Cantik Yang Difitnah

Terima kasih admin kalau cerita ni disiarkan. Hai semua Nama saya Luna. Luna nak bercerita tentang kisah kawan Luna. Cerita ni dah nak dekat 10 tahun lepas, tapi masih terpahat dalam ingatan Luna.

Cerita ni masa Luna masih belajar di sebuah universiti di utara tanah air. Masa zaman belajar biasalah kita ada geng-geng kita.

Luna dan geng-geng Luna boleh dikatakan agak terkenal sebab kami adalah ahli jawatankuasa pelajar dekat kolej kediaman kami.

Jadi bila orang kenal, adalah sedikit sebanyak orang yang suka, orang yang tak suka, even kami tak buat salah.

Nak dijadikan cerita kami ada seorang junior, junior ni selang 4 semester dari kami. Junior ni Luna nama kan dia Ahad. Ahad ni boleh dikatakan aktif lah join aktiviti-aktiviti kolej.

Bila orang aktif ni kita mudah kenal, sebab apa-apa aktiviti ada muka dia. Dalam ramai-ramai, Ahad ni, mestilah kami kenal, tapi kenal begitu saja lah tak rapat mana.

Bila dah nak masuk akhir penggal, kami yang ahli-ahli jawatankuasa pelajar ni, mulalah cari pelapis pengganti kami.

Ahad salah seorang pelapis yang kami nampak berpotensi untuk gantikan kami. Jadi, Ahad pun kami angkat dia jadi pengganti kami. Dia terpilih untuk menggantikan jawatan kawan Luna, Cantik. Baiklah kawan Luna ni, Luna nama kan dia Cantik.

Bila penggal baru bermula, kami yang senior-senior ni membawa haluan masing-masing, sebab kami dah mula latihan industri, ada yang di Penang ada yang di KL.

Kami sangkakan junior-junior yang kami tinggalkan, untuk mengalas tugas sebagai ahli jawatankuasa pelajar ni baik-baik saja.

Sampailah satu hari, kami dapat berita Ahad jatuh sakit, jatuh sakit yang dibuat orang. Cerita Ahad jatuh sakit sampai ke telinga Luna bila kawan Luna,

Wan, yang masih di kampus sampaikan dan bertanya pada Luna jika tahu apa-apa cerita antara Ahad dan Cantik. Luna jadi pelik sebab setahu Luna, Cantik tidaklah serapat mana dengan Ahad sampai Wan nak bertanya perihal Cantik dan Ahad.

Rupanya Wan khabarkan pada Luna, Ahad jatuh sakit selepas histeria berulang kali di kolej, ramai yang menyaksikan saat Ahad kena histeria.

Ada pada satu kes Ahad histeria masa tu, nama Cantik disebut-sebut. Jadi semua yang ada di situ bersangka-sangka adakah itu angkara Cantik.

Luna tergamam. Luna kenal rapat dengan Cantik. Cantik yang Luna kenal tidaklah sebegitu keji sehingga nak buat benda yang bukan-bukan secara kasar mahupun halus, menghantar benda yang tak elok secara halus, sampai nak orang jatuh sakit.

Kes jadi besar bila Waris Ahad datang berjumpa dengan Cantik inginkan kepastian. Waris Ahad membuta tuli salahkan Cantik dalam hal ni.

Ahad petik nama Cantik, katanya Cantik yang buat dia jatuh sakit, jadi keluarga Ahad datang ke rumah Cantik, serang Cantik tanya itu ini, dan kenapa buat Ahad jatuh sakit dan sebagainya.

Walau Cantik kata dia tak tahu menahu perihal Ahad, Cantik tak tahu apa-apa, Cantik clueless, Keluarga Ahad tetap seperti mahu salahkan Cantik.

Hampir saja keluarga Ahad nak naik tangan dekat cantik! Mujur ada yang menahan, kalau tidak mahu jadi kes polis pula.

Luna kesiankan Cantik, Cantik tak tahu menahu tiba-tiba kena serang dengan waris Ahad. Waris Ahad berkata Cantik guna-gunakan Ahad sebab cemburukan Ahad yang menggantikan jawatan Cantik.

Logik ke Cantik nak hantar benda halus dekat Ahad? Sedangkan jawatan tu bukan apa-apa, kami dan cantik sendiri yang pilih Ahad untuk gantikan cantik, logik ke Cantik nak cemburu?

Luna tak ingat macam mana kisahnya Ahad dan waris dia berubat. Tapi apa yang Luna ingat, setelah 2-3 tahun berlalu, Ahad hubungi Luna bertanya khabar.

Ahad berhenti belajar kerana ‘sakit’ dia itu. Kemudian dia sambung belajar di universiti lain. Ahad hubungi Luna kerana nak minta maaf katanya.

Sebenarnya.. cerita Ahad jatuh sakit angkara Cantik adalah rekaan semata-mata. Ahad katakan dia sengaja petik nama Cantik. Sebenarnya Cantik tiada salah apa-apa pun pada Dia.

Ahad bercerita, katanya keluarga dia ada saka, dia jadi malu bila dia kerap kali tak sedarkan diri dan histeria, kerana ramai yang menyaksikan kejadian bila dia histeria.

Nama Cantik dipetik saja-saja ketika dia sedar, dan pura-pura histeria. Untuk mengalih perhatian barangkali. Dari situ dia mula depressi, tertekan hingga cuba membunuh diri dan sebagainya.

Begitu mudahkan? Untuk menarik perhatian dan mengalih perhatian.

Ya Luna faham sakit mental, depressi dan emosi ni bukan perkara yang main-main, apa entah lagi bila pesakit terbit rasa nak bunuh diri, habistu yang menjadi mangsa pada pesakit dalam tempoh dia depressi tu macam mana?

Macam mana dengan Cantik yang kena fitnah ni? Sampai ada kawan-kawan yang percaya Cantik mengamalkan ilmu halus, Sampai waris Ahad datang serang cantik, hampir nak naik tangan…..

Emosi dan perasaan cantik kena fitnah semua ni nak campak dekat mana? Siapa nak bersihkan nama Cantik? Adakah perlu ketepikan saja peristiwa fitnah ni atas nama kita faham orang yang memfitnah ni tidak sihat mental nya?

Luna masih tak faham. Kenapa perlu dia petik nama Cantik, fitnah Cantik, dan yang dia cari untuk mintak maaf adalah Luna. Luna katakan pada Ahad, yang dia perlu cari untuk mintak maaf adalah Cantik, bukan Luna.

Ahad katakan dia tiada kekuatan untuk hubungi Cantik. Dalam tempoh dia ‘sakit’ dia tak mampu untuk keluar berjumpa dengan orang.

Katanya, Dia sedang berusaha untuk berdepan dengan orang dan berkomunikasi, dia sedang cuba untuk berubah. Luna nasihatkan Ahad untuk hubungi Cantik terus.

Cantik yang terkesan dalam hal ni. Berat tuduhan fitnah Ahad tu, sampai ada kawan-kawan yang memandang serong pada cantik, termasuk Wan yang menyampaikan cerita dulu.

Cerita sudah berlalu hampir sepuluh tahun. Bila Luna menjengah ke akaun media sosial Ahad, dia sudah nampak ok sekarang, sudah boleh keluar berjumpa dengan orang, jumpa dengan kawan-kawan.

Cuma sekarang, bila dengar perkhabaran Ahad yang nampak bahagia dengan hidup dia, Cantik ada rasa marah dan kesal. Kenapa Ahad boleh berbahagia tanpa pernah minta maaf pada cantik.

Iya lah boleh pula sekarang berdepan dengan orang keluar jumpa kawan-kawan dengan bahagia, tetapi tiada kekuatan pula untuk jumpa Cantik minta maaf.

Sehingga pada waktu confession ini ditulis, Ahad masih belum hubungi Cantik untuk permohonan maaf. Hampir sepuluh tahun berlalu, sungguhlah maaf itu mahal.

Luna harapkan moga-moga Ahad tak lupa kisah dia memfitnah Cantik dan supaya dia ada kekuatan untuk hubungi Cantik dan minta maaf.

Luna doakan semoga Cantik, lupakan peristiwa tu, dan maafkan seikhlas hati walau Ahad belum hubungi Cantik untuk minta maaf.

Luna berdoa semoga tiada lagi rasa marah dan benci di hati Cantik supaya Cantik boleh move on dengan hati yang tenang.

Doakan Cantik ya pembaca sekalian.

Sekian.

Bukan makhluk bersayap,

– Luna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *