asrama hanya untuk first year student je.
Okay, al kisah aku bermula macam ni. Aku menyewa dengan member aku merangkap classmate aku since first year. Aku tak berapa rpat dengan dia, tapi disebabkan seorang lagi classmates aku ni rapat dengan dia jadi la kitorang menyewa sekali. Waktu dekat hostel dulu aku jarang la lepak dengan Si A(nama samaran) sebab aku tak gemar dengan perangai dia yang boleh dikatakan sombong dan suka membangga diri. Tapi dah satu kelas kan nak taknak kena la juga hadap sebab kadang-kadang group asssignment pun sekali. Dari luaran Si A ni nampak macam okay. Pakai pun kemas, wangi and bersih. Lepas tu dia ni tengok beg pun tak macam aku since first year sampai sekarang beg dan baju semua yang sama. Dia setiap semester mesti gaya lain-lain.
Nak dipendekkan cerita, bila aku duduk sekali dengan dia baru aku tahu perangai dia ni MasyaAllah pemalas Ya Rabbi. Kalau bab bergaya, dia lah paling no 1 dalam rumah ni dan bila sampai bab nak membersih dia lah yang paling pemalas. Aku nak cakap dia ni macam jadi rebutan juga la kat tempat aku belajar. Orangnya cantik, putih dan bermata bulat lepas tu macam sombong sikit. Semua orang yang tengok dia buat pertama kali mesti nak pusing 2 kali. Bukan macam aku, member lelaki aku kat sini siap bahan lagi kalau aku mekap. Katanya macam pondan. Diorang lagi suka tengok aku pakai jacket faculty je. Hehe natural beauty kot(bangga jap)
Okay straight to the point, kitorang suka juga la masak kat rumah. Sebab kadan-kadang nak jimat duit kan. So bila masak, aku dengan member aku lagi sorang Si B ni lah yang akan pergi dapur dulu. And untuk pengetahuan korang, dapur rumah aku ni problem sikit. Biasa la rumah sewa dah banyak student duduk sebelum ni kan. So singki tu macam buat hal lah. Dah bagitau tuan rumah, tapi dia keras kejung buat tak tahu je. HUHU. Nasib badan dapat tuan rumah macam ni.
Bila nak masak, Si A ni tak tunjuk muka langsung. Duduk je dalam bilik goyang kaki atas katil whatsapp boyfriend. Eh kenyang kot dia ws boyfriend tu. Aku dengan Si B ni lah yang dok kenyangkan perut dia masak kat dapur tu. Bila kitorang macam dah nak siap siap masak tu dia turun la. Pandai budak ni timing. Aku dah lama perhati. Yang paling tak tahan, dia ni sejenis manusia yang sangat cerewet dalam bab makanan. Bila orang lain masak tu makan je la. Ni tak selalu condemn “eh, asal tak sama macam mak aku masak kat rumah eh?” Aku sumbat kuali dalam mulut baru tau.
Dah la tak tolong masak, lepas makan tu aku ingat dia ada la ihsan sikit nak tolong sental kuali ke, periuk nasi ke. Tapi haram tak dibuatnya. Dia cuma basuh pinggan dia dengan cawan yang dia guna je. Tu aku bengang tu. orang dah kenyangkan perut dia, takde langsung insiatif nak cakap “eh tinggal la pinggan tu. Nanti aku basuhkan” . Dah la setiap kali masak kat rumah tu duit aku dengan Si B ni yang keluarkan beli barang basah. Dia cuma tau makan pastu blah. Eh panas pulak hati kak non.
Lepas masak aku la terbongkok kat dapur tu sental lantai dapur tu, mop, cuci kuali bagai. Ynag dia boleh masuk bilik palam telinga dengan earphone menyanyi. Suara dah la sengau. Bukan nak kutuk tapi kenyataan okay. Sepanjang aku duduk dengan dia. Aku tak pernah nampak sekali pun dia cuci rumah and pegang penyapu. Dia cuma sapu bilik dia je. Toilet tu, kalau aku tak bersihkan memang berdaki beb. Aku pernah tinggal toilet tu 2 minggu kat diorang sebab aku terpaksa balik kampung. Datang balik MasyaAllah macam toilet kat dalam hutan yang takde orang jaga. Rumah jangan cakap. Tong sampah sampai melimpah keluar sampah tak buang. Haaaa satu lagi perangai diva dia, sampah tak pernah sekali pun dia buang. Kalau bukan aku or Si B ni yang buang memang tak la dia nak pegang ikat sampah tu buang.
Aku bukan nak cakap aku ni pembersih, tapi mak aku dah didik aku dari kecil lagi supaya biasa dengan kerja rumah. Setakat sapu sampah, cuci toilet dan masak dari tingkatan 1 lagi aku dah master. Bukan nak riak, tapi ni kenyataan. Korang lelaki kat luar sana, kalau nak cari bakal zaujah cari la elok elok. Yang sedap mata memandang tak semestinya sempurna luar dalam. Test dulu dia dia bab hal rumah. Tapi kalau korang jenis tak kisah takpe la. Bukan nak bukak aib, tapi nak bagitau perkara sebenar. Si A ni kalau hari cuti tidur selagi azan zohor belum bunyi selagi tu lah berkubang atas katil.
Aku bukan nak bukak aib sesiapa, tapi aku dah tak tahan. Nak tegur kang terasa. So tulis sini je la. Mana tahu dia terbaca confession ni sebab di suka scroll iium confession. Aku harap kau berubah la weh. Kau tu muka dah cantik perangai tu ubah sikit. Lagi satu, mulut tu jaga. Jangan suka nak lepas cakap apa yang ada dalam kepala kau. Kadang-kadang orang terasa cuma dia tak tunjuk je. Kalau dia tak redho apa yang kau cakap tu, nahas kau nak cari dia nanti kat hari pembalasan. Ingat lah, orang yang kau selalu pandang rendah(which is me) akan buktikan aku akan berjaya satu hari nanti.
So pada perempuan kat luar sana yang cantik-cantik, sorry to say i have no respect for you guys. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Bagi aku kalau kau cantik tapi attitude dan adab kau ke laut, kau boleh masuk sekolah belajar balik adab. Aku harap boyfriend yang selalu memuja kau tu, lepas ni tahu la perangai sebenar kau. Sebab depan boyfriend kau bukan main macam ustazah pilihan. Suara lunak sehabis mungkin. Bahasa sopan kalah Dr Muhaya. Kau lah bidadari bila depan boyfriend kau.
– Asya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit