Apa yang aku nak tulis ni sekadar apa yang bapak aku lakukan untuk menjaga ekonomi keluarga kami dan juga macam mana dia boleh bebas hutang dengan bank daripada beli rumah dan kereta. Aku perasan bapak aku jadi kedekut-tapi-ada-baiknya ni makin menjadi-jadi bila zaman najib ni. Apa yang baik boleh diambil pelajaran, apa yang tak baik boleh jadi pengajaran. Tak payah nak bash-bash kat comment sangat.
Bapak dan mak aku kerja dalam bidang Oil & Gas. Maka boleh dianggarkan gaji masing-masing beratus sehari untuk sorang. Exactly berapa aku tak tahu sebab diorang sangatlah berahsia. Kalau ada section kena statekan parents punya gaji dalam apa-apa borang memang diorang akan tipu suruh kami anak-anak letak je sikit. Kalau kena bagi slip gaji tu, diorang suruh kitaorang janji jangan buka slip gaji tu. Maka kitaorang anak yang baik memang tak berani nak buka lagi-lagi dah kena seal macam apa je slip tu. Kenapa parents aku buat macam ni, sebab tak nak mewahkan kitaorang dan kalau kitaorang tahu macam-macam kitaorang mintak. So gaji bapak aku mostly dia gunakan bayar benda-benda yang orang hutang dengan bank. Contohnya kereta dan rumah. Kira sekarang ni dia memang tak ada hutang langsung-langsung dengan bank atau mana-mana badan sebab dia memang akan bayar habis secara ansur-ansur. So duit dia yang banyak memang pergi situ je. Sebab tu dia banyak jimat dekat benda lain.
Kereta & Rumah.
Bapak aku ni dia teringin nak sangat beli kereta bmw tapi dia tahan sampai sekarang dan akan sampai bila-bila. Mak aku cakap daripada dia mula-mula kahwin mak aku cakap bapak aku minat kereta mahal-mahal tapi walaupun sekarang dia mampu dia memang takkan pernah beli. Sekarang ni dia pakai myvi dan toyota yang paling murah & basic tu. Myvi tu pon dia bagi aku pinjam untuk aku guna dekat Universiti. Satu-satunya rumah kitaorang ada yang duduk sekarang ni dan juga satu tanah yang kecil.
Barang keperluan.
Bapak aku dah warning awal-awal dengan anak-anak dia semua yang bapak aku akan hanya keluarkan duit dia untuk barang makanan keperluan sahaja. Kalau kau mintak beli barang nak masak ke or nak makan yang dia rasa bukan satu keperluan dia memang takkan beli dan buat tak tahu. Contohnya, kalau buah atau sayur yang mahal-mahal macam strawberry, broccoli or anything yang mahal dia memang takkan beli. Dari sini dia dapat jimat banyak. Kalau kitaorang nak sangat-sangat makan makanan yang mahal kitaorang pujuk mak haha sebab mak jenis tak leh tengok kitaorang buat muka kesian kalau dah nak sangat. Tapi tak selalu la mak layan kitaorang ni. Lagi satu, bapak aku memang takkan makan dekat kedai yang mahal-mahal. Sejak ekonomi menurun ni, even nak makan untuk birthday dia akan bawa pergi kedai tomyam biasa depan rumah tu. Kalau mak aku teringin makan kat kedai mahal-mahal kitaorang pergi senyap2 contoh time bapak aku tak ada pergi offshore ke. Tapi bila bapak aku tahu, memang berzaman dia akan membebel malah lagi teruk daripada mak-mak punya bebelan yang kita selalu kena tu. Laptop & Handphone pulak memang bapak aku beli yang murah dan asal boleh pakai. Kalau nak pakai yang mahal-mahal topup pakai duit sendiri.
Duit Belanja.
Since kami semua tak ada biasiswa dan ambil apa-apa loan, memang duit belanja semua bapak aku bagi. Tapi bapak aku memang pandai calculate. Macam mana dia bagi duit belanja pon, memang cukup-cukup untuk makan or duit minyak kereta sikit. Memang kalau nak shopping benda lain memang tak cukup. Aku tanya adik beradik aku semua cakap macam tu juga. Sebab tu korang kalau tengok kitaorang memang nampak selalu pakai benda yang sama. Kalau teringin sangat nak shopping macam make up or baju or kasut memang kitaorang kena save gila-gila duit ayah bagi sampai tak makan. Sekarang aku tengah praktikal, maka satu sen pon bapak aku dia tak bagi sebab katanya nak bagi aku rasa susah guna duit sendiri & supaya aku pandai manage lagi-lagi intern tengah-tengah KL dan atas high end punya mall. Sekeliling tak ada kedai makan murah weh. Tapi alhamdulillah aku survive save dengan gaji ciput aku tu.
Travel
So far kitaorang pernah sekali je travel luar negara tu pun memang bajet habis dan kalau dalam negara pon memang ala kadar. Tak ada shopping-shopping pon. Hotel pon sekadar yang boleh duduk sahaja. Cuma kadang-kadang kalau ada company trip yang boleh bawak kitaorang baru kitaorang dapat rasa yang best2 sikit.
Well, apa yang bapak aku buat ni ada baiknya supaya kitaorang bersederhana dan tak mewah tapi kadang rasa tak aci langsung, orang lain parents belikan macam-macam tapi kitaorang tak dapat. Lagi satu, bapak aku dah bagitahu awal-awal kalau nak sambung belajar lagi kena guna duit sendiri. Dia takkan tanggung dah. Degree sahaja dia tanggung. Kalau nak kahwin pon nanti dia akan buat sesimple yang boleh.
Aku perasan sekarang ni, trend sekarang lagi-lagi dekat instagram tu, owners butik or any businessman or businesswoman yang dah berjaya tu duk menunjuk kereta mahal or barang mahal-mahal kononnya dengan niat nak bagi semangat dekat orang lain pon boleh berjaya. Ya niat korang bagus dah. Cuma korang dah lah baru je kaya, baru berjaya dalam beberapa tahun terus beli rumah mewah, kereta mewah dan segala benda yang mewah. Kalau korang tengok uncle-uncle millionaire lagi-lagi cina, diorang punye business berjaya sampai dah jadi billionare pon takde lah spend barang-barang mewah sangat. Diorang simpan dan hanya boleh nampak duit diorang spend semua tu daripada anak-anak or cucu diorang sahaja. Diorang sangatlah humble. Yang melayu ramai bangkrup sebab ni la, dah banyak duit terus beli benda mewah lepastu bila Allah uji sikit, terus bankrup dan hutang keliling pinggang.
Okay tu je lah aku nak share. Harap benda ni bermanfaat.Apa yang baik korang boleh gunakan, apa yang buruk boleh diambil pelajaran.
Adios.
– Anak Bapak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit