Cara Aku Deal Dengan Si Pengotor

Salam dan hai guys. Thanks to admin up confession aku ni.

Aku dah kahwin. Okay, yg mana malas nak baca bab² orang kahwin ni sila scroll laju². Aku luahkan pengalaman aku pada orang yg rajin membaca je.

Aku orang pantai timur yg mana disunting oleh orang pantai barat. Eh..yeke pantai barat. Tapi bukan tu aku nak cerita. Aku ni dari kecil mak aku (Innalillahhiwai’nihirojium..Al-fatihah) didik aku memang brutal giler. Mak aku sangat lah pentingkan kebersihan ni. Darjah 6 tu mak aku dah start suruh aku masak nasi, masak lauk dan kemas rumah. Masak lak guna dapur kayu pulak tu. Sampai la suatu saat aku ni dah kahwin dan ikut suami aku menetap bersama mak dan ayh dia. Dah setel majlis kahwin kat rumah aku, seminggu lepas tu aku ikut suami aku balik rumah dia. Dalam kepala aku ni tak sabar la kan nak duduk kat bandar dengan rumah yg cantik etc.

Tapiii…sangkaan aku meleset wei. Aku sampai rumah pukul 12 malam masa tu, masuk aje bilik aku rasa nak pitam. Bilik tu sebijik dah macam STORE! Yg ada cuma sebuah katil king, almari dan meja solek yg mana cat dah merekah dan nak roboh. Damn! Aku kahwin dengan orang ke apa ni? Makhluk mana laki aku ni? Terkelu aku weh tengok bilik kami nak tidur malam tu. Nasib baik la aku ada bawak cadar dari kampung sekali pakej selimut sekali. Katil tu tak ada cadar dengan bantal yg ada sebiji je dan berkulat hitam lak tu. Nak nangis wei.. Aku kahwin dengan alien ke?..uwaaa. Laki aku cakap dulu bilik tu adik perempuan dia punya, lepas kahwin bilik tu Mil buat simpan barang. Laki aku pulak tidur sebilik dengan adik lelaki dia. Oh ya, masa ni adik dia belum kahwin lagi. Tapi dia jarang balik rumah sebab dia offshore. Aku tinjau bilik adik dia. Wahh..macam bilik perempuan. Kemas dan cantik.

Pagi tu aku bangun dan analysis rumah tu. Dari dalam rumah sampai belakang rumah aku tinjau. Ya Allah, menakutkan betul rumah ni. Luar dalam! Depan rumah dah tak ubah macam bengkel besi buruk, ruang tamu yg berhabuk dan sarung kusyen berkulat, dapur yg berminyak dan berulat dan TANDAS! Ta*k tak flush plus yg dah berkerak kat tepi² mangkuk jamban tu. Makkk..akuu nak balikk.. Muntah hijau weh. Aku ingatkan rumah baru ni cantik la rupanya indah khabar dari rupa.

Aku kemas hari tu dari pagi sampai malam. Start dari bilik aku, korang tahu? Aku guna 10 plastik sampah yg besar tu untuk buang semua barang² yg aku rasa tak penting pun untuk ada dalam bilik tu. Lepas siap dalam bilik, aku kemas kat ruang tamu. Bukak semua sarung kusyen pastu rendam sabun TOP sampai air rendaman kusyen tu dah 99% nak sama colour dengan air kubang kerbau kat bendang sana. Mil dengan Fil aku terkebil² je tengok masa tu. Laki aku takde masa tu ea sebab kerja. Apply cuti kahwin seminggu sahajo. Lepas tu aku kemas kat dapur. Ya Allah, hilang selera aku hari tu sebab duk terbayang ulat² kat bawah DAPUR MASAK tu dengan minyak berlendir nya. Meremang bulu roma aku. Yg part tandas tu malas la nak cerita. Kan ada yg tak makan nanti.

Selepas sebulan aku duduk kat rumah ni baru aku tahu rupa nya Mil dan Fil aku ni seorang yg sangat la pengotor plus malas. Bilik dorang, Ya Rabbi.. Malas nak cerita. Tapi aku act cool je sebab aku dah sebulan kot observed tingkah laku diorang ni. Setelah dikaji, ditolak dan tambah aku pun decide nak laksanakan misi aku. Masa tu Mil aku dalam tandas, aku tunggu depan pintu tandas tu. Mil aku keluar je tandas, aku terus masuk tandas. Sah! Tandas tak flush. Cepat² aku pergi kat Mil. “Mak! Tandas tu lupa flush!” Dengan riak muka aku yg buat² terkejut dan takut, aku tarik tangan Mil aku tunjuk hasil tuaian dia tadi. Terkedu Mil aku masa tu. Merah² muka dia. Mungkin segan dengan aku. Selama tiga bulan aku buat kerja sukarelawan depan tandas ni. Bukan senang kita nak ubah habits orang yg dah melekat kat diri diorang ni. Bukan Mil aje aku buat macam tu, even Fil dan jugak laki aku sendiri. Asal aku dengar orang buka pintu tandas je terus aku berlari pergi berdiri tegak depan pintu tu sampai diorang ‘setel’. Kadang tu aku pernah la ternampak Mil dengan Fil mahupun laki aku berlari² keluar dari tandas terus pecut masuk bilik. Bilik Mil dengan Fil aku ni sebelah dapur so memang dekat dengan tandas tu.

Tu bab tandas, ni pulak bab dapur. Sesiapa je yg masuk kat dapur memang aku akan buat² sibuk nak tolong mahupun sekadar buat² basuh tangan kat sink. Ada satu hari tu, Mil aku masak untuk makan tengahari sambil aku tolong² apa yg patut. Memang aku perati giler apa Mil aku buat. Sudip yg dia buat kacau gulai tu dia letak atas dapur masak tanpa lapik terus aku ambik lepas tu aku basuh balik. Mil aku terkebil² tengok aku gosok sudip tu sampai keluar bunyi kriuk² dia. Pastu aku past kat dia. Dapur masak yg dia letak sudip tadi aku sental jugak. Muka kena confident beb, kening kena kerut² sikit masa sental tu.haha. Mil aku tanya kenapa cuci lagi, kan dah cuci pagi tadi. “Eh, tak boleh mak. Nampak tak ada setitik dua kesan kuah gulai tu? Kang lalat buat telur dan jadi ulat kat situ nanti ulat tu melompat masuk dalam gulai mak masak macam mana? Satu rumah keracunan nanti.” Mil aku macam blur² tengok muka pastu angguk² perlahan. Bawang yg dah siap kopek tu pun aku gosok sampai keluar bunyi kriuk². Geleng kepala laki aku.haha. Diorang ni jenis makan tak reti basuh plus dengan habits selagi tak habis pinggan bersih dekat rak diorang takkan basuh yg kotor tu. Tau apa aku buat? Aku sorok semua pinggan mangkuk hatta sudu sekali pun kecuali yg cukup² je untuk buat makan. Sudu ada 5 batang je kat dapur. Semua yg lain aku sorok dalam bilik aku. Mula² memang diorang sindir² jugak tapi hati kena mental beb. Setakat sindir memang aku kalis, mak aku dulu dua hari dia membebel pasal pinggan mangkuk aku lupa basuh. Depan jiran aku lak tu..haha

Aku akui la, antara Fil dengan Mil ni Fil la yg payah sikit nak jaga kebersihan. Ambik masa juga untuk aku psyco dia ni. Macam² aku buat sebab orang lelaki kan ego dia tinggi (bukan semua ye). Aku langkau la yg part Fil aku ni. Ada la hujung minggu tu aku mintak laki aku bersihkan kawasan luar rumah. Sebab aku dah tahan sakit mata aku tengok sampah sarap depan rumah plus malu wei orang lalu pandang je rumah kami dengan reaksi terkejut dan ada yg senyum sinis. Mula² memang laki aku buat dunno je. Sakit hati aku, nak jemur kain pun tak ada tempat yg elok. Kadang aku risau binatang berbisa buat sarang kt situ. Ada sekali tu ada lori besi buruk datang, aku suruh mamak tu angkut semua besi² dan segala benda yg boleh dijual. Sekali moto kriss buruk laki aku dulu pun aku jual. Terkejut laki aku balik kerja petang tu. Aku nampak la muka dia merah nak marah, tapi berani ke nak marah aku? Aku lari balik kampung kang..duit jual besi buruk ada dengan aku.haha. Petang tu jugak dia kemas kawasan luar rumah sampai bersih. Aku cuma pandang dia sambil sengih meleret.

Banyak lagi sebenarnya aku nak cerita tapi tak apa lah. Aku anggap tu pengalaman buat aku. Pada yg berada dalam keadaan macam aku, satu je aku nak cakap. Kalau tak tahan korang pindahlah. Tinggal asing dari orang tua. Bukan bermakna kita tak sayang tapi boleh menggelakkan macam² masalah sebenarnya. Sekian,

– Asha K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit