Hai.
Seperti tajuk di atas dan sambungan dari post one of the confessor previously pasal camno nak dapek kojo kek International Companies atau juga dikenali sebagai MultiNational Companies ( MNC) , aku tertarik nak share beberapa pengalaman sendiri. Semoga bermanfaat , insya Allah.
Banyak dah kan orang share pasal tips carik kerja , buat resume tapi kenapa masih ramai jobless ? Kerja kosong ada tapi kenapa begitu susah untuk interviewer nak pilih you sebagai the right , suitable candidate.
Tak kisah la dari syarikat sdn bhd , mnc atau glc.
Persamaan kesemuanya adalah :
Mereka mencari seseorang yang bila masuk join the company , bagi kerja boleh buat kerja tu. Someone with the right attitude. Boleh bawak diri, boleh bergaul dengan rakan sekerja , dengan customer, reti nak bercakap melalui telefon dengan client , tau nak bawak diri bila dalam meeting terutama management meeting if diperlukan untuk masuk meeting, boleh buat keputusan , boleh fikir secara kreatif.
Tu baru monthly meeting.
Belum meeting pasal audit preparation.
Haaa…
Nak kerja company besar kan ?
Kilang level MNC?
Bank ?
Cosmetic line?
Nak kerja company brand paling famous semua kenal jenama tu bila kau sebut je , semua orang macam wowwww bestnyaa kerja company hebat bonus masyuk , benefit Best.
Bab tu memang best.
Tapi ada harga nya.
Standard la life , mana ada benda senang.
Nak prepare untuk audit, ,ha bersedia la sakit jantung sakit kepala bertekak love hate relationship dengan geng Quality Deparment.
Terserempak je diorang tanya bila nak submit.. kau pon pura pura lari menyorok sengih.
Sebenarnya stress.
Kekeke.
Bukan jenis reti drama , bertekak je pandai tapi kerja tak jalan , tapi nak nama / kredit ke dia.
Atau jenis lambat catching up. Duduk je diam diam wat kerja sorang sorang.
Ada jenis macam ni.
Ni ialah isu mindset.
High achiever oversea/ local grad?
Atau pointer suam kuku?
Speaking english bagus or tak bagus?
Fresh grad or orang lama da bertaun keje.?
Subjective.
Tertakluk pada level sado ke tak sado hati orang macam ni untuk nak ke tak nak belajar benda baru, pahamkan sistem operasi dalam sesebuah company.
Ni semua mindset.
Sistem operasi tu maksudnya
Macam mana kita jalankan kerja seharian, dari department berbeza dalam sehari pelbagai kerja tengah jalan, orang A tau apa orang B buat.
Bukan sekadar punch in punch out i dont know what is going on yang i tau ujung bulan i dapat gaji.
Company struggling ke nak lingkup ke
Hal lain entah lah.. ape entah.. try tanya orang lain , ek .. i nak kene balik ni dah 5.30pm nak masak / nak main futsal / keluar dating.
Ha yelah. Kau jelah manusia ada life kat luar.
Apatah lagi yang nak tittle gah, position masyuk, gaji besar , nak ada staff bawah dia tapi
TAK RETI BUAT DECISION. BLUR.
Tapi nak jadi boss.
Nak ada panggilan best syok la.sikit tengok business card.
Speaking english nak berhabuk.
Tapi kerja .. aiyayayayaya..
Hurm..
Situasi A.
Katakan ada mesin rosak. Mesin tu takle rosak lama lama kene repair. Nak repair perlu kan duit. Selagi tak repair, ada process yang akan tergendala atau jadi lembab la kan maybe kena buat secara manual. Tengok kalendar, audit dah tak lama lagi. Satu hal plak nanti masa audit, macam macam kena soal.
So balik semula pada kes mesin rosak. Ko dipertanggungjawabkan untuk handle a to z . Ko da dapat quotation price dari supplier , bagitau top management this is the quoted price, can we proceed with ordering process?
Bos cakap NO.
Wakakakaka.
Kau telan air liur. Diam. Bagi dulu bos bercakap dia punya justification n concern. Die cakap budget takde. Or kos sangat tinggi.
Ko dah rasa sebal. Sebab mesin tu made in europe. Dalam hati ko da bebel , sapa suh beli mesin dari europe of course spare part mahal , kene order dari UK dah lah MYR rate jatuh.
Dalam kepala kau dah pikir plan B , mane ek local supplier ade tak area balakong ke mana ke ? Aduh, pening budget tak lepas.
Tapi ni semua dialog monolog dalaman otak kau , perut lapar tengok jam almost lunch hour.
Balik semula pada cerita mesin rosak, budget tak approve kau pon keluar , masuk la pergi ke meja kau.
Kepala ligat fikir camna nak solve issue ni ?
Tengok PC lagi serabut kepala tengok email baru masuk , new request from itu from ini.
Bukak whatsapp ada meeting pulak dah pukul 3pm.
Dan sebagainya.
Waktu ni tiba tiba la pulak kau terasa
Nak google ” how to earn money while traveling”.
Atau ” cara cara mencapai financial freedom di usia muda”.
Lalu kau pon berhuhuhu.
Apa kaitan semua situasi kat atas dengan hari hari di tempat kerja?
Ujian pada mindset.
Hati sado ke tak sado.
Arah mana tuju career life kau sebenarnya.
Di sini terletak nya ujian tinggi mana daya kreativiti , kalau bukan ko yang kreatif , maybe pada teammate / staff bawahan.
Bos da kata budget tak approve tapi mesin tu kene gak repair.
Kalau buat bodoh , nanti orang lain dari department lain akan tanya.
Paling best kalau masa management meeting, semua mata fokus ke kau tunggu nak dengar apa update from your side.
Sebab kau ialah key person.
Jadi , apa ending pada kes mesin rosak ni ?
Depends.
Ada yang jadi sangat kreatif , guna apa ada , berbekalkan kemahiran pada dia dan teammate.
TEAMWORK.
Focus on problem solving.
Ada yang give up. Mesin tu kembali terbengkalai. Kalau dia resign, cycle tu sama je, orang baru akan diuji hal sama.
Jadi , fikir …anda ialah focus on problem solving atau manusia yang suka becakap pasal content tapi tak berganjak untuk fikir camna nak solve.
Apa kaitan situasi ni berjela cerita dengan tajuk nak berjaya interview?
Kejayaan sesebuah company terletak pada staff. Nak capai target , sales, KPI, project berjalan as per timeline , semua ni hasil kerjasama staff.
Audit ? Kena lepas dengan jaya nya.
Kalau audit sangkut banyak major finding ( kesalahan) , bertambah la lagi kerja sebab nak perbetulkan pada masa sama kena buat jugak kasi selesai kerja hakiki.
Kerja hakiki tu apa ?
Kerja yang diterangkan masa interview as per position yang kita apply.
Kita apply as HR executive / microbiologist/ sales manager/ admin assistant/ manager/ apa sahaja yang kau apply , contoh ye kerja hakiki ialah as per what yang ditulis dalam job description (JD).
Tapi at least 30% kerja kita buat kat office bukan JD kita pun. Tugas tambahan. Urgent. Bidan terjun. Dah takde orang lain nak buat , ko je la buat sebab nak tak nak kene ade someone gak tolong buatkan.
Ekonomi tengah slow.
Recruitment freeze.
Kekosongan ada tapi company nak maximizekan manpower yang sedia ada untuk cover another person punya JD.
Seperti begini , sepatutnya ada exec, tapi bos kata kena jimat takleh hire sorang lagi exec.
Tapiiii…. Kerja position tu masih ada, everyday kena buat.
Eh confirm ada.
Apa pulak kerja nya pupus.
Banyak tuu.. tertunggak..haa
Siapa yang disuruh untuk buat?
Staff yang sedia ada. Mungkin seorang atau dua orang kena coverkan.
Bijak kan company? Kena la bijak.
Nama pon majikan.
Tadi tu contoh teknikal , bahagian operasi.
Oklah kita pergi bahagian nampak macam ringan tapi penat n challenging jugak.
Company nak buat jamuan berbuka puasa besar besaran / annual dinner.
Bos kata kau project manager.
Atau ko lah lead.
The rest die kata pandai pandai ko manage.
I nak tau update je from time to time.
Adakah ni ada kaitan dengan sijil akademik kau ?
Spm berapa A?
Gaji berapa?
Dah kerja berapa tahun?
NO. Langsung takde.
If ada , maybe ada la 40%.
Selalunya yang terpilih nak lead a project tak kisahla kecik ke besar ke ribu ke juta juta ke , kena travel oversea ke tak .. atau sekecil internal.program panggil speaker / event sesama staff / health screening ke or program kebakaran bomba sekali pon…
Dia akan pilih personaliti.
Orang tu kene berdikari.
Ada potensi.
CONFIDENT TINGGI.
BOLEH DIHARAP.
Kena pada tempatnya.
Bos tau. Sebab bos memerhati tiap sorang, siapa yang berpotensi.
Ada potensi tapi kena diberi peluang , boleh buat dia ni bagi peluang boleh pegi jauh.
Dalam hati kau dah pening. Kerja hakiki dah banyak menimbun, pulak dah nak wat keje baru bos bagi?.
Meeting sehari dah ada 2-3.
Ni plak nak meeting lagi.
Bila pulak aku nak masuk office ni buat kerja hakiki as per my position and JD?
Sini letaknya ujian nak tengok jauh mana tahap kau managing people, multitasking, communication with upper level and lower level , dealing with suppliers luar, bekerja musuh utama kau ialah masa.
Kite selalu dengar work smart work hard.
Ha camna sebenarnya work smart.
Dan , tahap kawalan emosi.
Sabar kau paras mana.
Sebab selalunya kerja mengejut akan diberi kepada kau , dalam situasi last minute.
Kakakaka. Padan muka. Time ni kau tak kisah dah ni company sdn bhd ke, GLC ke MNC ke
Lalu kau pon huhu bukak fon google
” How to work from home , become your own boss and earn a good salary”.
Kakaka
Selamat datang ke dunia sebenar.
Bila nya nak bagitau tips camna nak berjaya interview?
Points semua da sebut di atas. Fahamkan betul betul alam pekerjaan begini , jadi bila pergi interview
Apa yang kita patut jangka kan akan berlaku ?
Apa yang kita nak sebagai staff?
Apa yang company nak ?
Yang company nak tu , kita setuju ke tak dengan cara / arahan / expectation?
Kita boleh deliver tak ?
Janganlah asal carik keje je , gaji.
Yer duit penting.
Tapi jangan kerja sebab niat nak duit.
Letak niat utama nak build good profile, dapat ilmu baru, kawan baru, pengalaman baru, sepak terajang dunia pekerjaan , camna rasa kena maki dengan boss , kena bebel , rejection, etc.
Oklah sebab ko da baca sampai sini aku bagi few tips.
1. Baca bismillah.
2. Ikut gerak hati.
3. Company yang ko berkenan, baca dulu background dia. At least ko tau la sikit sikit dia buat apa jual apa eh kene tau , ni la tempat kau dapat gaji bulanan. Nak makan sushi bonanza la, kereta lagi nak bayar, kawan ajak holiday la. Of course kene tahu company ni buat apa.
4. Bawak personaliti sewaktu temuduga , akademik apa semua sijil pencapaian , resume ni macam melengkapkan jer pakej yang ada pada diri kau sewaktu interview.
Personaliti.
Mindset.
Attitude.
Kesabaran.
Body language.
Pakai kemas, wangi jangan badan berbau.
Oklah, last tips
Pada hari temuduga , mindset kau jadikan diri kau tu sebagai seorang yang boleh diharap.
Bos boleh harap kan kau.
Staff satu department boleh harapkan kau.
Department lain pon tau kau OK boleh diharap.
Bos tengok kau time interview , ha dia ni boleh diharap ni . Layak ni.
Ok ambik dia.
Takyah interview candidate lain dah.
Den banyak lae kojo nak buek.
Ok selamat maju jaya buat yang mencarik kerja
Bye. Lapar dah tulis panjang2.
– Munah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit