Assalammualaikum admin dan pembaca.
Aku nak kongsi cara mana mana aku berhadapan dengan orang yang pengotor dan tak peka dengan kebersihan. Dalam rumah aku ni, ada empat orang gegadis. Ada dua orang yang memang aku rasa agak out dengan kebersihan.
Aku kongsikan ok, mana tahu ada yang boleh cuba cara aku bila berhadapan dengan orang macam ni. Aku bagi nama ya, aku ( Dian) , Hajar, Lisa dan Ros.
1. Ajak kemas sama sama
Aku dengan Ros memang suka kemas rumah. Jadi, bila kitaorang kemas dapur, buang sampah, lap rumah semua, kitaorang akan ajak lisa dan hajar sama sama. Aku tak nak buatkan hajar and lisa ni rasa terpaksa sangat nak kemas rumah dan menyebabkan dia benci dengan orang yang sukakan kebersihan, jadi aku panggil cara lembut.
‘Hajar, kau tengah buat apa tu? Jom kita kemas dapur , boleh? ‘ elakkan guna ‘nak tak? ‘ sebab menunjukkan seolah olah mereka ada pilihan untuk tak nak buat benda tu.
‘ Lisa, tolong aku boleh? Tolong buangkan sampah ni ya. Takut nanti berkulat, tak elok. ‘ sambil tunjukkan muka yang paling manis dan ayat yang paling lembut. Tunjukkan yang kita memang nak pertolongan mereka.
2. Tegur bila ada peluang
Contoh, lisa dia selalu tak jumpa barang dia tau. Jadi aku offer nak tolong cari, end up aku masuk bila dia mashaAllah, bersepah sangat. So, aku ambil peluang ni aku cakap ‘ lisa , why not we try to tidy up all those things first? Aku confirm kau akan jumpa barang kau nanti. Aku tolong kau kemas ya. ‘
Lepas siap kemas, memang jumpa pun barang dia, so aku bodek lah sikit ‘ haa nampak cantik bilik kau bila dah kemas, lepas ni cuba kau kekalkan kemas bilik macam ni, mesti kau takkan hilang barang lagi. Kalau nak aku tolong, bagitahu je, kita kemas sama sama ‘ Kemas sama sama tu wajih cakap tau, kalau tak nanti takut orang kau kuli pulak.
3. Rewards untuk semua orang
So, tiap hujung minggu memang aku akan ajak mereka kemas rumah satu rumah termasuk halaman dan juga basuh kereta. Jadi, sebulan sekali aku cuba adakan masa untuk bawa mereka keluar sama ada jalan jalan atau keluar makan. Kalau tak makan luar pun, aku cuba masakkan something special. Lagi lagi kalau mereka ni ada buat achievement baru macam sapu halaman rumah ke, buang sampah tanpa disuruh ke, aku sendiri perhatikanlah, so aku reward lah dalam diam.
Aku tak cakap pada mereka itu rewards aku untuk mereka, sebab dalam hati niat kita untuk benda lain sambil beri pada mereka.
4. Kawal emosi
Dulu mula mula aku memang stress dengan toilet lagi dapur lagi, memang aku selalu nangis sebab tak sangka dapat roommate pengotor. Lama lama aku muhasabah diri aku, takkan sebab mereka tak macam aku, aku nak judge mereka macam tu, mungkin cara didikan lain, atau mereka tak terdedah dengan benda macam tu.
Mungkin aku kena tolong mereka dan benda ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Apa yang aku buat tiap kali rasa nak marah, aku akan anggap mereka macam anak aku. Bunyi macam pelikkan? Tapi,percayalah itu sangat ajaib dan sangat berkesan. Hati kau akan lebih lembut dan mereka akan rasa diri mereka diajar dan dididik bukan diarah. Beza ya tu.
5. Tak nak berkira
Mungkin ada sesetengah orang berfikiran okay minggu ni orang ni buang sampah, minggu ni buat ni dan sebagainya. Tapi ini pendapat aku sahaja ya. Aku lebih suka kalau, sama sama buat.
Contohnya, ‘Lisa nanti tolong hajar kemas depan ya. ‘ atau ‘ ros, nanti tolong sapukan bilik aku sekali ya, nanti aku angkatkan kain kau . Create win and win situation supaya dia tak rasa asyik dia je yang buat kerja. Atau asyik dia je yang kena.
Kita pun, dah alang alang nak angkat kain tu, rasa jelah baju yang mana kering tu angkat sekali yedok? Kalau dalam keluarga, ada ke kita, nanti ayah ambil baju ayah sendiri dekat ampai ya. Mesti kita angkut semua kan.
6. Wujudkan Family environment
Contohnya, memang masing masing ada komitmen kerja, tapi aku akan tanya, semua free tak malam sabtu? Jom sama sama tengok movie. Nanti kita lipat kain sekali ya.
Dan paling penting kena pandai bergurau senda. Yang lagi rasa suasana keluarga adalah apabila solat jemaah. Dan bila nak tegur tu, make sure kita bukan point kesalahan dia, tapi kita lebih nak ajak dia untuk be a better person in life.
Elakkan main sindir sindir ke, mengumpat ke ya. Talk heart to heart. Pegang tangan dia dan usap bahu ke. In sha Allah segala yang kita cakap pasti menusuk ke hati gitu.
Yang penting, kita jangan sesekali fikir kenapalah aku dapat housemate pengotor macam ni, kenapalah dia tak macam aku, mak bapak tak ajar ke apa ke. Bagi mereka golongan macam ni, dia tak nampak apa yang kita nampak dan dia tak fikir apa yang fikir, macam tu juga sebaliknya. Paling penting, bagi mereka masa.
Doa supaya Allah bagi banyak banyak kesabaran dan amalkan Rabbana Afhrig alaina sobbron wasabbit aqdamana wangsurna alalqaumilkafirin. – google doa ni ya untuk tajwid yang betul.
Lastly, ingat ‘kita tak boleh ubah benda di sekeliling kita 100% , kita cuba ubah cara kita menerima – tidak bermaksud kita terima apa yang ada seadanya, selagi daya, cuba tegur untuk kebaikan bersama’
Semoga luahan ini bermanfaat untuk semua. Amin. Assalammualaikum.
– Dian
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit