Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni aku nak luahkan sikit tentang mak-mak yang toksik dan cara untuk berdepan dengan mereka. Kalau bahasanya omputihnya “How to cope with a toxic mother”.
Aku ni asal orang utara jadi penulisan bahasa formal aku ini berojak dengan bahasa kedah ya. Ada juga speaking english. Aku ni celupar ikut mak aku jadi korang nak kecam, buat je. Aku tak kisah. Hati keras macam batu.
Aku ni bukan psikatris atau kaunselor jadi tak perlu ambil serius nasihat aku. Motivasi pun ke laut.
Aku ni setakat ada pengalaman 25 tahun ja menyaksikan watak mak nenek yang bersikap toksik. Alah, tipikal makcik bawang busuk. Mereka ni kategori toksik tahap rendah hingga tahap sederhana.
Tidaklah sampai mengabaikan anak dan mendera fizikal anak-anak tetapi tahap toksik tu boleh membuatkan anak-anak jadi depresi dan binggung setiap kali mereka buka mulut.
Pedas macam tahap pedas cili padi la bukan sampai tahap ghost pepper tu. Tu bikin rasa nak mati. Dan ya, aku warisi juga sifat tu.
Aku senaraikan dulu 5 karakteristik perbuatan toksik mereka dan cara praktikal untuk atasinya.
1. Body shaming/ Hina tubuh badan fizikal.
Percayalah yang paling kuat hina fizikal ni bukan kawan-kawan tetapi kaum kerabat sendiri. Kadang kaum mak ini suka sangat kutuk fizikal anak sendiri.
Hitam macam buntut kuali la. Hidung kembang macam babi la. Gemuk kurus semua dia nak pertikai. Macamlah si anak tu boleh pilih nak muka comey macam minah korea dan badan macam tiang lampu.
Sedih si anak asyik kena bahan dengan mak sendiri. Kononnya dengan rupa paras sememeh ni nanti susah nak dapat jodoh. Orang tak berkenan nak buat menantu. Solusinya jangan ambil hati kecaman tersebut. Jawab je balik kat si mak tu;
“Alah, Lina hitam hidung peset pun ikut keturunan belah mak ayah juga. Kalau nak lina lahir rupa lawa kenapa mak tak kawin dengan laki korea?”
Contoh ja. Kalau tak berani diam. Korang menjawab memang kena cop anak derhaka kat dahi. Harap mak tu pun sedar yang tak tumpah kuah kalau tak ke periuk. Beruk di hutan pun ada jodoh jadi buat apa nak risau.
2 . Verbal abuse/ Maki hamun dan serangan kata kata negatif.
Setuju tak menyakiti manusia dengan perkataan lagi jahat dari menyakiti manusia secara fizikal? Kalau orang cuba nak libas paip getah kadang kita boleh elak lagi macam main tali skipping tetapi kalau orang tetiba maki hamun, kita tidak boleh tutup telinga.
Terus bergegar jantung terima serangan kata kata macam bodoh, sial, anak haram. Sebab tu aku pun tidak boleh salahkan anak-anak muda yang sengaja tutup telinga dengan headphone sepanjang masa.
Dapat pula rezeki ibu yang kuat berleter dan mencaci. Kerja dok terpekik cari salah. Hingaq bingit macam ayam tercekik jagung.
Tu tak termasuk lepas buat serangan machine gun dengan kata kata negatif, si pelaku tu pura-pura lupa apa yang dia cakap 10 saat lepas. Senyum buat nyanyuk. Main play victim buat gaslighting.
Solusi praktikal yang kita boleh buat bila verbal abuse berlaku ialah;
1. Catat apa yang berlaku di dalam buku jurnal atau apps.
2. Rakam melalui audio recording.
3. Rakan melalui webcam.
4. Screenshot perbualan di telefon yang berbaur ancaman dan ugutan.
Rakaman dan catatan ini boleh dijadikan sebagai bukti kalau kita perlu berjumpa dengan kaunselor/ psikatris.
Ini juga sebagai aktiviti “validate the experience” iaitu mengakui pengalaman tersebut benar benar berlaku. Memang selalu pengalaman verbal abuse jadi trauma yang kekal yang di-rewind macam video dalam kepala.
Cara ini juga diaplikasikan kepada boss yang kuat memaki hamun dan boleh dijadikan bukti laporan polis. Lebih lagi kalau kata-kata berbaur ugutan. Biar padan muka.
Lagi satu kalau si mak tu suka sangat buat ugutan sumpah seranah dengan gelaran anak derhaka, jangan takut. Doa ibu makbul tetapi doa orang teraniya pun tidak ada cepat terangkat.
Kalau mak jenis syok nerakakan orang macam dia confirm pemilik syurga maka si anak pun kena kuat berdoa untuk lawan balik kehendak dia. Doa supaya mak berubah takpun minta Allah buka jalan keluar dari masalah.
Kenapa aku cam yakin sangat dengan bab ni. Mak yang suka syurga nerakakan orang ni tak adalah alim mana. Kuat main bomoh juga. Dok main jampi mantera dari ustadz jelmaan di FB.
Sumpahan(curse) mereka hanya turun kepada orang yang layak ja. Kalau si anak tu memang teraniya, sumpahan tu akan patah balik macam boomerang. Orang yang kuat nerakan manusia lain ni layaknya perangai syaitan.
3. Emotional manipulation/ manipulasi emosi dan keadaan.
Mak yang narsistik sangat bijak dalam memanipulasi emosi orang sekeliling. Kadang dia akan buat seorang anak yang dia meluat dipulaukan oleh adik beradik yang lain dengan berlakon mangsa atau memburukkan anak tersebut.
Biasanya anak yang dia tak suka tu tak berapa lawa, tak berapa pandai atau kaya.
Entah. Pelik perangai tetapi pandai depa ni berlakon. Siap dengan buat drama air mata TV3. Apa nak buat? Buat cool ja. Macam ais krim tetapi tulah ais krim pun cepat cair kan. Biasanya anak memang tersepit antara batu api.
Cara dia kita hidup macam biasa tetapi sekali sekala cuba ambil hati perlahan lahan. Dah orang tak suka kenalah pergi jauh-jauh. Duduk asing bawa diri.
Bagi duit dan bagi hadiah untuk ambil hati mak dan adik beradik. Kalau miskin sangat, cukuplah beli cucoq pisang RM2 dengan buat air teh setiap petang.
Letak gula 10 sudu biar kena kencing manis. Kurangkan bercakap. Buat bodoh tetapi layan drama depa dengan geleng kepala. Doa banyak-banyak bagi mereka sejuk hati. Hati ni kena sesejuk benua Antartika.
4. Privacy intrusion/ Menganggu privasi.
Ramai mak ni fikir anaknya yang dah dewasa masih kecik baby jadi dia suka masuk bilik sesuka hati.
Ya, meskipun dia ada hak lebih lagi kalau kita masih tinggal di rumah dia tetapi perbuatan menceroboh privasi boleh buat si anak jadi gila.
Sikit-sikit buka pintu tengok anak tengah buat apa. Nak salin baju pun tak senang. Kot anaknya tengah buat perkara yang tak senonoh.
Sedangkan si anak tu nak rehat kejap main game atau tidur lepas penat bekerja. Mulalah si mak beri arahan pergi mandi, masak dan kemas rumah.Tak boleh biar anaknya dok rileks sikit dia jadi panas. Dasar pemalas.
Sampai satu tahap ada mak yang sangat controlling sampai kerja dan jodoh anak pun dia tetapkan. Anak tidak boleh suarakan kehendak untuk perkara yang remeh macam warna baju yang dia suka.
Dah kita suka hitam tetapi dia dok bising suruh pilih warna oren macam sami Buddha tu pasaipa ntah?
Jadi apa yang kita boleh buat?
Anak kena bertegas suarakan “boundary” yang mahu ditetapkan. Cakap baik-baik. Si mak sebegini dia memang tak percayakan si anak dalam segala hal. Beri tiga sebab yang kukuh kenapa mahukan pilihan sedemikian.
Contoh sekiranya si anak mahu memilih untuk kerja bisnes dan bukannya doktor, maka dia perlu yakinkan si mak dengan alasan yang logik. Begitu juga dengan pilihannya untuk mendapatkan privasi di bilik. Nyatakan kehendaknya dengan jelas dan spesifik.
“Mak, Man nak main Minecraft selama sejam untuk hilangkan stress balik kerja.”
Tambah pula dengan penekanan terhadap tugasan yang sudah disetelkan. Ini adalah untuk memenuhi “expectation” si mak yang kita ni bukan pemalas.
“Saya sudah mandi, solat dan kemas dapur ..”
Fullstop.
5. Financial abuse/ penindasan kewangan.
Bila si anak mula bekerja lebih lagi di sektor kerajaan, mulalah si ibu cucuk jarum buat macam-macam pinjaman. Nak renovate rumah la. Nak pakai Honda la.
Mentang mentang mudah buat loan. Habis licin dikerjakan gaji anak. Setiap bulan anak makan maggi sebab duit habis kat hutang. Dalam hal ini, anak kena tegas dengan mak ayah. Lagi-lagi bab hutang.
Banyak nasihat orang orang tua ni tak boleh pakai sebab diorang ni tamak haloba. Tu yang banyak tanah tergadai. Kalau tak buat hutang, diaorang kerah anak suruh bayar itu ini. Belikan emas la segala benda. Sponsor adik kahwin dan sebagainya.
Tolonglah, sesiapapun nak penuhi permintaan ibu ayah tak salah tetapi ikutlah kemampuan masing-masing. Kalau nafsu si mak ayah dan adik beradik macam ikan paus tetapi yang kita mampu sediakan adalah sebesar kancil maka berilah ayam serama.
Ingat, kalau Tuhan sendiri larang berhutang tanpa keperluan dan mengambil riba, kita tak payah ikut kehendak ibubapa. Boleh beri nafkah tetapi ada hadnya. Utamakan diri dan isteri dan anak dulu.
Kalau mak ayah degil juga, kita perlu tunjukkan senarai perbelanjaan dan bukti resit hutang dan segala komitmen kewangan kepada mereka untuk tunjukkan realiti kos hidup di zaman moden ini.
Sediakan satu fail perbelanjaan sebulan untuk diaudit seolah olah kau kena siasat oleh geng LHDN. Generasi boomer ni kalau tak tunjuk depan mata memang tak faham. Kalau tak nampak juga, printlah ke atas kertas saiz A3 kemudian guna kanta pembesar.
Akhir sekali solusi paling sesuai adalah keluar dari keluarga toksik dengan cara berkahwin atau kerja di tempat jauh.
Pulanglah sekali sekala untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak. Setiap kali datang lawat, kirim duit RM50. Memang lepas tu, selalulah mak telefon tanya khabar cakap lemah lembut bila nak lawat rumah.
Untuk korang yang masih stuck dengan toxic parents ni waktu PKP jangan risau. Bersabarlah sambil lukis peta minda untuk keluar dari situasi perang asyik berlaga angin dengan mak sendiri. Siapkan sayap untuk terbang dari sarang.
Mak kita kalau jahat kuat mengumpat dan tiada empati sekalipun dia tetap orang yang susah payah melahirkan kita dan berjaya buat kita membesar dengan jayanya. Fikir juga bab tu.
Mungkin dari segi emosi dan spiritual kurang sebab diorang pun dah daif dari aspek tersebut. Jangan minta kasih sayang dari orang yang dah berhati kering. Ibarat macam kau minta duit dari pengemis. Semoga korang mampu bersabar la waktu PKP ni.
– Maggi Samyeang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Haha bagus! I pun tgh alami perkara ni. Ada parents yg toxic ni mmg sakit hati. Mak.jenis.suka gaslighting. Bapak jenis baran. Mak suka main politik, laga2kan anak, adu domba. Bapak jenis buat xtau bila anak ksygn jdkan dia hamba tapi dgn anak kesygn buat baran siap naik tgn.
What if mak kita jenis drama depan org ramai utk nmpk anak dia nih salah padahal anak nih yg byk tolong dia, suka maki hamun anak depan org ramai, saya selalu kena mcm nih dgn mak saya end up saya blah je kalau mak saya marah saya dkat public….