Cara Bantu Pemandu Teksi

Assalamualaikum Sidang Pembaca. Susulan mogok besar-besaran teksi semalam. Saya ada terfikir cara nak setel. Saya cerita dulu pengalaman, problem utama dan cara selesai. Ikut kaca mata kami sebagai pengguna utama pengangkutan awam.

Saya antara orang yang sangat suka guna Grab. Sebab :

1. Mudah: Hanya perlu relaks tunggu dekat pintu lobi, sambil duduk kat meja rumah atau sambil berteduh dah boleh request Grab guna phone. Nanti drop out pun depan pintu lokasi

2. Keduanya tak rasa kena tipu: Sebab bila kita letak je pin dekat pick-up dan pit stop, kita dah tahu harga perkhidmatan. Tiada pemandu charge lebih atau ikut jalan yang lagi jauh dan kena bayar berganda².

3. Layanan baik: Pemandu entertain kita dengan baik sebab takut kita bagi mereka reward bintang rendah.

Pengalaman saya. Ikhlas kata. Sebelum ada grab. Bila pergi KL atau ke satu tempat jika tiada kenderaan sendiri, antara perkara paling saya BENCI namun terpaksa juga buat adalah TAHAN TEKSI. Sebab tahu setiap kali lepas guna, pasti akan ada masalah KENA TIPU.

Jika nak selamat, memang kita sendiri kena tahu jarak dan laluan lokasi, serta anggaran harga. Ia dah jadi SANGAT LECEH. Kalau nak tunggu teksi pula, kena tunggu dekat luar banggunan. Malah mungkin kena jalan beratus meter, tengah panas semata² nak tahan teksi. SANGAT MELELAHKAN.

Pengalaman saya. Dah banyak kali kena tipu dengan teksi. Malah bagi keluarga kami, memang dah anggap TEKSI tu penipu:

1. Masa kali pertama pergi KL dalam 10 tahun lepas. Saya nak pergi rumah kawan. Tanya teksi. Awal² dia dah kata tak guna meter. Nak cari teksi lain takde dah. Ambik juga. Dalam RM20 tak silap. Bila sampai. Kawan tanya, rupanya tambang sebenar hanya dalam RM5. ¼ dari harga yang saya bayar. Kampit sungguh rasa masa tu.

2. Masa saya belajar dulu. Dalam tahun 2005. Tambang teksi ke bandar sepatutnya RM1 je. Tengah jalan, pemandu ambik penumpang lain. Pemandu minta izin hantar penumpang tu dulu, sebab lain arah. Jadi oerjalanan jauh sikitlah. Tu satu hal. Yang lagi tak boleh blah, bila sampai ke destinasi saya pula. Pemandu tu charge RM2. Pergh, nightmare sungguh. Walaupun dekat 14 tahun lalu. Tapi memang saya tak boleh lupa.

3. Masa pergi KL. Saya pergi ke kedutaan nak cop visa. Balik tu saya telefon juga kawan, tanya nak naik LRT/Komuter kat mana yang dekat. Kawan ada bagitau nama tempat tu. Jadi naiklah teksi dan bagitau mana nak turun. Pemandu teksi tu pun boraklah (Dia pi bahan kerajaan masa tu pula, kita budak lagi, diamlah). Sampai dekat stesyen tu, dia terlajak (atau saja² buat lajak wallahua’lam). Dia minta maaf dan kata nak turunlan dekat stesyen lagi satu. Saya okey je lah. Sekali bila sampai, ongatkan dia charge ikut meter tadi. Rupanya tak. Dia charge ikut tambang baru. Kampit sungguh.

4. Saya dengan mak nak ke satu tempat. Jarak dekat je, kalau naik grab sekarang dalam RM4-5 je. Tapi 13 tahun lepas kena RM10, waktu tu memang mahal. Tapi terpaksa juga naik sebab tengah rushing.

5. Adik ada interview dalam 9 tahun lepas. Naik kereta sendiri, tapi tak tau jalan KL. Jadi minta satu teksi tunjukkan jalan dari temlat interview ke hotel kami. Kami follow belakang. Jalan berbelit, jauh pula tu. Bila sampai dan bayar, boleh tahan tambangnya. Bila dah lama duduk situ dan explore sendiri. Rupanya dari penginapan kami ke tempat interview tak jauh mana. Dekat je jalannya. Tak padan dengan bayaran tunjuk jalan tadi.

6. Masa nak balik rumah dari bandar. Selepas bincang tambang teksi semua. Oklah. Bila nak sampai rumah. Pemandu tu bahan berhenti tepi jalan seberang dari jalan nak ke rumah. Sebab katanya dia nak perginarah lain pula rasanya. Dahlah laluan kereta sibuk. Dari jalan tu nak ke rumah boleh tahan jatuh, dan jugalah mengah tu.

Dalam hidup saya jarang kena tipu. Tapi tidak dengan teksi. Hampir setiap kali naik kena tipu. Tapi saya tolong jugalah beri idea nak bantu;

1. Kerajaan atau persatuan teksi perlu buat aps e-hailing untuk perkhidmatan teksi. Baru tidak berlaku penipuan jarak perjalanan. Boleh ambil dan hantar sampai ke pintu rumah macam My car atau Grab. Malah pengguna boleh tau harga tambang dengan tepat.

Kita faham. Geng teksi ni pun susah². Kita pun nak tolong. Tapi biarlah pertolongan tu berbaloi.

– Wan Durian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *