Cara Berniaga di Instagram

Assalamualaikum w.b.t.. Moga disiarkan perkongsian pada hari ini.

Aku menulis kerana tertarik dengan confession “Surirumah bergaji 5 angka”, dua-tiga hari yang lepas. Terima kasih Puan atas tips dan perkongsian perniagaan Puan, terutamanya bab keikhlasan, keberkatan, cara perniagaan, dan kejujuran. Melihat kepada komen bila ada artikel-artikel perkongsian business, ramai yang komen untuk jadi dropship, untuk minta tunjuk ajar berniaga online, dan bertanya si penulis meniaga apa?

Aku tak dapat beri idea kepada kalian untuk jual apa, tapi aku gembira untuk berkongsi tips-tips berniaga di Instagram berdasarkan pengalaman aku menggunakan platform itu selama hampir 7 tahun.

#1 – Nama IG (IG handle)
Ini adalah yang paling basic, tetapi paling penting. Sekiranya kalian bukan sebuah ‘brand’, maksudnya kalian ialah dropship atau agent, dimohon agar handle ig digunakan dengan sepenuhnya untuk mendeskripsikan produk yang kalian jual. Contohnya, jika jual Jamu A, ig handle dinamakan @jamuA_ella ataupun @jamuA_langkawi. Kenapa?

Letakkan diri anda sebagai customer. Anda ingin membeli Jamu A. Apa yang akan anda tuliskan di ruangan search instagram? Semestinya “Jamu A”. Maka keluarlah list senarai penjual-penjual Jamu A, kalau siap ada location lagi senang, anda akan pilih yang terdekat dengan anda.

Dengan menamakan IG handle dengan nama produk, kebarangkalian customer jumpa IG anda adalah lebih tinggi ketika customer sedang mencari produk berkenaan. Customer yang sedang mencari Jamu A takkan menaip “@sicantikella_96” kat ruangan search.

Tapi sis, bagaimana kalau saya dropship, jual macam-macam produk? Bagaimana pula jika saya sebuah brand?

Pergi kepada tips kedua.

#2 – IG Description.
Bila kita search keywords di search bar, akan keluar IG handle beserta IG description. Jika anda sebuah brand, ataupun anda menjual bermacam-macam produk, maka inilah kegunaan IG description anda.

Contohnya anda menjual Jamu A dan Shawl B. Dan anda juga mahu membrandkan kedai anda dengan nama ELLALALA. Jadinya, IG handle anda akan menjadi @ELLALALA, manakala IG description anda akan menjadi “Jamu A | Shawl B”.

Adalah penting untuk meletakkan handle dan description yang sangat tepat. Kalau boleh, ketika anda menaip “Jamu A” di ruangan search, buat sampai IG anda dalam Top 10 list.

#3 – Gambar
Instagram is all about photos. Sebab tu kadangkala orang lagi suka online shopping kat IG instead of FB. Kalau FB, kita kena scroll post-post kat page tu nak tengok produk. Sebaliknya kalau IG, terpampang gambar semata-mata. Berbuih tengok. Of course, FB ada banyak faedah dari segi FB Shop, FB ads etc, tapi since kita tengah fokus kat IG, kita bicara pasal IG je dulu okey.

Ambil gambar yang sangat cantik. Kalau anda tiada modal nak beli light box di mana photoshoot boleh buat kat dalam rumah je, berusaha sikit buat set up untuk gambar yang lawa. Sediakan set up di sebelah tingkap bilik anda. Susunkan flatlay yang cantik. Amik la ranting kering kat halaman rumah atau bunga plastik mak anda guna untuk hias meja makan, susun kat tepi produk nak bagi rustic effect sikit. Gunakan natural lighting. Takde tingkap? Angkat meja, set up kat luar rumah dalam pukul 8-10 pagi. Amik gambar masa langit mendung2 gitu. Jangan pulak amik gambar bila matahari dah naik, sebab cahaya masa tu terang sangat dan bayang-bayang jatuh, gambar jadi tak lawa.

Tak reti flatlay atau takde idea? Pegi belajar. Google banyak. Pinterest banyak. Instagram matsaleh banyak. Instagram Duckscarves pun berlambak.

Gambar adalah segala-galanya untuk Instagram, terutamanya handmade items. Kalau barang anda cantik tapi gambar anda tak cantik, customer scroll je. Yet, kalau barang anda so-so, tapi gambar anda power, chance customer tu bukak IG anda untuk scroll gambar lain-lain tu tinggi.

Even anda jual benda generic giler macam tudung bawal pasar malam pun, make it stand out macam shawl limited edition LV. eh Lv ada jual shawl ke?

#4 – Create a Lifestyle
Yang ni hardcore sikit. Sekarang ialah trend seller create a lifestyle untuk jual produk. Contohnya beli bakul raga kat Vietnam atau Indonesia pada harga RM 30 dan perkenalkan ia sebagai karya seni sulaman tangan, “the new cool handbags”. Ambil gambar posing lawa-lawa bawak pergi travel, atau jadikan hiasan di cafe hipster. Resell at RM 120.

Bukan nak cakap benda tu tak seni. Ataupun takde handmade value. Cumanya, fokus di sini, creativity seller untuk menaikkan “level” sesuatu produk.

Begitu juga dengan begitu banyaknya kilang nak print tudung jenama sendiri yang semakin meningkat kat Malaysia ni, founder beramai-ramai membeli artwork di shutterstock berharga RM 30. Untuk mass produce tudung at RM 22 sehelai dan resell at RM 149.

Kalau beli license untuk artwork tu ok lagi. Ni ada yang curi artwork pastu claim illustrator diorang lukis sendiri. Jangan buat begitu ya sayang-sayangku.

Apa yang mereka buat ialah, mereka ‘create a lifestyle’. They spend a lot on creating the trend and marketing. Hiring the instafamous and creating the need to own their products. Working hard on their feeds and photos. Ok ni dah masuk bab marketing yang dalam. Kita share basic-basic je. But you got the idea.

Kalau artikel ni tersiar, saya akan share cara-cara gunakan hashtags, swap and paid review, dan bermacam-macam lagi yang mungkin berguna untuk kawan-kawan di luar sana. Semua basic je, seller-seller yang berpengalaman jom la tambah-tambah di ruangan komen, kita bantu kawan-kawan yang takde idea macam mana nak start, ataupun baru nak start :)

Terima kasih..

– Puan L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit