Cantiknya Aturan Allah

Assalamualaikum semua. Aku F. Berusia 30 tahun, sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Tak ada cerita special tapi aku cuma nak share betapa cantiknya aturan Allah, penuh hikmah.

Awal 2017 aku berkahwin dan menetap di satu daerah dalam Selangor. Sesiapa yang stay di Selangor akan tahu Selangor kerap takda air.

Tapi alhamdulillah sepanjang aku di sana tak pernah pun kawasan rumah aku terlibat bila takda air.

Pertengahan 2018 aku dapat anak sulung aku, dan sebab masa tu ada kes baby kena simpan dalam peti ais, aku takut nak hantar anak ke pengasuh, dan aku berhenti kerja.

Dua tahun juga la aku duduk di rumah sambil buat dropship dan meniaga kecil-kecilan secara online.

Mak ayah aku punya risau anak dia belajar tinggi tapi duduk rumah aje. Suami aku ok jer bila aku berhenti kerja, dia lebih suka anak kami aku yang jaga sendiri.

Dia kerja siang dan malam, siang kerja kilang malam bawa grab sebab nak tambah baik kewangan kami.

Kami masih ok dan dapat bercuti dalam dan luar negara walaupun hanya suami aku sahaja yang bekerja waktu tu. Alhamdulillah.

Penghujung 2019 datang dengan berita yang kami dah jangka, sebab banyak perniagaan ditutup dan dikecilkan, krisis ekonomi.

Waktu tu pula pandemic melanda. Suami aku dapat khabar dia bakal diberhentikan kerja kerana kilang nak kurangkan orang.

Masa ni aku dah start cari kerja semula dan alhamdulillah aku dapat kerja di Putrajaya (tahun 2020).

Kebetulan masa tu memang kawan suami aku pun ada offer dia untuk share meniaga bengkel dengan beberapa kawan lain. Jadi, suami aku setuju.

Maka berpindahlah kami dari rumah suami (suami jual rumahnya) dan duduk menyewa di dareah berdekatan Putrajaya.

Menjual rumah adalah keputusan yang agak besar memandangkan masa tu aku baru nak dapat kerja dan suami dah pun dapat surat tarikh akhir bekerja.

Suami kata takut tak terbayar rumah bila dia diberhentikan kerja. Orang tuanya marah jugalah dia jual rumah tu. Tapi ada hikmahnya. Aku yakin.

Dijadikan cerita aku bekerja di Putrajaya dalam waktu pandemic dan kuatkan diri aku untuk terima cabaran kerja outstation ulang-alik di KL. Jauh jugalah.

Dalam tahun 2021 aku dapat tahu yang aku bakal dapat seorang lagi anak. Dan paling kami tak sangka, anak kedua kami perempuan. Anak sulung kami lelaki. So lengkaplah sepasang, alhamdulillah.

Tahun yang sama suami aku sudah tak bekerja makan gaji dan hanya buat kerja di bengkel. Macam-macam juga kami buat termasuk jual lemang masa bulan puasa dan raya.

Zaman pandemic, kita cuba apa yang mampu ye tak?

Jual lemang depan bengkel, ada hari lemang menjadi, esoknya orang mencari.

Ada hari lemang tak jadi suami sedekah saja kepada sesiapa yang nak sebab masih ada bahagian yang boleh dimakan.

Tahun yang sama berlaku PKP sampai tiga kali (Ke lebih? Entah tak terkira) aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebab tak larat (morning sickness teruk),

Dan suami pun masa tu kata dia nak rehat dari kerja bengkel dan ajak aku balik kampung di selatan.

Maka berpindah lagi kami. Hampir 3 bulan aku di selatan, datang musim hujan dan banjir melanda di beberapa kawasan di Malaysia.

Rumah yang kami duduk tu alhamdulillah tak terlibat banjir.

Masa tu kami agak terkejut juga lah. Rumah lama kami (rumah suami yang dah jual) dilanda banjir. Teruk juga.

Kalau ikutkan daerah tu dulu memang pernah banjir tapi tak pernah jejak rumah lama kami. Aku bersyukur kami berpindah dan nampak hikmahnya.

Rumah yang kami sewa masa aku kerja di Putrajaya pun sekitarnya dilanda banjir. Paling rasa memang cantik aturan Allah bila rumah yang kami tak jadi beli di daerah yang sama rupanya kawasan ‘hot’ banjir.

Lebih enam bulan juga aku dan keluarga di selatan,

Kami memang sangat berterima kasih kepada abang aku dan keluarga sebab beri kami tumpang rumah sementara nak tunggu rumah family mak ayah aku available (masih pending urusan jual beli).

Mak ayah ajak aku stay sekali di rumah mereka tapi mengenang kami ada dua anak dan yang sorang ni ligat dan macam-macam kerenah, aku decide stay saja kat rumah abang aku tu sebab dia pun ada rumah lain.

Ye lah, walaupun family sendiri, sehari dua ok lah layanan kalau dah tiap hari dan banyak pula ragam, penat juga tuan rumah nak melayan, kan. Mereka pun nak rehat. Ruang pun bukannya banyak, barang kami saja penuh lori 5 tan.

Dalam tempoh yang sama, aku dapat tawaran kerja government. Kerja ni memang aku dah lama mohon dan pernah sangkut sampai ke tahap calon simpanan saja.

Itu pun dah dekat 10 tahun mohon, dulu kena reject (calon simpanan) katanya sebab kurang pengalaman. Fresh grad lagi masa tu.

Alhamdulillah kali ni dapat tawaran lantikan tetap. Ada juga tawaran kerja dari bos tempat kerja lama dan ada juga tawaran dari organisasi lain.

Jika diimbas perjalanan hidup aku, memang macam roller coaster. Tapi aku sangat-sangat bersyukur dan mengagumi aturan Allah.

Memang datang bila kita tak jangka dan memang kita plan macam-macam tapi plan Allah memang terbaik. Doakan aku ya.

Bulan depan kena lapor diri. Doakan aku dapat gaji yang berkat, rezeki kesihatan yang baik dan dapat bantu suami beli rumah baru, mulakan hidup baru di tempat baru.

Doakan perniagaan bengkel suami aku dan rakan-rakan berjalan dengan baik dan maju. Doakan anak-anak aku juga, semoga diberi kesihatan yang baik dan membesar jadi anak soleh dan solehah.

Terima kasih sebab baca.

– F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *