Aku terpanggil nak tulis confession ni (confession ke ni?) lepas baca confession bro Muhammad, Tidak Pandai Inggeris. Aku dulu tak pandai pun bahasa Inggeris ni tapi takde la teruk sangat. Tahap suam-suam kuku je la. Lepas tu macam bro Muhammad ni, aku memang suka bahasa Melayu. Aku suka baca novel sastera yang bahasa dia tu boleh buat sakit kepala, suka tulis cerita, suka hafal peribahasa semua. Lepas tu aku pun minat sejarah jugak. Sampaikan buku rujukan subjek sains, bio tu semua aku bantai baca yang bm.
Aku masuk asrama lepas pmr. BI aku A weh, jangan tanya macam mana boleh A, aku pun tak tau. Bila duduk asrama ni bosan dia nak mati. Aku pun melepaskan rasa bosan tu dengan melayan lagu inggeris je sepanjang masa. Aku tak suka lagu melayu melainkan yang zaman rock kapak tu. Masa ni aku tak terjebak dengan kpop lagi (late bloomer betul). Masa ni baru teringat yang masa sekolah rendah dulu pesan, cuba dengar lagu inggeris banyak2.
Lepas tu aku dapat cikgu BI ni, BI dia berhabuk weh. Disebabkan dia la aku terer bab2 buat ayat in English. Dia punya rule kalau tulis karangan kau wajib guna compound & complex sentence. Kalau kau pakai simple sentence tu memang kau saja tempah maut nama dia. Cikgu ni jugak jarang sangat cakap BM. So, nak tak nak kau kena paham la apa dia cakap.
Okay ni cara aku yang aku rasa membuatkan aku pandai terus English. Start je aku masuk uni, aku suka tengok English movie dan tv series banyak2. Aku memang habit dari kecik tak suka tengok cerita melayu sampai kena bising dengan ayah aku. Dulu aku suka tengok cerita cina sampai boleh la paham diorang cakap tapi sekarang puiii. Lama kot tinggal sejak beralih arah tengok cerita English ni. Dulu takde laptop kena tengok kat tv ada subtitle melayu. Ke laut niat nak belajar English tu. Tapi bila ada laptop, aku tengok la movie tu dengan subtitle English pastu pasang headphone. Aku jadi mudah nak paham sebab aku dengar dan aku baca. Kalau ada perkataan yang aku tak paham aku tulis dalam buku pastu aku search maksud dia. Aku buat benda ni hari2 (pandai2 la bahagi masa).
Aku sebenarnya tak sedar benda ni membantu aku punya English. Aku sedar lepas lecturer English aku cakap, your English is very good but (aku dah cuak), you learn from watching American tv series, right? Aku gelak je masa tu sebab memang betul sangat la tu. Aku ingat masa tu aku tengah obses dengan Pretty Little Liars. Rupanya actor dalam cerita ni banyak guna idioms. Disebabkan dah terbiasa dengar orang cakap English hari2, sebab kadang2 aku takde kelas so aku tak keluar bilik, duduk je mengadap laptop tu, sekarang ni kalau bercakap dengan member2 aku terlepas cakap dalam English. Nasib baik member2 aku bukan jenis membahan kalau orang cakap English. Kadang2 diorang suruh aku tengok diorang punya assignment betulkan apa yang patut.
Sekarang pulak aku berkenalan dengan budak2 oversea, masing2 dari negara lain2, nak tanya kau kena la guna English. So kesimpulannya kat sini sila la tengok movie English & layan lagu English banyak2. Sebab cara ni banyak bantu aku dan adik aku pun guna cara yang sama tapi dia tak segila aku la.
Kepada bro Muhammad, kalau kau tak paham apa mat sallleh tu cakap, kau suruh je dia ulang balik, “Can you please repeat that slowly?” Biasanya, diorang ni paham yang kau tak terer English. Keep practicing okay. Jangan give up!
– Miss Penguin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit