Cantik Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum, hai semua. Ni pertama kali aku terpanggil untuk hantar confession kat sini.

Aku berumur 40an pada tahun ni. Mempunyai suami dan beberapa orang anak. Sejak kecil berbadan chubby, tapi lepas melahirkan anak pertama badan terus naik sampai hampir 100kg.

Bermacam cara aku cuba untuk kuruskan badan tapi hampa. Aku sangat insecure dengan diri sendiri.

Pernah cuba diet dan turun beberapa kg, lepas tu naik balik malah lebih dari berat asal. Tapi suami tak pernah complaint atau paksa aku diet.

Bila aku tanya dia kata sayang dia pada aku tak pernah kurang. Tapi aku tetap insecure dan ada trust issue dengan dia walaupun takde apa yang mencurigakan pun.

Sampai lah suatu hari aku rasa terpukul bila ada sorang lelaki ni hina bentuk badan aku. Walaupun dia cakap indirectly tapi aku tekad takkan bagi orang kutuk fizikal aku lagi.

Kebetulan aku tengok ada interview kat TV pasa bariatric surgery. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dapat kurus. Tapi tengok harganya mahal lebih kurang 30k.

Bila terlalu tekad aku mula cari more info pasal bariatric tu dan dapat cara untuk minimumkan kos untuk buat surgery.

Terus aku buat appointment dan sampai masa aku pun selamat menjalani pembedahan. Walaupun dah potong sebahagian dari perut, tapi bukan semudah itu dapat kurus.

Aku dapat capai ideal weight dalam masa 9 bulan, alhamdulillah. Semuanya tak mudah tapi bila kita dah nekad insyaAllah dipermudahkan. Total bill aku hanya dalam 2k sahaja.

Bila dah kurus, automatik confidence level kita jadi tinggi dan auto cantik. Haha, bukan perasan tau tapi betul la orang kurus ni senang nak bergaya, pakai baju apa pun elok terletak.

Okay now aku nak cerita apa perubahan aku rasa lepas dah kurus.

Suami aku tak habis-habis puji aku, hubungan dengan suami jadi makin mesra makin mekar macam baru bercinta. Hari-hari cakap aku “hot” siapa tak bangga wey!

Aku bukan kata sebelum ni tak mesra, suami aku ni dia jenis tak kisah pun aku ni macam mana.

Masa gemuk pun dia sweet je tapi biasa la aku rasa insecure rasa macam suami tak sayang aku haha over kan!

Cuma inisiatif aku sendiri nak goda suami supaya makin jatuh cinta pada aku berulang kali macam mana aku jatuh cinta dengan dia berulang kali.

Selain dari kuruskan badan, aku juga invest untuk diri aku dari segi penjagaan rambut, gigi, facial, skincare dan sampai ke perawatan cantikkan miss V pun aku buat. Baru la cantik luar dan dalam gitu.

Aku nak nasihatkan adik-adik yang baru berkahwin ataupun yang belum berkahwin pun untuk sama-sama jaga diri, cantikkan diri untuk diri sendiri dulu. Baru orang yang tepat akan jatuh cinta pada kita.

Invest untuk diri sendiri takkan pernah rugi. Jangan invest beli tudung atau handbag beratus beribu takde effect pun kalau badan kita sama je.

Invest to your body first then apa yang kau pakai tu even barang murah pun nampak classy bila kau sendiri dah cantik dan confident.

Aku ni dah habiskan usia 20an look like aunties, now I’m living my 40’s nampak sebaya macam adik-adik early 20’s. Ni bukan self-claimed, ramai yang puji aku tau!

– Fiona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *