Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat para pembaca khususnya LAILA. Aku harap sangat admin approve cita aku ni.
Nama aku Rosemary, for sure bukan nama sebenar. Aku tujukan khas kisah ni untuk kau baca LAILA. Aku tak boleh nak komen sebab nanti orang kenal aku plus aku takda fake acc.
Boleh baca story Laila kat sini, https://iiumc.com/bantu-aku-move-on/
Aku pernah ada dalam situasi kau. Mempunyai seorang anak lelaki hasil hidup dengan bekas Suami yang aku nama kan Akmal, bukan nama sebenarnya jugak.
Masa nak kahwin memang semua orang nampak dia punya effort melangit untuk kahwin dengan aku. Lepas dapat approval dari mak babah dan abang2 aku, kami pun kahwin.
Tapi yang dulunya sayang aku melangit tu hilang entah kemana. Aku takmau cerita lanjut perkara tu, tapi perkara yang sama jadi kat kau.
Aku dan anak ditinggalkan kerana orang ketiga. Parents in law aku pun macam kau juga, tahu anak dia berlaku curang, dan sama juga dia kata sebab tawar hati dengan aku. Padahal dia ada betina2 lain diluar.
Ya anda tak salah baca. Ramai sangat cikaro dia. Hahaha. Tapi mak ayah dia memang sayang aku sebab menantu mithali. Hahaha.
Long short story, aku bercerai talak satu. Apa yang aku buat untuk aku move on?
First month memang aku sangat down sebab aku nampak dia bahagia gila. Aku? Cuba mencari dimana salah aku.
Aku takmau mama babah nampak aku nangis, setiap kali mandi. Aku menangis bersama air shower yang mengalir. Memang sedih beb. Macam drama2 tu.
Hidup aku Hanya Di sejadah. Aku cuba cari kekuatan tapi aku tak jumpa. Hampir 2 bulan lebih aku macam tu. Tapi ada satu malam tu aku tenung anak aku. Sampai bila aku nak jadi macam ni?
Aku nak anak aku membesar dengan sihat dan ceria. Aku tak boleh lembik macam ni for the sake of my son. Esok tu aku jadi orang yang baru. Aku keluar dari kepompong yang loser ni.
Aku apply untuk further study. Alhamdulillah dapat, mak babah ikot aku ddk dekat dengan university aku. Aku mula pergi gym walaupun aku kecil comel je masa tu. Sambil2 tu aku buat part time. Ada duit lebih sikit aku beli baju baru.
Aku bina keyakinan diri aku semula. Aku masa jadi bini dia tu pun bukannya teruk pun. Lawa lahh tapi lepas bercerai mental aku down.
Aku bahagia dengan anak mak babah aku. Dia cuba pujuk untuk get back lepas setahun kami bercerai.
Tapi sebelum aku keluar rumah dulu, aku dah cakap kalau itu pilihan awak, awak kena ingat awak akan hilang saya dan anak. Dan saya takkan jilat balik ludah saya. So memang aku reject lah.
Lepas 6 tahun menjanda aku bertemu jodoh dengan teruna trangg tang tanggg kau. Hahaha, helok sangat.
Yang penting dia sayang anak aku macam anak dia sendiri. Kami dah kawin tahun ni dah 10 tahun dah. Alhamdulillah doakan jodoh kami berkekalan.
Apa yang penting dekat sini Laila. Kau jangan putus2 berdoa supaya Allah bagi kekuatan untuk kau. Allah uji kau macam ni sebab kau mampu. Allah sebaik baik penolong. Kau pandang anak kau bebaik. Kau nak tengok ke dia membesar tengok kau yang lesu tu?
Tak salah nak bersedih, penceraian ni memang menyakitkan, siapa yang berkahwin dengan niat untuk bercerai kan? Takda. Tapi jangan bersedih lama sangat dik. Orang dah tak sudi. Pergi mam dekat dia.
Allah ada. Tak lama pun, terkena lah kifarahnya tu nanti. Dunia ni singkat je. Macam ex aku, tak bahagia pun dia sekarang walaupun bini dah 3 orang. Hahaha, makin serabut adalah. Allah takkan tolak doa orang yang teraniaya. Ingat tu.
Aku bersyukur bila Allah hadir kan ujian ni untuk aku tempuh menjadikan aku wanita dan Ibu yang lebih matang dan kuat. Dan aku doakan kau pun macam tu jugak Laila. Kuat demi anak. Bina balik keyakinan kau yang hilang.
Allah tarik seorang jantan tak guna, InshaaAllah, semoga Allah hadir kan jugak seorang lelaki yang boleh membimbing kau dan anak ke syurga. Aaminn yra..
Dan akhir sekali jangan putuskan hubungan kau dengan parents in law walaupun anak dia perangai hanay. Sebab cucu dia masih ada dengan kau.
Ohhh lupa, jangan lupa tuntut hak penjagaan anak, nafkah yang tertungak, nafkah anak dan harta sepencarian. Ambil masa sikit tapi berbaloi. Percayalah.
Tolong peluk cium aku untuk anak kau. Dia akan jadi anak yang paling understanding, protective dan soleh. Macam anak sulung aku, sebab kami dah lalui macam2 bersama. Semoga kau pun macam tu jugak Laila.
Pernah tersakiti gituuu,
– Puan Rosemary (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit