Assalamualaikum w.b.t.. Terima kasih admin kerana menyiarkan perkongsian aku sebelum ini, dan juga terima kasih kerana spend masa betulkan grammar and ayat aku yang tunggang terbalik. Segan aku. Aku akan cuba tulis dengan cantik-cantik lepas ni.
#4 – Mulakan Perniagaan Anda dengan modal yang rendah.
Aku menghasilkan produk handmade. Barang yang rare. Market yang niche. Selama berniaga di Instagram, aku cuba bermacam-macam cara untuk memasarkan produk aku. Perkara paling penting yang aku belajar ialah, Just Start.
Jangan tunggu.
Bila ada idea, anda mulakan. Jangan tunggu simpan modal beribu baru nak start. Jangan buat logo, label, kotak yang extravaganza dulu. Kalau ada duit, hasilkan produk dulu. Refer kepada tips ketiga aku di mana gambar memainkan peranan yang penting.
Sebagai contoh, anda membuat beg yang anda jahit sendiri. Tak payah tunggu ada mesin jahit heavy duty baru nak buat 50 buah beg pastu pasarkan. Jangan. Anda tak tau pun orang nak beli ke tak. Kalau start2 anda dah mass produce, in the end bila tak laku, anda akan main turunkan harga untuk just jual je janji dapat duit. Itu dah menjatuhkan nilai produk anda.
Buat satu beg pakai kain paling cun. Upload gambar beg anda cantik-cantik kat instagram. Ambil gambar focus kat texture fabric, pelbagai angle. Cara marketkan, nanti refer points seterusnya. Yang pasti, start small. Fokus pada produk dan customer, jangan start-start terus spend duit nak branding. Memang la orang akan lagi yakin dengan produk kita kalau depa nampak label dan packaging yang professional, tapi itu bukan fokus utama buat masa ini. Lainlah kalau anda memang kaya dan ada budget untuk dihabiskan ke arah itu.
Ok, customer suka tengok ‘behind the scene story’. Diorang nak tengok tempat anda bekerja, workstation atau studio anda, Ni pun satu. Jangan nak tunggu ada studio yang anda dah set up cun-cun baru nak meniaga. Percayalah bahawa walaupun jualan aku mencapai 5 angka, aku punya ‘studio’ still kecik je kat corner bilik tu ha, amik gambar pakai phone rm 600, tunggu langit cerah dan lighting cun. Guna apa yang ada. Kalau ada extra, invest on marketing or products. Bukan beli LV pastu tayang kat IG tunjuk, hey aku bisnes aku kaya. LV lagi..
Be creative. Bila kita nak share ‘behind the scene’, ambil angle yang cantik. Kalau kita takde studio yang cun macam matsaleh, kita kena creative. Kalau nak share kita tengah menjahit, fokus je la kat tangan dan fabric yang cantik. Kalau yang kita jual tu makanan, set up la cun-cun sikit kat corner tepi meja makan dan ambil gambar, walaupun kiri kanan tu mak aih macam tongkang pecah.
Point aku di sini, just start, start small, be creative. Don’t wait. Percayalah lagi kau tunggu, lagi kau tak ke mana.
Ada yang share kat komen jual skincare. Ok bila kita dropship atau agent barang orang, memang biasanya kita share gambar2 generic yang bos bagi. Benda ni paling berkesan pada orang yang dah memang dah kenal produk tu atau dia memang nak beli. Contoh orang nak beli shaklee. Anda letak gambar botol shaklee macam mana kat IG anda pun, dia akan beli. Persoalannya sekarang, macam mana kita nak tarik orang yang tak tahu menahu pasal produk kita jual ni? Contohnya kalau anda sendiri. Anda tak kenal skincare A. Anda buka IG yang penuh dengan gambar-gambar generic produk berkenaan. Kalau anda rajin membaca, anda akan study pasal produk tu. Bagaimana kalau anda tak rajin? Apa yang akan menarik minat anda terhadap produk tersebut?
Gambar yang kreatif. Anda scroll-scroll home page anda, ternampak gambar sincare A dalam flatlay yang menarik. Anda pun buka IG tersebut, tertanya-tanya apemende ni. Dari situ anda akan mula tertarik.
So, kita memang kena berusaha keras dalam hal nak menarik minat orang ni. Berniaga bukan senang, itu lah realitinya.
#5 – Hashtag.Hashtag is like a mall. Ambil tahu trend terkini hashtag di instagram. Jangan malu-malu gunakan hashtag #surihatimrpilot ketika drama tu tengah berleluasa. Berjuta orang bukak hashtag tu setiap hari. Anda nak lepaskan peluang marketkan produk anda secara free?
Memang la orang akan menyampah, depa nak tengok muka neelofa, keluar gambar Jamu A. Tapi nak buat cemana kan, kita niaga… mana tau seribu yang menyampah, seorang order Jamu A anda…
Itu pasal hashtag yang trending. Selalukan buka mata. Ada jugak hashtag yang sentiasa ada macam #bazaarpaknil etc. Cari la sendiri ye.
Macam mana nak cari hashtag yang specific dengan barang yang kita jual pulak? Contoh kita jual baju budak, letak la hashtag yang berkenaan #bajubudak #bajubaby #newbornbaby #bajuraya2018 ke apa. Satu lagi cara, cari seller yang jual produk sama kategori dengan kita, study hashtag mereka. Anda jual Jamu A, pegi cari seller lain yang jual Jamu A jugak. Kalau boleh cari yang dah established, follower riban-riban. Study hashtag apa diorang guna.
#6 – ReviewReview ada bermacam-macam jenis. Swap review means kita swap ngan seller2 lain. Ada banyak whatsapp group untuk swap review. Kalau jumpa memana, disarankan join. Di samping dapat kenal-kenal ngan seller lain, dapat jugak belajar and kongsi tips berniaga.
Satu masalah swap review ni, hujung tahun lepas, banyak IG disabled atau kena verify masa tengah rancak berswap-swap ni. Maybe masa tu Facebook tengah amik alih IG, so diorang nak galakkan FB and IG ads, memana yang buat review ni kena mark. Banyak la teori yang keluar masa tu. Anyway, swap review sangat membantu. Aku review kau, kau review aku. Tapi just be careful.
Paid review – kita bayar artis atau instafemes untuk review produk kita. Ada a few type jugak. Contohnya:-
RM 400 – Kita sediakan gambar dan caption, dia just post je.RM 600 – Dia amik gambar ngan produk kita dan tulis caption sendiri.RM 1000 – Dia buat video iklankan produk kita.
Ok ni contoh je. Biasa kan nampak instafemes ni review gincu ni lah, bedak tu lah. Part-part melibatkan makanan, supplement, barang-barang kecantikan ni aku kurang setuju dengan paid review, sebab menipu lah sedap, kita bayar, memang la dia cakap sedap. Atau, menipu lah lawa, kau dah memang lawa, bukan sebab kau guna krim yang kau review pun.
Tapi since aku jual barang handmade yang orang boleh judge berdasarkan gambar semata, aku biasa amik pakej di mana aku sediakan gambar dan caption, murah dan senang. Orang nampak cun, dia beli lah nanti.
Ada juga gift review, artis baru beranak, kita hadiahkan bantal. Kalau dia baik hati, dia review lah. Mana nak dapat address hantar hadiah? Pepandai lah labu..
Basically gift atau paid review ni, anda kena bijak. Jual baju budak, cari reviewer tu mak budak. Sebab followers dia kebanyakannya mak budak yang mungkin berminat dengan baju budak yang anda jual tu. Kena pandai cari kategori. DM atau whatsapp mereka, especially yang dekat description memang ada tulis PAID/GIFT REVIEW. Kadang-kadang boleh pilih masa. Make sure kau tahu bila peak hour. Basically macam Milo bayar TV3 iklankan produk depa masa siaran Suri Hati Mr Pilot la. Sori tu je tajuk drama aku tau, aku tak tengok tv.
#7 – Post ketika Peak Hour.
Bila masa-masa kita buka IG? Bangun tido. Pagi, tengah breakfast. Pukul 10, tengah minum pagi. Pukul 12, Lunchtime. Pukul 3-4, Tea time. Pukul 8-10, time orang tengah rehat-rehat lepas dinner sebelum nak masuk tidur.
Setiap IG, peak hour mereka berlainan. Tukar Instagram anda kepada Business Profile, dan study time mana Followers anda paling aktif. Semua info followers anda ada di Stats. Umur, Location tempat tinggal. Pukul berapa diorang bukak Instagram anda.
Instagram punya feed, keluar ikut engagement, bukannya ikut latest post. Maka, engagement (Likes/Komen) itu penting. Cara dapatkan engagement? Post la masa follower aktif. Diorang nampak, diorang like atau komen. Engagement post anda naik. Bila engagement tinggi, post akan selalu keluar kat feed followers. Lagi cun kalau dapat masuk kat feed mereka-mereka yang bukan followers anda.
Kesimpulannya, apa yang penting:-
1- Gambar kena cun. Orang like. Lets say masuk kat feeds orang yang bukan followers, diorang pun akan tertarik.2 – Peak Hour. Penting untuk dapatkan engagement.3 – Engagement. Orang komen please reply. Acknowledge and appreciate. Jangan jual mahal ye sis.
Bukan main penting nyer engagement ni, siap ada whatsapp group untuk swap likes dan komen okeh. Aku like 10 gambar kau, kau like 10 gambar aku. Aku pernah join, tapi lama-lama aku kurang setuju sebab aku tak nampak perkembangan IG aku kalau semua gambar punya ‘Likes’ adalah fake. Aku kena tahu gambar aku ni sebenarnya ok ke tak, orang suka ke tak, untuk improve. Kalau fake, camna nak keep track kan? Satu lagi, pasal kejujuran lah. Tapi aku still mention option tu kat sini, share je
Ok anak aku dah ajak masuk tidur. Next sharing, nanti aku kongsi tentang Giveaway, cara cari followers, pentingnya data customers, and basic FB/IG ads.
Terima kasih..
– Puan L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit