Cantik Tidak Sinonim Dengan Pemalas

Pernah terbaca confession dari orang yang pernah ada pengalaman dengan orang yang cantik tapi pemalas yang teramat dan bermulut puaka.. Umm.. Awak.. Mungkin ada segelintir yang macam tu tapi bukan semua ya.. Jangan la buat macam asal sesiapa yang cantik ja mesti slack dari segi akhlak or mesti tak pandai cuma tahu bergaya.. Oh please jangan judge orang macam tu..

Aku ada dua orang housemate yang merangkap classmate aku jugak.. Seorang aku namakan dia sebagai Lily.. Seorang lagi Nita.. Ok Lily ni cantik cute muka ala2 baby face.. Rendah sikit orangnya tapi itulah yang menjadikan dirinya lagi bertambah cute ala2 gadis korea gitu..

Nita pulak seorang yang berwajah biasa saja.. Sangat tinggi tapi proportion badan nya tak berapa elok so nampak macam tinggi melayut la.. Dari penampilan luaran.. Memakai spek tebal.. Tudung labuh berhandsock memang sangat menjaga auratnya.. Dan dari firsts impression kita akan ingat dia budak genius.. Sebab dia langsung tak bergaya dan nampak macam mmg bersungguh nak belajar.. Ok fullstop..

Aku pulak? Err aku.. Aku seorang yang bertubuh gempal.. Tak dak rupa berkulit sawo matang tak macam dua2 housemate aku ni putih melepak dan kurus.. Huhu..

Ok so berbalik pada cerita Lily tadi tu.. Aku perasan kan budak2 classmate tak berapa nak ngam dengan dia.. Dia cuma ada aku dengan nita ja.. Aku rasa la kan sebab orang salah tanggap kat dia ingat yang dia ni jenis main2 kerja nak bergaya ja pergi kelas.. Setiap hari tersenyum gelak so dia nampak macam tak serius belajar.. Tapi di sebalik tu korang taktahu yang dia sememangnya gadis idaman lelaki la.. Kalau aku lelaki mesti aku nak kahwin dengan dia..

Korang nak tahu kenapa? Dia jenis yang tak pernah tinggal solat even sakit sekalipun.. Setiap kali habis solat maghrib akan baca quran berapa helai tah panjang gila dengan suara merdu dia tu.. Aku paling suka dengar bila dia baca quran.. Sedap sungguh sebab tu cuti sem lepas tu aku bawak balik quran, aku pun mula jadikan habit jugak lepas maghrib, hehe.. Dan dia jugak sangat pandai.. Paling pandai dari kami bertiga..

Dia sangat rajin study.. Kalau bab assignment memang diala wahid.. Selalu diala kena buat kerja teruk dan lebih dari orang lain.. Sebab dia jenis mementingkan perfect.. Bukan sahaja perfect dari segi penampilan tapi dalam semua benda pon dia nak perfect.. Hatta dalam rumah pon.. Dia la yang akan sapu sampah, mop, buang sampah dan masak nasik.. Memang pembersih gila la aku tengok.. Kalau katakan dia takde adala sekali tu cuti sem memang rumah bersepah gila la.. Nak harapkan Nita dan lagi dua housemates (budak University lain so tak rapat) memang takla..

Ok berbalik pada Nita.. Dia ni nampak macam solehah melalui cara pemakaian dia tu.. Tapi once dah tinggal serumah baru aku tahu.. Dia ni selalu tinggal solat.. Subuh memang tak pernah la.. Yang lain kalau rasa ada mood nak solat dia solat la tapi jarang sesangat.. Baca quran never.. Memang tak pernah nampak dia sentuh quran.. Dan dia ni jenis pemalas gila.. Bab kerja2 rumah tak pernah nak buat.. Masak nasik tak pandai.. Lepas tu jenis yang layan anime dan drama korea ja memanjang dekat bilik dia tu.. Itu ja dunia dia..

That explain why she wears a very thick spectacles.. Haha.. Bukan sebab dia ulat buku macam kita ingat awal2 dulu la.. Dan jugak aku boleh katakan tang dia ni sangat obses dengan anime sebab dia sangat bangga kalau boleh menghabiskan beratus-ratus episod dalam beberapa hari ja.. Haha.. Tu aku tak kesah.. Yang aku kesahnya sahabat, kerja assignment ko.. Bab assignment dia pemalas gila.. Buat kerja last minute pastu mula la nak copy paste..

Macam contoh ada sekalitu assignment tu dah tempoh sebulan dah lecturer bagi tapi dia malam esok nak hantar baru nak buat. Mana si Lily tak naik bengang dengan dia sebab korang tau kan dia jenis camna.. Dia jenis buat kerja perfect dan rajin.. So walaupun dia selalu beralah dalam hal lain dan jarang nak bergaduh.. Tapi kalau bab assignment ni dia macam jadi singa sikit.. Haha..

Tapi bagi aku itulah ujian betul aku dapat dua kawan baik yang personality dan sikap jauh berbeza.. Bangai langit dan bumi.. Haha.. Tapi itulah nak cakap personality Lily ni.. Dia cantik, pandai, pandai masak, baik, jenis cakap lemah lembut dan rajin.. Nita pulak penampilan biasa2 ja tapi pemalas.. Dan jenis yang cepat terasa dan mulut celupar la jugak, haha..

Tapi so far aku sayang dua2 sahabat baik aku ni, huhu.. Tapi itulah nak cakap jangan labelkan orang cantik dengan perangai buruk ke apa ke.. Cantik tu fizikal.. Perangai tu dalaman.. Mana boleh samakan dan buat stereotype benda ni.. Selagi kita tak duduk sekali (dalam islam cakap lebih daripada 40 hari) kita tak kan pernah kenal peribadi seseorang tu..

Akhir kata terima kasih sebab baca luahan aku yang tak seberapa ni.. Adios :)

– My2Cents

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *