Cara Aku

Assalamualaikum and greetings admins and readers. Terima kasih sudi siarkan confession aku. Penulisan aku santai dan simple je. Rojak pun ye jugak sebab penulisan ala-ala conversation. Harap bersabar ya. Kalau korang tak suka, belum terlambat untuk korang scroll tajuk lain.

Setiap cikgu ada pendekatan yang berbeza. Ikut personaliti dan prinsip dorang dalam education. Aku ni jenis nurturer agaknya sebab aku suka murid aku learn bukan sahaja content wise, moral and enjoy through out the lesson. Pengajaran aku banyak selit games dan group work. Individual work mostly aku bagi at the end of the lesson. Kadang-kadang aku buat peer check sebab aku nak make sure dorang buat sungguh-sungguh. Biasanya budak-budak ni akan rasa segan bila kawan dorang yang tanda buku dorang. Especially opposite gender. From here, aku create peer pressure. Not to the extreme level. Just enough untuk naikkan fighting spirit dorang dalam kelas. Itu dari aspek akademik. Enough pasal educational approach aku. Korang bakal membaca berkenaan cara AKU handle perangai budak-budak zaman sekarang. Cara aku ni jenis love it or hate it. Jadi kalau korang tak setuju dengan cara aku, tak perlu la pukul rata SEMUA cikgu pun sama. That is just pure dum* . Kehkeh. Sama mcm hang stereotaipkan semua peniaga tu penipu. Padahal tak semua gitu. Kalau korang baca dan rasa cara aku salah. Then, akulah yg salah bukan cikgu lain. Kalau korg rasa convinced, boleh la try kat rmh dgn anak or anak murid korang dengan level ketegasan yang korang selesa. Moga bermanfaat.

1. Soalan berulang-ulang.

“Cikgu, nak selang tak?”
“Cikgu, kena salin ke?”
“Cikgu, kena tulis hari ke?”
“Cikgu, nak jawab ke?”
“Cikgu, mcmna nak buat tu?”
Tak perlu layan semua soalan unless budak Year 1 yang mostly still adapting dengan sekolah. Yang penting hang kena tau jenis budak. Biasanya budak-budak buat perangai macam ni terbahagi kepada beberapa kategori.

a. Tak fokus
Penyelesaian: Masa bagi penerangan, aku ulang tiga kali. Lepas tu aku tanya semula pada satu kelas arahan aku tadi. Aku akan ulang soalan pada budak yang tak menjawab atau pi buat kerja lain. Benda ni penting sebab bila ada yang sorang dua yang tak fokus tu datang kat aku nak tanya benda tu, aku akan tanya kelas soalan yang sama tadi. Satu kelas akan jawab dengan confident. Jadi budak ni akan rasa malu sekejap dan sedar kawan-kawan dia tahu kena buat apa sebab tumpu perhatian. Dia akan belajar fokus the next time cikgu bagi arahan kat depan kelas. Ada juga budak jenis short attention span macam budak ADHD.

b. Pelupa
Penyelesaian: Aku tulis siap-siap kat tepi papan putih belah kanan. Aku tulis kena guna buku apa, selang berapa dan contoh cara menjawab soalan. Jadi bila dorg sibuk ke depan nak tanya..belum sempat dotg buka mulut lagi aku dah tunjuk kat papan putih. Memang berOoooo la smpai esok. Kes ni banyak datang dari budak yang lambat sikit dalam pembelajaran. Jenis budak yang sekarang kau ajar baca”MA MI MU”. Selepas 10 minit dia boleh baca suku kata yang sama berbunyi “HA HI HU”. Yes. Very short memory dia. Cikgu-cikgu LINUS memang kena kuat sikit kalau mengajar budak macam ni.

c. Cari perhatian
Penyelesaian: Aku tak pandang langsung. Aku suruh dorg tanya kawan dorg. Lagi satu macammana kau nak tau budaknya jenis attention seeker, bila kawan dah tolong jawabkan soalan dorg, dorg still menggedik nak tunggu jawapan cikgu. Selain tu, untuk budak yang dah berakal sikit, aku bagi jawapan sarkastik skali pakej senyuman paling manis. Most of the time, they will feel embarassed. For a boy in Year 6 still wondering about selang ke tak is too much for me.

2. Kuat mengadu

Murid: Teacher, dia spray air tu kat saya tadi
Guru: Ok. Luka teruk ke?
Murid: Tak. Ala..teacher ni.
Some teachers like it. Some don’t. Aku sebahagian cikgu yang tak suka bila menghadap budak kuat mengadu ni. Kebanyakan budak camni jenis spoiled brats.

Penyelesaian:
Untuk abang kakak Tahun 4, 5 dan 6 biasanya aku layan sinis or make jokes out of it sebab dorg sepatutnya dah tau serious ke tidak isu tu, baik buruk dia, apa yang perlu apa yang tak perlu. Kadang they just need verbal slaps to reality. Ada je murid aku yang masih tak sedar baik buruk. Mmg zero pasal adab and connection with people. Salah orang nampak, tang diri sendiri perfect. Biasalah tu kan. Kita yang dah tua bangka ni lagi la bajet good-good.
Adik-adik Tahun 1, 2 dan 3 aku akan reason out tentang punca sesuatu keadaan tu. Mostly umur camni sisi egocentric dorg masih setebal Kamus Dewan Bahasa. Jadi aku memang suka meruntuhkan ego dorg. Aku akan converse pasal root of the problem. Usually, problemnya berpunca dari dorg sendiri. Bila things tak turn out macam yang dorg nak, mula cari salah orang. Paling ngokngek bunch gegirls yang semedang merajuk dengan geng dorg. Dramatik gila siap tulis surat, jerit-skali pakej nangis buaya, ugut nak pindah sekolah.. 10 minit kemudian boleh gelak guling ngilai peluk-peluk. Kahkah. Kalau mai yang mengadu pasal benda remeh ni. Aku buat rolling eyes je.

3. Kurang adab

Masalah paling ketara kita nampak hari ni. Average kids sekarang bab adab memang beza. Sometimes budak cmni nak perhatian dan kasih-sayang. Ada juga yang pure evil. Dulu aku pakej guru lembut dan sopan. Selepas aku dah dimiddle-fingerkan oleh murid tahun 5 aku time aku baru posting dulu. Semua orang perasan perubahan aku jadi lebih pemarah, muka ketat dan sinis. Salah satu mindset yang mula-mula ada dalam kepala aku sebelum posting is every child is good and pure. Adik-adik yang nak praktikum, jadi guru ganti, read this carefully, that mindset is rubbish. Kahkah. Bila dah lama kau mengajar, kau akan sedar yang kids are human. Siap ada yang dah exposed dengan minuman keras, dadah, porns dan lumba haram seawal 12 tahun. Kids nowadays are filled with flaws and adult-like characteristics. So do not expect hidup mengajar ni ala-ala unicorn sepanjang tahun. Aku dapatlah juga merasa manisnya mengajar bila jumpa batch yang pakej baik, sopan, dengar cakap dan rajin Ya Rabbi. Sampai aku doa kalau aku ada anak-anak, biarlah dapat ciri-ciri baik batch tu.

Penyelesaian:
One to one talk. Biasanya budak cmni mesti ada family problem. Single parents, dibesarkan atuk nenek, mak ayah pengaruh dadah, parents kat penjara, anak yatim and so on. Explain masalah yang dorang dah buat. Suruh dorang list sendiri pros and cons. If cannot or pretend cannot, aku listkan. Pernah juga aku buat sesi point out negatif positif ni dalam kelas. Dalam bulatan, sorang demi sorang berdiri di tengah. Kawan-kawan lain bagitahu satu negatif dan positif si polan yang berdiri di tengah. Sebab kadang, murid ni rasa kita cikgu asyik nak cari salah dorang je. Bila kawan sendiri cakap baru dorang buka mata. Ni juga cara aku nak boost confident level budak-budak yang ada masalah disiplin. Kawan puji dia hensem, baik, selalu belanja kawan. Ini pun dah cukup buat dorang menyengih seminggu.

4. Tak minat belajar

Murid macam ni kau perhatikan family dorang. Ada tak yang drop outs atau parents tak supportive dorang belajar. Kawasan kampung macam tempat aku mengajar ni, rata-rata family tak padang sangat education. Dorang fikir bila anak dah besar, ada kerja cukup. Murid aku siap sampaikan apa mak ayah dorang cakap. Kerja ladang tak perlu bahasa Inggeris, kerja bengkel tak perlu matematik katanya. Aku kata kalau korang nak duduk dalam kampung saja mungkin tak perlu banyak tapi tak perlu langsung tu salah. Korang perlu ada asas semua subjek ni semua supaya korang tak mudah kena tipu.

Penyelesaian: Aku selit aktiviti yang cater to multiple intelligences dalam pengajaran aku. Apa tu multiple intelligence? Sila google. Multiple intelligence ni kita kena pakai juga masa communicate dengan orang dewasa. Memang affective untuk grab attention. Aku akan cuba kenal pasti beberapa orang murid ni dalam kelas aku. So that aku boleh prepare aktiviti yang boleh bantu dorang. Ada kemungkinan juga andaian aku ni salah. Murid yang jenis suka jawab soalan tapi malas buat latihan. Ini geng audio. Jenis suka buat latihan tapi kurang tumpuan waktu pengajaran unless aku letak gambar kat whiteboard or pakai LCD. Ini geng visual. Jenis aktif waktu aktiviti hands on, project based or group work. Ini geng kinestatik.

At the end of the day, penyelesaian terbaik untuk anak-anak adalah dari rumah. Assalamualaikum.

– Babysitter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit